Ini bukan kena kencing menganjing lagi ni... Ini dah masuk kategori mandi pancuran air kencing agaknya... Choii
PAS menempelak kembali pihak yang mentertawakannya selepas gagal mendapat sebarang kerusi daripada sekutu mereka untuk bertanding dalam pilihan raya Sabah.
Menulis di Facebook, PAS berkata jangkaan parti parti itu akan “memberotak” telah tersasar.
“Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” katanya.
“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan.
“PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah.
“Saya hadir berkempen, Insya-Allah,” katanya yang mengaku berdukacita tetapi berlapang dada
“Ada yang mentertawakan PAS.
“Ya, itulah senjata orang yang gagal,” kata Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
PAS berhasrat bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak langsung mendapat laluan di negeri itu.
Presidennya Abdul Hadi Awang semalam berkata mereka memberi laluan kepada sekutunya bagi mengelakkan pertembungan calon
Menulis di Facebook, PAS berkata jangkaan parti parti itu akan “memberotak” telah tersasar.
“Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” katanya.
“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan.
“PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah.
“Saya hadir berkempen, Insya-Allah,” katanya yang mengaku berdukacita tetapi berlapang dada
Kenapa PN,BN dan MN tergamak dan sampai hati mengaibkan dan memalukan Pas sebegini rupa?
NIZAM AKA
Sedangkan dgn sokongan wakil-wakil Pas lah ramai wakil-wakil dari Bersatu,Umno dan Bn dilantik menjadi menteri dan tim menteri?Malah ramai yang dilantik menjadi pengerusi GLC..Maknanya mereka mendapat isi,sdangkan Pas hanya mndapat kuah..Bukan main lagi Takiyuddin maklumkan yang Pas akan brtanding 10 kerusi dalam PRN Sabah..Malah,Taki dalam persediaan untuk umumkan Dun yang bakal pas bertanding..TGHH pula sanggup merendahkan nama Pas dengan memberi kesanggupan menggunakan dacing BN..Semuanya nampk happy dan semangat..
Tiba-tiba pd hari ini,kesemua parti-parti yang bernaung di bawah PN bersama Pas mndapat seat untuk bertanding,tapi malangnya Pas tak dapat walaupun 1 kerusi..Lebih malang lagi,wakil Pas tak dijemput pun untuk hadir dalam majlis pengmuman calon tersebut.. Rasa kecewa,sakit hati,malu dan rasa terpinggir itu diluahkan oleh MP Pas Pasir Mas..Jelas,Pas seolah-olah tiada nilai dan tiada harga dalam PN dan MN..
Kapada rakan-rakan dalam Pas,kamipun tumpang sedih dan rasa simpati atas penghinaan kepada Pas itu..
Padan muka kau maszlee! Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau! Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau! Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor, ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!
Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu, menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak. Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau. Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.
Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pgetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau. Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee. Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee? Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam. Padan muka kau! Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan? Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan.. Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. :( Ibnu rijal
HASRAT MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA TIDAK DITERIMA?
Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020.
Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa.
Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi parti itu juga tidak ada yang tampil menyokong pengumuman tersebut.
Kebiasaannya, sebarang perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, lebih-lebih lagi berkaitan perlanjutan jawatan, mudah saja mendapat sokongan, terutama daripada golongan pengampu, pembodek dan penjilatnya.
Ikut logiknya, inilah masa paling sesuai untuk mereka membodek dan mengampu Perdana Menteri serta selepas itu bolehlah menuntut apa-apa yang perlu seperti kontrak, jawatan, kedudukan dan sebagainya.
Tetapi, mengapa tidak ada yang melakukannya?
Kenapa semua orang masih diam membisu dan senyap membatu daripada mengeluarkan kenyataan menyokong?
Apakah Tun Mahathir sudah ketiadaan pengampu, pembodek dan penjilatnya?
Apakah makna semua ini?
Apakah ini bermakna majoriti pemimpin PH, termasuk daripada Bersatu, sebenarnya turut tidak setuju dengan hasrat Tun Mahathir itu dan mereka segan untuk menzahirkannya secara terbuka, takut-takut kalau Perdana Menteri tertua itu terasa hati jika mereka berterus-terang mengenainya?
