Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Rabu, 25 Julai 2012

93 Ahli Kongsi Gelap Cetus Pergaduhan


                   
gambar hiasan
                            

GEORGE TOWN — Polis menahan 93 lelaki berusia antara 16 dan 42 tahun dari dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba mencetuskan pergaduhan di Persiaran Gurney di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis membuat dua serbuan serentak di dua lokasi sekitar Persiaran Gurney pada pukul 12.30 malam.
Beliau berkata dua kumpulan samseng yang dikenali sebagai “04” dan “24” itu dipercayai baru selesai berunding untuk berebut kawasan dan akan bertempur.
“Sebanyak 70 lelaki yang ditahan terdiri dari geng 04 dan selebihnya adalah ahli kumpulan 24 dan polis percaya beberapa orang lagi sempat melarikan diri setelah mengetahui kehadiran polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, polis yakin penangkapan anggota kongsi gelap itu dipercayai dapat menyelesaikan 25 kes jenayah termasuk peras ugut, pecah rumah dan samun berkumpulan sejak Januari lepas.
Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai senjata seperti pedang samurai, parang, pisau pemotong kertas, kayu pemukul besbol dan buku lima daripada suspek.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 43 daripada suspek positif dadah dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Abdul Rahim berkata, orang ramai yang pernah menjadi mangsa kumpulan terbabit diminta membuat laporan di balai polis polis berdekatan bagi membantu siasatan dan proses pengecaman.

Khamis, 5 Julai 2012

Pencabul Datuk Siti mengganas kembali

Awas Pencabul siti menganas lagi (baca disini)..rakyat diminta berhati-hati ketika keluar rumah kerana dikuatiri akan menjadi mangsa seterusnya..
klik gambar







kini minah ni pulak kena raba...






haha gegurau jer


Jumaat, 29 Jun 2012

Kisah Tae-Ho: Si Kecil Tanpa Tangan..

Kisah ketabahan  anak kecil benama Tae-ho yang tidak memiliki tangan..sayu bila melihat gelagat anak ini..
Kita yang cukup sempurna tubuh badan ini masih lagi mengeluh..






Tengok la ..alangkah tabahnya dia----insaf--



Sabtu, 9 Jun 2012

RUSSIA (4) VS REPUBLIC CZECH (1)




Jaringan2 pada perlawanan kedua dalam euro 2012.. REPUBLIC CZECH (1) VS RUSSI A (4)

Selasa, 5 Jun 2012

CONFIRM DEAL



Manchester United have confirmed they have "agreed terms" for the transfer of Shinji Kagawa from Borussia Dortmund.


Shinji Kagawa


Dortmund midfielder Kagawa, 23, will join United this summer for a fee reportedly in the region of £16 million, subject to a medical and work permit.
It was reported at the end of May that the Red Devils were closing in on the capture of the Japan international after he was scouted by Sir Alex Ferguson.
A statement on United's official website read: "Manchester United is delighted to announce that it has agreed terms with both Borussia Dortmund and Shinji Kagawa for his transfer to the Club.
"The deal is subject only to the player medical and obtaining a UK work permit. These conditions are anticipated to be completed by the end of June. Further details will be announced in due course."
United defender Rio Ferdinand added on his Twitter account: "Welcome to Shinji Kagawa for his transfer to Man Utd. heres to a succesful time here bro!"
Kagawa signed for Dortmund from Cerezo Osaka in 2010. He lifted the Bundesliga title in his first season at the club before helping them retain the trophy this season and also claim DFB-Pokal glory.

Jumaat, 1 Jun 2012

KESIAN MAKCIK NI




Alahai kesiannya pakcik dan makcik ni... Mungkin pakcik ni malas nak berulang alik so dia angkut je semua... Tapi kalau silap sikit je ni mesti bawa bahaya kat diri dorangkan... So pandu cermat, orangnya pon selamatkan... hehee ^-^

GAMBAR SITI BERSAMA ORANG KETIGA


Inikah orang ketiga yang di maksudkan oleh media..?? Untunglah orang yang peluk dato` siti nurhaliza tu...
Agak2nye apalah yang dia tengah fikirkan 2... hahaha...

Khamis, 31 Mei 2012

MANAKAH PILIHAN ANDA


Kalau la kau orang di beri pilihan, agak2nya yang mana kau orang pilih yer... Tapi apa2 pon dia orang ni pakai tudung memang cantik dan manis je.. ^-^ kalau dia orang kekal macam ni, aku rasa lagi ramai peminat...

ORANG TUA GATAL CABUL CIKGU




KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.
Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.
Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

ASAL USUL NAMA PULAU LANGKAWI

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.




PEMANDANGAN DI LANGKAWI







ASAL USUL NAMA LANGKAWI


Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaituhelang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi Langkawi.
Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

LELAKI MENGAMUK TANPA PAKAIAN




KUALA LUMPUR: “Kami semua ketakutan dan terpaksa menyorok dalam kedai serta mengunci pintu, apabila seorang lelaki separuh bogel tiba-tiba mengamuk bersenjatakan sebatang besi panjang selain dua pisau dengan mengejar sesiapa saja yang lalu depannya,” kata Kenny Lee, 29, saksi kejadian seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental mengamuk di Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa Permai, Kepong, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi berhampiran Pejabat Kutipan Hasil, cawangan Wangsa Permai itu, lelaki berkenaan turut memecahkan pasu bunga, membaling kerusi aluminium ke arah peniaga dan orang ramai serta menghayun batang besi ke kenderaan yang berhenti di kawasan itu. 
Menurut Kenny yang juga pekerja salun di kawasan itu, pada mulanya lelaki tidak dikenali itu dilihat berkeliaran tanpa memakai seluar dan hanya mengacah untuk memukul beberapa kereta diletakkan di situ hingga membuatkan beberapa pelanggan ingin ke kedai di kawasan itu tidak berani berhenti.

“Beberapa minit kemudian, lelaki itu semakin ganas dengan bertindak memecahkan pasu bunga dan membaling kerusi aluminium milik sebuah restoran yang masih belum dibuka.

“Risau kejadian lebih buruk berlaku, majikan saya bertindak menghubungi polis kira-kira jam 11.15 pagi dan kami serta beberapa peniaga lain tidak berani keluar dari kedai kerana bimbang dicederakan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Rabu, 30 Mei 2012

Warga Emas Ditetak

PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.


MUAR: “Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya.

“Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.


“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.


“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.


“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.



RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam.
RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam.

Petikan dari Harian Metro 30 May 2012


tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...