Sabtu, 14 Disember 2019

Hasrat Dr M berkuasa lebih lama terbatut?....hmm

salam dari : Kepale dan Kelape

HASRAT MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA TIDAK DITERIMA?



Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020.
Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa.
Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi parti itu juga tidak ada yang tampil menyokong pengumuman tersebut.
Kebiasaannya, sebarang perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, lebih-lebih lagi berkaitan perlanjutan jawatan, mudah saja mendapat sokongan, terutama daripada golongan pengampu, pembodek dan penjilatnya.
Ikut logiknya, inilah masa paling sesuai untuk mereka membodek dan mengampu Perdana Menteri serta selepas itu bolehlah menuntut apa-apa yang perlu seperti kontrak, jawatan, kedudukan dan sebagainya.
Tetapi, mengapa tidak ada yang melakukannya?
Kenapa semua orang masih diam membisu dan senyap membatu daripada mengeluarkan kenyataan menyokong?
Apakah Tun Mahathir sudah ketiadaan pengampu, pembodek dan penjilatnya?
Apakah makna semua ini?
Apakah ini bermakna majoriti pemimpin PH, termasuk daripada Bersatu, sebenarnya turut tidak setuju dengan hasrat Tun Mahathir itu dan mereka segan untuk menzahirkannya secara terbuka, takut-takut kalau Perdana Menteri tertua itu terasa hati jika mereka berterus-terang mengenainya?
Kalau setuju, kebiasaannya tentu sudah ramai yang mengeluarkan kenyataan memberi sokongan, malah berlumba-lumba melakukannya.
Fahamkah Tun Mahathir isyarat ini?
Begitu pun, melalui perbualan umum di mana-mana dan menerusi luahan di media sosial, ternyata hampir 90 peratus netizen tidak setuju dengan apa yang diumumkan oleh Tun Mahathir itu.
Mereka merasakan, jika dalam tempoh 19 bulan ini pun tidak banyak perubahan mampu dilakukan oleh Tun Mahathir dalam memberi lebih kesejahteraan kepada rakyat dan menjadikan keadaan negara bertambah baik, memberinya tempoh lanjutan enam bulan lagi hanya menjerumuskan kerajaan kepada kedaaan yang lebih bahaya lagi.
Tambahan lagi, dengan adanya gesaan Lim Kit Siang agar kerajaan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun menunaikan janji manifesto, ia juga adalah petunjuk bahawa tempoh 19 bulan selama ini tidak banyak menunjukkan kemajuan dari segi memenuhi kehendak rakyat.
Untuk itu kata mereka, tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri dan menjelang Mei 2020, peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, tidak dapat tidak, mesti dilakukan.
Sekurang-kurangnya dengan Perdana Menteri baru mengambil alih teraju negara, harapan kepada perubahan positif itu lebih diyakini berbanding Tun Mahathir yang sejak 19 bulan lalu ternyata gagal melakukan sesuatu yang berkesan.
Satu-satunya kejayaan Tun Mahathir sejak 19 bulan lalu, hanyalah daripada sudut politik dengan menjadikan banyak parti yang dilihat mengancam kedudukannya seperti PKR, DAP dan UMNO, sentiasa bergolak dan hampir berpecah.
Tetapi, kerana beliau sudah terlalu tua, kudrat terbatas, partinya sendiri tidak kuat dan tiada orang sekelilingnya yang betul-betul seperti Megat Junid Megat Ayob, Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin, semua perancangan politiknya nampak mudah dibaca dan sangkut di tengah-tengah jalan.
Ohhh…cukup-cukuplah Tun!! (ShahbudinHusin 14/12/2019)
CnP wlrl

Rabu, 11 Disember 2019

Usaha terbaharu tubuh Kerajaan pintu belakang?...Jeng jeng jeng

salam dari : Kepale dan Kelape

PERCUBAAN TERBARU MENUBUHKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG



Ini maklumat yang Tulang Besi dapat:

1) Kesemua Ahli-ahli  Parlimen yang dikatakan terlibat sudah diarahkan membatalkan apa-apa hasrat untuk keluar negara sehingga akhir tahun ini.