Kalau setuju, kebiasaannya tentu sudah ramai yang mengeluarkan kenyataan memberi sokongan, malah berlumba-lumba melakukannya.
Fahamkah Tun Mahathir isyarat ini?
Begitu pun, melalui perbualan umum di mana-mana dan menerusi luahan di media sosial, ternyata hampir 90 peratus netizen tidak setuju dengan apa yang diumumkan oleh Tun Mahathir itu.
Mereka merasakan, jika dalam tempoh 19 bulan ini pun tidak banyak perubahan mampu dilakukan oleh Tun Mahathir dalam memberi lebih kesejahteraan kepada rakyat dan menjadikan keadaan negara bertambah baik, memberinya tempoh lanjutan enam bulan lagi hanya menjerumuskan kerajaan kepada kedaaan yang lebih bahaya lagi.
Tambahan lagi, dengan adanya gesaan Lim Kit Siang agar kerajaan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun menunaikan janji manifesto, ia juga adalah petunjuk bahawa tempoh 19 bulan selama ini tidak banyak menunjukkan kemajuan dari segi memenuhi kehendak rakyat.
Untuk itu kata mereka, tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri dan menjelang Mei 2020, peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, tidak dapat tidak, mesti dilakukan.
Sekurang-kurangnya dengan Perdana Menteri baru mengambil alih teraju negara, harapan kepada perubahan positif itu lebih diyakini berbanding Tun Mahathir yang sejak 19 bulan lalu ternyata gagal melakukan sesuatu yang berkesan.
Satu-satunya kejayaan Tun Mahathir sejak 19 bulan lalu, hanyalah daripada sudut politik dengan menjadikan banyak parti yang dilihat mengancam kedudukannya seperti PKR, DAP dan UMNO, sentiasa bergolak dan hampir berpecah.
Tetapi, kerana beliau sudah terlalu tua, kudrat terbatas, partinya sendiri tidak kuat dan tiada orang sekelilingnya yang betul-betul seperti Megat Junid Megat Ayob, Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin, semua perancangan politiknya nampak mudah dibaca dan sangkut di tengah-tengah jalan.
PERCUBAAN TERBARU MENUBUHKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG
Ini maklumat yang Tulang Besi dapat: 1) Kesemua Ahli-ahli Parlimen yang dikatakan terlibat sudah diarahkan membatalkan apa-apa hasrat untuk keluar negara sehingga akhir tahun ini. 2) Presiden sebuah parti yang terlibat ini sepatutnya pergi ke Turki semalam tapi telah membatalkan hasrat beliau dan membatalkan pemergian beliau secara mendadak 3) Ahli-ahli Parlimen dari UMNO dikatakan ramai yang terlibat memandangkan pihak yg menjadi tulang belakang usaha ini mampu menjanjikan projek yg berpuluh-puluh juta dalam kawasan parlimen mereka seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221416520832595&id=1537004309 4) Di katakan ada 3 orang MP dari golongan oren juga terlibat dan 3 orang dari parti roket. Dari parti mata dikhabarkan ada 15 orang. 5) Dikhabarkan kesemua ahli2 parlimen ini akan akan diagkut ke Istana Negara dan secara otomatik kerajaan PH akan bubar digantikan dengan kerajaan Melayu. 6) Perdana Menteri tidak bertukar tapi Timbalan Perdana Menteri akan bertukar. 7) Semua ini.akan berlaku dalam bulan Disember ini sebagai langkah terakhir yang terdesak untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri 8) Selain dari nama-nama yang kita sudah maklum, kali ini.usaha ini dijuarai oleh daulah terpendam 9) Selepas berlaku pertukaran kerajaan, AG akan dipecat serta Anwar dan Rafizi akan masuk penjara Mari kita sama-sama doakan supaya usaha jahat ini gagal Mari kita berbuat Qunut Nazilah ke atas konspirator-konspirator laknat ini yang berbuat ini semata2 mahu mempertahankan amalan mereka merompak hak rakyat dan orang Melayu. TULANG BESI
PRU lalu, Pakatan Harapan (PH) berjaya menembusi kubu BN di Tanjung Piai. Bagaiamanapun, sejumlah faktor mungkin membuatkan gabungan itu sukar mengulangi kejayaan itu dalam PRK Sabtu ini.
