Rabu, 25 April 2012

Hujah lawan hujah laa..jangan lawan dgn cat pulak


Rumah Mazlan Aliman disimbah cat merah
Apr 25, 2012 11:51:22 am

Bila dah tak terlawan dengan hujjah, cuba ugut dengan cat merah pulak...apa nak jadi ni ..

 Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) cukup kesal dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Mazlan Aliman.  Kejadian ini disedari oleh isteri Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong.  Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di FELDA Bukit Ramon, Kulai Johor.

Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa satu minggu di Negeri Johor.  Pertama berlaku pada 19 April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22 April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang (PAP), Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Mazlan Aliman (gambar kiri) pada awal pagi 24 April 2012.

Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan TANAH yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei 2012 jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru.  Antara tuntutan TANAH adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tg. Pagar, menghentikan pengurniaan Tanah kepada KPRJ/ Kroni dan merampas tanah penyeleweng.

Semalam Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 28 April 2012 sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan BERSIH 3.0. TANAH akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.  Ini bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku selepas ini.

*Kenyataan media oleh Suhaizan Kaiat (gambar kanan) selaku Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...