2) Presiden sebuah parti yang terlibat ini sepatutnya pergi ke Turki semalam tapi telah membatalkan hasrat beliau dan membatalkan pemergian beliau secara mendadak

3) Ahli-ahli  Parlimen dari UMNO dikatakan ramai yang terlibat memandangkan pihak yg menjadi tulang belakang usaha ini mampu menjanjikan projek yg berpuluh-puluh juta dalam kawasan parlimen mereka seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221416520832595&id=1537004309

4) Di katakan ada 3 orang MP dari golongan oren juga terlibat dan 3 orang dari parti roket. Dari parti mata dikhabarkan ada 15 orang.

5) Dikhabarkan kesemua ahli2 parlimen ini akan akan diagkut ke Istana Negara dan secara otomatik kerajaan PH akan bubar digantikan dengan kerajaan Melayu.

6) Perdana Menteri tidak bertukar tapi Timbalan Perdana Menteri akan bertukar.

7) Semua ini.akan berlaku dalam bulan Disember ini sebagai langkah terakhir yang terdesak untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri

8) Selain dari nama-nama yang kita sudah maklum, kali ini.usaha ini dijuarai oleh daulah terpendam

9) Selepas berlaku pertukaran kerajaan, AG akan dipecat serta Anwar dan Rafizi akan masuk penjara

Mari kita sama-sama doakan supaya usaha jahat ini gagal

Mari kita berbuat Qunut Nazilah ke atas konspirator-konspirator laknat ini yang berbuat ini semata2 mahu mempertahankan amalan mereka merompak hak rakyat dan orang Melayu.

TULANG BESI

C&P

Selasa, 12 November 2019

Tg Piai : bayangan PH bakal kalah

salam dari : Kepale dan Kelape

PRU lalu, Pakatan Harapan (PH) berjaya menembusi kubu BN di Tanjung Piai. Bagaiamanapun, sejumlah faktor mungkin membuatkan gabungan itu sukar mengulangi kejayaan itu dalam PRK Sabtu ini.
Allahyarham Md Farid Md Rafik dari Bersatu menewaskan penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti tipis pada tahun lalu. Beliau disokong kuat oleh pengundi Cina, iaitu merangkumi 41.4 peratus penduduk di sana, dibantu dengan pengalihan sokongan masyarakat Melayu yang merangkumi 57.6 peratus.
Data menunjukkan 32 peratus pengundi Melayu dan 64 peratus pengundi Cina menyokong Farid pada PRU lalu.
Tetapi dengan tinggal beberapa hari kempen, calon Bersatu Karmaine Sardini mendapati sokongan pengundi Cina - penyokong kuat PH - kian merosot.
Pengundi Cina tampak semakin tidak gembira dengan PH atas beberapa isu - antaranya pengenalan tulisan Jawi serta kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke Kongres Maruah Melayu bulan lalu.
Pemimpin DAP yang berkempen untuk Karmaine menggesa pengundi melihat "gambaran lebih besar" dan berkata sebarang undi untuk BN adalah tanda sokongan terhadap kerjasama Umno dan PAS.
Mereka juga berhujah bahawa undi terhadap BN ialah tanda sokongan buat bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini dibicarakan atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Tetapi mesej itu nampaknya kurang disambut di kalangan sejumlah pengundi, termasuk pesara Yeo Shiok Sui.
Yeo jelas tentang dakwaan terhadap Najib dan tidak gembira apabila Wee mengalu-alukan kehadirannya di Tanjung Piai, tetapi tetap bercadang mengundi Wee.
Yeo Shiok Sui
"Kami akan undi Wee. Kami ada banyak pandangan terhadap Najib dan tidak sokong dia, tetapi kami mahu memberi pengajaran terhadap PH.
"Sudah lebih setahun tetapi mereka (PH) masih menyalahkan kerajaan terdahulu. Apa yang kami mahu ialah anda (PH mentadbir) dengan baik," katanya ketika ditemui di Kukup Laut.
Katanya lagi, walaupun jika DAP yang bertanding dan bukannya Bersatu, pendiriannya tetap sama.
"Walaupun DAP yang melawan MCA, saya rasa MCA tetap akan menang. Ramai orang Cina tidak gembira dengan Mahathir dan PH, tetapi DAP tidak pernah memperkatakannya," katanya lelaki berusia 62 tahun itu.
Sementara itu, seorang pengundi berusia 64 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Kuan, berkata dia sebelum ini menyokong PH tetapi akan mengundi Wee pada PRK ini.
Kuan
"Kita undi PH pada PRU lalu sebab kita mahu pertukaran kerajaan. Tetapi kali ini kita lihat calon dan bukan parti," katanya.
Trend ini nampak tersebar luas di kalangan pengundi Cina yang lebih tua, bermakna PH perlu beralih ke pengundi muda untuk mengurangkan kesan hakisan sokongan itu.
Tetapi kebanyakan orang Cina di kawasan parlimen itu bekerja di luar, terutama Singapura.
Seorang pekerja kempen PH berkata kepada Malaysiakini, dianggarkan sejumlah 40 peratus pengundi Cina tiada di Tanjung Piai.
Yeo berkata dia tidak akan memujuk anak-anaknya untuk balik dan mengundi.
"Terpulang kepada mereka. Saya tak kisah," katanya lagi.
Pengundi luar
Adun Pekan Nanas dari DAP Yeo Tung Seong yakin sokongan orang Cina di Tanjung Piai terhadap PH mencapai tahap maksimum pada PRU lalu dan untuk mengekalkannya bukanlah perkara muda.
"Senang nak tahu PH menang atau tidak. Jika trafik tak sesak pada hari mengundi, kita tahu kita telah kalah tanpa perlu buka peti undi," katanya.
Pekan Nanas adalah satu daripada dua DUN dalam kawasan parlimen itu. Satu lagi ialah Kukup.
Wee dikenali sebagai pemimpin tempatan yang bekerja keras untuk pengundi Cina dan Melayu, terutama yang lebih berusia, yang tidak kisah untuk kembali menyokongnya di saat tida gembira dengan PH.
Calon Gerakan, Wendy Subramaniam
Gerakan juga mungkin menarik sejumlah undi protes.
Walaupun kalah pada PRU lalu, Wee berjaya mengekalkan kira-kira satu pertiga sokongan pengundi Cina. Ia merupakan pencapaian membanggakan jika dibandingkan di kerusi lain yang ditandingi MCA, yang menyaksikan undi Cina menurun sehingga sepuluh peratus.
Peniaga Cheng Tin Xeng adalah salah seorang yang bercadang untuk mengundi Wee sekali lagi.
"Saya undi Wee pada PRU lalu, tetapi dia tak menang. Dia orang baik. Setiap kali anda minta bantuan, dia akan bantu. Dia memang betul-betul buat semua kerja," kata lelaki berusia 84 tahun itu.
Cheng Tin Xeng
Rasa tidak gembira pengundi juga terlihat ketika persaingan menarik hadirin untuk ceramah besar PH di Pekan Nanas Sabtu lalu. MCA berjaya menarik lebih 600 hadirin, manakala PH hanya 300.
Hakikat bahawa MCA sukar menarik hadirin di ceramahnya pada PRU lalu - walau ramai pengundi yang masih menganggotai parti itu - menunjukkan tapak sokongan sedang berubah.
Keadaan mungkin diburukkan dengan keengganan akar umbi DAP berkempen untuk Bersatu.
Dalam pertembungan yang dijangka sengit, perubahan sokongan yang kecil pun mampu meletakkan PH dalam keadaan bahaya.
Pertambahan sokongan Melayu, tetapi tak cukup
Jika ada perkembangan baik untuk PH, ia ialah berkenaan kaji selidik dalaman Bersatu yang mendapati sedikit pertambahan sokongan Melalu. Bagaimanapun ia belum mampu untuk merampas di pusat daerah mengundi yang dimenangani BN pada PRU lalu.
Sepanjang minggu lalu, ceramah PH di kawasan Melayu hanya menarik kira-kira 30 hingga 50 orang.