Allahyarham Md Farid Md Rafik dari Bersatu menewaskan penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti tipis pada tahun lalu. Beliau disokong kuat oleh pengundi Cina, iaitu merangkumi 41.4 peratus penduduk di sana, dibantu dengan pengalihan sokongan masyarakat Melayu yang merangkumi 57.6 peratus.
Data menunjukkan 32 peratus pengundi Melayu dan 64 peratus pengundi Cina menyokong Farid pada PRU lalu.
Tetapi dengan tinggal beberapa hari kempen, calon Bersatu Karmaine Sardini mendapati sokongan pengundi Cina - penyokong kuat PH - kian merosot.
Pengundi Cina tampak semakin tidak gembira dengan PH atas beberapa isu - antaranya pengenalan tulisan Jawi serta kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke Kongres Maruah Melayu bulan lalu.
Pemimpin DAP yang berkempen untuk Karmaine menggesa pengundi melihat "gambaran lebih besar" dan berkata sebarang undi untuk BN adalah tanda sokongan terhadap kerjasama Umno dan PAS.
Mereka juga berhujah bahawa undi terhadap BN ialah tanda sokongan buat bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini dibicarakan atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Tetapi mesej itu nampaknya kurang disambut di kalangan sejumlah pengundi, termasuk pesara Yeo Shiok Sui.
Yeo jelas tentang dakwaan terhadap Najib dan tidak gembira apabila Wee mengalu-alukan kehadirannya di Tanjung Piai, tetapi tetap bercadang mengundi Wee.
Yeo Shiok Sui
"Kami akan undi Wee. Kami ada banyak pandangan terhadap Najib dan tidak sokong dia, tetapi kami mahu memberi pengajaran terhadap PH.
"Sudah lebih setahun tetapi mereka (PH) masih menyalahkan kerajaan terdahulu. Apa yang kami mahu ialah anda (PH mentadbir) dengan baik," katanya ketika ditemui di Kukup Laut.
Katanya lagi, walaupun jika DAP yang bertanding dan bukannya Bersatu, pendiriannya tetap sama.
"Walaupun DAP yang melawan MCA, saya rasa MCA tetap akan menang. Ramai orang Cina tidak gembira dengan Mahathir dan PH, tetapi DAP tidak pernah memperkatakannya," katanya lelaki berusia 62 tahun itu.
Sementara itu, seorang pengundi berusia 64 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Kuan, berkata dia sebelum ini menyokong PH tetapi akan mengundi Wee pada PRK ini.
Kuan
"Kita undi PH pada PRU lalu sebab kita mahu pertukaran kerajaan. Tetapi kali ini kita lihat calon dan bukan parti," katanya.
Trend ini nampak tersebar luas di kalangan pengundi Cina yang lebih tua, bermakna PH perlu beralih ke pengundi muda untuk mengurangkan kesan hakisan sokongan itu.
Tetapi kebanyakan orang Cina di kawasan parlimen itu bekerja di luar, terutama Singapura.
Seorang pekerja kempen PH berkata kepada Malaysiakini, dianggarkan sejumlah 40 peratus pengundi Cina tiada di Tanjung Piai.
Yeo berkata dia tidak akan memujuk anak-anaknya untuk balik dan mengundi.
"Terpulang kepada mereka. Saya tak kisah," katanya lagi.
Pengundi luar
Adun Pekan Nanas dari DAP Yeo Tung Seong yakin sokongan orang Cina di Tanjung Piai terhadap PH mencapai tahap maksimum pada PRU lalu dan untuk mengekalkannya bukanlah perkara muda.
