Memaparkan catatan dengan label Panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panas. Papar semua catatan

Rabu, 25 April 2012

KARTUNIS PON NAK BERDEBAT JUGAK


Kumpulan Kartunis Independen cabar "kartunis hantu" berdebat
Zunar | Apr 23, 2012 03:24:58 pm

SEJAK akhir-akhir ini semakin banyak muncul kartun-kartun yang dihasilkan dalam bentuk risalah dan diedarkan di tempat-tempat awam seperti di masjid dan di sekolah-sekolah.

Kandungan di dalam kartun-kartun ini menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin BERSIH.

Sementara kami menghormati hak setiap kartunis untuk bebas berkarya, kami juga berpendirian bahawa setiap kartunis mestilah bertanggungjawab terhadap setiap mesej yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.

Tetapi didapati di dalam karya-karya tersebut, kartunis-kartunis berkenaan menyembunyikan identiti dengan tidak menandatangani atau meletakkan nama mereka di dalam lukisan tersebut.

Dengan bersikap begini, kartunis-kartunis berkenaan mempamerkan sikap tidak bermoral, tidak bertanggungjawab, perlecehan etika serta merendahkan martabat mereka sebagai seorang artis.

Etika kartunis ialah bagi setiap karya mesti ditandatangani atau diletakkan tanda pengenalan sebagai membuktikan kartunis benar-benar tahu apa yang dilukis, bertanggungjawab terhadap mesej dan bersiap menghadapi risiko atas lukisan tersebut sekiranya berbangkit.

Kartunis-kartunis hantu ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan.  Kami dapati juga semua kartun-kartun tersebut menyokong Barisan Nasional yang mengamalkan budaya rasuah seperti dalam kes NFC dan Scorpene, misalnya.

Sehubungan itu, kami mencabar kartunis-kartunis ini supaya mengambil pendekatan bermoral dan tampil memperkenalkan diri serta indentiti mereka.

Kami juga ingin mencabar kartunis-kartunis tersebut supaya membuat kenyataan terbuka apakah mereka mempertahankan idealisme menyokong rasuah yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.

Kami juga mencabar kartunis-tersebut supaya berdebat dengan ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen mengenai idealogi dan etika melukis kartun politik di mana dan bila-bila masa jua.

*Zulkiflee SM Anwarul Haque (Zunar, gambar kanan) selaku pemimpin Kumpulan Kartunis Independen.  Turut menandatangani, kartunis-kartunis:

1. Nor Azlin Ngah (Jonos)
2. Azmie Md Taha
3. Johnny Ong
4. Azman Md Noh (AMN)
5. Mohd Afendi Ramli (Ronasina)
6. Abdullah Jones
7. Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk)
8. Azhar Saad (Art)
9. Azlan Isa (Orang2)
10. Sham Saimun Ezil (Along)
11. Lili Zam (Haili)

**Kumpulan Kartunis Independen (KKI) adalah sebuah kumpulan kartunis yang mempertahan hak kartunis berkarya dan kepentingan kartunis untuk berkarya secara bertanggungjawab.  Kami juga menolak budaya rasuah.

Jumaat, 20 April 2012

JAGA2 DENGAN PENIPUAN DI PC FAIR (3 GAMBAR)


JAGA2 DENGAN PENIPUAN DI PC FAIR (3 GAMBAR)







Berhati-hari bila ke PC Fair, kalau ada HDD murah anda kena make sure it works. Sekarang HDD mahal dan ramai scammers menjual HDD ciplak macam ini dipasaran.

SUMBER:BLOGSERIUS

Isnin, 16 April 2012

Panas!! Siapa Sebenarnya Biayai Pembinaan PWTC??



Teka teki mengenai siapa yang sebenarnya membiayai kos pembinaan bangunan kebanggan Umno-APCO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), akhirnya terjawab dengan satu penemuan yang mengejutkan!

Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.


Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut satu laporan sulit akauntan yang ditugaskan oleh Umno pada 1985, yang diperolehi oleh Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta.

Laporan itu berkata, jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan, 0 dari Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd.

Selain itu, laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570.

"Dan laporan tersebut... menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut tidak akan bayar apa-apa lagi," tulis Wain dalam bab lima bukunya itu yang bertajuk A Volatile Mix of Business and Politics.


KREDIT UNTUK Pencacai SeMalaysia

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...