Namun keadaan agak baik pada Jumaat lalu, apabila Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir dan ketua pemudanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik lebih 200 orang ke ceramah di pusat daerah mengundi Lubok Sawah di Pekan Nanas.
Hadirin di kalangan penduduk tempatan dan anggota parti. Pada PRU lalu, PH hanya mendapat 20.6 peratus undi di situ.
Walaupun pengundi Melayu lebih berusia masih berada di belakang BN, sejumlah pengundi muda dan pertengahan kian beralih kepada PH, bukan kerana pencapaian gabungan itu tetapi kerana sentuhan peribadi Md Farid.
Ketika ditemui di pasar Pekan Nanas, Siti Zawiyah, 50, berkata dia tidak pernah berasa semangat untuk mengundi pada masa lalu kerana "mereka semua sama".
Tetapi ia berubah apabila dia bertemu Farid. "Anda tidak boleh lihat kejujuran seseorang, tetapi anda boleh rasakannya," katanya kepada Malaysiakini.
Walaupun Farid sudah meninggal dunia, Siti bercadang untuk terus menyokong PH.
Bagaimanapun, sejumlah belia Melayu yang menyokong PH dan mempunyai tanggapan yang baik terhadap Farid, yang merupakan muka baru dalam politik, kini berada di atas pagar apabila terpaksa sekali lagi membuat pilihan antara dua politikus veteran.
Sumber Malaysiakini

Ps : Andai PH kalah...terserlahlah ke'RASIS'an puak itu..walaupun atas alasan untuk memberi pengajaran untuk kerajaan PH.

Ahad, 3 November 2019

Skandal sebab JDT jadi Juara Piala Malaysia

salam dari : Kepale dan Kelape

JDT menang lagi
Tu aje aku nak cakap

Untuk Kedah
Padukan anda memang hebat
Tapi...
Berbanggalah kamu kerana anda telah tewas ditangan pasukan yang lebih HANDAL..

Hehehe

Ps : tak ada gambar sebab saya pun tengok kat TV1 je..

InshaAllah kata Wee...Alhamdulillah kata Zahid

salam dari : Kepale dan Kelape

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pemilihan Wee Jeck Seng - bekas anggota parlimen Tanjung Piai selama dua penggal - dalam PRK kali ini adalah keputusan yang tepat.
“Kita bersatu hati, tenaga, fikiran dan kerja sebagai satu pasukan Muafakat Nasional. InsyaAllah pilihan tepat adalah saudara Wee jeck Seng.
“[...] dia pun cakap InsyaAllah akan buat yang terbaik. Jadi kita jawab Alhamdullilah. Kita dalam Muafakat Nasional cukup komited apabila putuskan Wee sebagai calon kita," katanya ketika berucap di bangunan Umno Pontian selepas penamaan calon selesai.
Zahid berkata lagi, jentera BN sebagai pembangkang tetap bersemangat meraih undi walaupun kerajaan kini dilihat memberi banyak peruntukan di kawasan itu.
“Tidak kira sama ada Melayu Cina India, beliau (Wee) adalah pemimpin yang baik. Walaupun peruntukan kerajaan mencurah-mencurah kepada Tanjong Piai. (Pengundi) terima tapi undi beri kepada saudara Wee Jeck Seng,” katanya lagi.
Turut berada di pentas ialah Wee Jeck Seng dan Presiden MCA Wee Ka Siong.
Wee merupakan anggota parlimen Tanjung Piai sejak 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Md Farid Md Rafik pada PRU lalu, dengan perbezaan 524 undi.
Dalam pada itu Zahid berkata PRK ini adalah ujian pertama untuk menunjukkan Muafakat Nasional yang dimeterai Umno dan PAS pada September lalu tidak mengenepikan agama dan kaum lain.
"Muafakat Nasional ini diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Kita lihat rakan (dari PAS) dari peringkat pusat, negeri dan kawasan, ini tanda komitmen PAS," katanya lagi.
Wee bakal dicabar calon PH Karmaine Sardini yang juga Ketua Bersatu Tanjung Piai dan empat calon lagi, iaitu Wendy Subramaniam (Gerakan), Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), serta dua calon Bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November. Pengundian awala akan dijalankan pada 12 November.
Untuk rekod, PRK Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRU ke-14.

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...