"Senang nak tahu PH menang atau tidak. Jika trafik tak sesak pada hari mengundi, kita tahu kita telah kalah tanpa perlu buka peti undi," katanya.
Pekan Nanas adalah satu daripada dua DUN dalam kawasan parlimen itu. Satu lagi ialah Kukup.
Wee dikenali sebagai pemimpin tempatan yang bekerja keras untuk pengundi Cina dan Melayu, terutama yang lebih berusia, yang tidak kisah untuk kembali menyokongnya di saat tida gembira dengan PH.
Calon Gerakan, Wendy Subramaniam
Gerakan juga mungkin menarik sejumlah undi protes.
Walaupun kalah pada PRU lalu, Wee berjaya mengekalkan kira-kira satu pertiga sokongan pengundi Cina. Ia merupakan pencapaian membanggakan jika dibandingkan di kerusi lain yang ditandingi MCA, yang menyaksikan undi Cina menurun sehingga sepuluh peratus.
Peniaga Cheng Tin Xeng adalah salah seorang yang bercadang untuk mengundi Wee sekali lagi.
"Saya undi Wee pada PRU lalu, tetapi dia tak menang. Dia orang baik. Setiap kali anda minta bantuan, dia akan bantu. Dia memang betul-betul buat semua kerja," kata lelaki berusia 84 tahun itu.
Cheng Tin Xeng
Rasa tidak gembira pengundi juga terlihat ketika persaingan menarik hadirin untuk ceramah besar PH di Pekan Nanas Sabtu lalu. MCA berjaya menarik lebih 600 hadirin, manakala PH hanya 300.
Hakikat bahawa MCA sukar menarik hadirin di ceramahnya pada PRU lalu - walau ramai pengundi yang masih menganggotai parti itu - menunjukkan tapak sokongan sedang berubah.
Keadaan mungkin diburukkan dengan keengganan akar umbi DAP berkempen untuk Bersatu.
Dalam pertembungan yang dijangka sengit, perubahan sokongan yang kecil pun mampu meletakkan PH dalam keadaan bahaya.
Pertambahan sokongan Melayu, tetapi tak cukup
Jika ada perkembangan baik untuk PH, ia ialah berkenaan kaji selidik dalaman Bersatu yang mendapati sedikit pertambahan sokongan Melalu. Bagaimanapun ia belum mampu untuk merampas di pusat daerah mengundi yang dimenangani BN pada PRU lalu.
Sepanjang minggu lalu, ceramah PH di kawasan Melayu hanya menarik kira-kira 30 hingga 50 orang.
Namun keadaan agak baik pada Jumaat lalu, apabila Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir dan ketua pemudanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik lebih 200 orang ke ceramah di pusat daerah mengundi Lubok Sawah di Pekan Nanas.
Hadirin di kalangan penduduk tempatan dan anggota parti. Pada PRU lalu, PH hanya mendapat 20.6 peratus undi di situ.
Walaupun pengundi Melayu lebih berusia masih berada di belakang BN, sejumlah pengundi muda dan pertengahan kian beralih kepada PH, bukan kerana pencapaian gabungan itu tetapi kerana sentuhan peribadi Md Farid.
Ketika ditemui di pasar Pekan Nanas, Siti Zawiyah, 50, berkata dia tidak pernah berasa semangat untuk mengundi pada masa lalu kerana "mereka semua sama".
Tetapi ia berubah apabila dia bertemu Farid. "Anda tidak boleh lihat kejujuran seseorang, tetapi anda boleh rasakannya," katanya kepada Malaysiakini.
Walaupun Farid sudah meninggal dunia, Siti bercadang untuk terus menyokong PH.
Bagaimanapun, sejumlah belia Melayu yang menyokong PH dan mempunyai tanggapan yang baik terhadap Farid, yang merupakan muka baru dalam politik, kini berada di atas pagar apabila terpaksa sekali lagi membuat pilihan antara dua politikus veteran.
Sumber Malaysiakini
Ps : Andai PH kalah...terserlahlah ke'RASIS'an puak itu..walaupun atas alasan untuk memberi pengajaran untuk kerajaan PH.