KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Ahad, 3 November 2019

InshaAllah kata Wee...Alhamdulillah kata Zahid

salam dari : Kepale dan Kelape

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pemilihan Wee Jeck Seng - bekas anggota parlimen Tanjung Piai selama dua penggal - dalam PRK kali ini adalah keputusan yang tepat.
“Kita bersatu hati, tenaga, fikiran dan kerja sebagai satu pasukan Muafakat Nasional. InsyaAllah pilihan tepat adalah saudara Wee jeck Seng.
“[...] dia pun cakap InsyaAllah akan buat yang terbaik. Jadi kita jawab Alhamdullilah. Kita dalam Muafakat Nasional cukup komited apabila putuskan Wee sebagai calon kita," katanya ketika berucap di bangunan Umno Pontian selepas penamaan calon selesai.
Zahid berkata lagi, jentera BN sebagai pembangkang tetap bersemangat meraih undi walaupun kerajaan kini dilihat memberi banyak peruntukan di kawasan itu.
“Tidak kira sama ada Melayu Cina India, beliau (Wee) adalah pemimpin yang baik. Walaupun peruntukan kerajaan mencurah-mencurah kepada Tanjong Piai. (Pengundi) terima tapi undi beri kepada saudara Wee Jeck Seng,” katanya lagi.
Turut berada di pentas ialah Wee Jeck Seng dan Presiden MCA Wee Ka Siong.
Wee merupakan anggota parlimen Tanjung Piai sejak 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Md Farid Md Rafik pada PRU lalu, dengan perbezaan 524 undi.
Dalam pada itu Zahid berkata PRK ini adalah ujian pertama untuk menunjukkan Muafakat Nasional yang dimeterai Umno dan PAS pada September lalu tidak mengenepikan agama dan kaum lain.
"Muafakat Nasional ini diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Kita lihat rakan (dari PAS) dari peringkat pusat, negeri dan kawasan, ini tanda komitmen PAS," katanya lagi.
Wee bakal dicabar calon PH Karmaine Sardini yang juga Ketua Bersatu Tanjung Piai dan empat calon lagi, iaitu Wendy Subramaniam (Gerakan), Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), serta dua calon Bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November. Pengundian awala akan dijalankan pada 12 November.
Untuk rekod, PRK Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRU ke-14.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan