Rabu, 25 April 2012

KARTUNIS PON NAK BERDEBAT JUGAK


Kumpulan Kartunis Independen cabar "kartunis hantu" berdebat
Zunar | Apr 23, 2012 03:24:58 pm

SEJAK akhir-akhir ini semakin banyak muncul kartun-kartun yang dihasilkan dalam bentuk risalah dan diedarkan di tempat-tempat awam seperti di masjid dan di sekolah-sekolah.

Kandungan di dalam kartun-kartun ini menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin BERSIH.

Sementara kami menghormati hak setiap kartunis untuk bebas berkarya, kami juga berpendirian bahawa setiap kartunis mestilah bertanggungjawab terhadap setiap mesej yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.

Tetapi didapati di dalam karya-karya tersebut, kartunis-kartunis berkenaan menyembunyikan identiti dengan tidak menandatangani atau meletakkan nama mereka di dalam lukisan tersebut.

Dengan bersikap begini, kartunis-kartunis berkenaan mempamerkan sikap tidak bermoral, tidak bertanggungjawab, perlecehan etika serta merendahkan martabat mereka sebagai seorang artis.

Etika kartunis ialah bagi setiap karya mesti ditandatangani atau diletakkan tanda pengenalan sebagai membuktikan kartunis benar-benar tahu apa yang dilukis, bertanggungjawab terhadap mesej dan bersiap menghadapi risiko atas lukisan tersebut sekiranya berbangkit.

Kartunis-kartunis hantu ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan.  Kami dapati juga semua kartun-kartun tersebut menyokong Barisan Nasional yang mengamalkan budaya rasuah seperti dalam kes NFC dan Scorpene, misalnya.

Sehubungan itu, kami mencabar kartunis-kartunis ini supaya mengambil pendekatan bermoral dan tampil memperkenalkan diri serta indentiti mereka.

Kami juga ingin mencabar kartunis-kartunis tersebut supaya membuat kenyataan terbuka apakah mereka mempertahankan idealisme menyokong rasuah yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.

Kami juga mencabar kartunis-tersebut supaya berdebat dengan ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen mengenai idealogi dan etika melukis kartun politik di mana dan bila-bila masa jua.

*Zulkiflee SM Anwarul Haque (Zunar, gambar kanan) selaku pemimpin Kumpulan Kartunis Independen.  Turut menandatangani, kartunis-kartunis:

1. Nor Azlin Ngah (Jonos)
2. Azmie Md Taha
3. Johnny Ong
4. Azman Md Noh (AMN)
5. Mohd Afendi Ramli (Ronasina)
6. Abdullah Jones
7. Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk)
8. Azhar Saad (Art)
9. Azlan Isa (Orang2)
10. Sham Saimun Ezil (Along)
11. Lili Zam (Haili)

**Kumpulan Kartunis Independen (KKI) adalah sebuah kumpulan kartunis yang mempertahan hak kartunis berkarya dan kepentingan kartunis untuk berkarya secara bertanggungjawab.  Kami juga menolak budaya rasuah.

2 ulasan:

  1. Salam ziarah sahabat...
    Terima kasih kerana sudi mengikuti blog Mat Indera Sipejuang... saya akan link kan blog Sahabat kedalam blog sy bagi menyemarakan lagi perang alam maya demi menegakkan kebenaran...

    Satu lagi... gambar Sahabat tidak menunjukkan yang saudara menpunyai pautan blog... kalau saudara tidak masuk kedalam Cbox sudah pasti sy tak dapat mengikuti Sahabat...

    harap perbetulkan kerana ia akan menyukarkan lain-lain sahabat untuk mengikuti Sahabat... terima kasih dan salam Perjuangan serta salam sejastera buat sahabat sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo ye ker..
      terima kasih atas ingatan... (baru belajo nak brblog)

      Padam

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...