Isnin, 14 November 2022

pru15 kita nak cari apa sebenarnya

salam dari : Kepale dan Kelape

Pilihanraya datang lagi...Tidak seperti hari hari raya yang datang saban tahun, pilihan raya hanya datang 5 tahun sekali atau kurang lima 5 tahun. setelah beberapa kali pilihan raya yang menyaksikan pertandingan kebanyakkannya hanya 2 penjuru, kini sejak PRU14 lepas kita dapat menyaksikan pertandingan 3 atau lebih penjuru di kebanyakan tempat pertandingan.
    Pada PRU 14 lepas kita menyaksikan pertandingan antara BN VS PAS yang bersendirian VS gabungan parti yang menggunakan lambang PKR. keputusan selebihnya kini menjadi sejarah.


gambar tiada kena mengena

Kini PRU 15 kita dapat menyaksikan gabungan parti parti yang mula mengikut jejak BN dengan memasuki gelanggang PRU dengan satu logo gabungan tersendiri. Rakyat dapat melihat pertandingan antara parti gabungan BN vs PN vs PH .

selepas seminggu berkempen kita dapat melihat bentuk serangan setiap parti gabungan terhadap 2 lawan masing2. 

BN yang didominasi UMNO dan PN yang terdiri dari Bersatu dan PAS dilihat senada dalam menyerang kem PH iaitu dengan memainkan sentimen JANGAN KENA KENCING LAGI , merujuk kepada kegagalan PH menunaikan janji PRU14 lepas disamping mengingatkan kebimbangan kehilangan kuasa  melayu kepada cina. BN  dan PN juga saling serang menyerang khususnya antara Bersatu dengan Umno. Namun serangan Pas kepada Umno dan sebaliknya lebih nampak macam perlawanan tampar menampar aje.

PH pula dilihat sibuk menepis serangan dari PN dan BN selain bertungkus lumus mengeluarkan diri dari persepsi yang mengatakan mereka dikuasai DAP sangat cina serta kegagalan 22 bulan memerintah. Selain menepis serangan dari pihak lawan PH juga menyerang BN dengan sentimen KLUSTER MAHKAMAH akan bebas jika BN menang selain isu korupsi. dalam serangan kepada PN pula , mereka menaikkan sentimen benci PENGKHIANAT merujuk kepada mereka yang menjatuhkan kerajaan PH.

Namun apa yang menariknya PRU kali ini, tiada mana mana gabungan yang boleh mendabik dada mampu memenangi PRU15 dengan majoriti mudah sekalipun. sekiranya tiada parti yang boleh membentuk kerajaan sendiri maka sekali lagi rakyat Malaysia akan menyaksikan adegan drama tarik menarik , cocok mencocok. 

Apa pun kita tengok apa yang akan berlaku diatas... kita yang penoreh getah, esoknya akan terus menoreh, pekebun sayur jangan lupa esok kena meracun serangga, nelayan musin tengkujuh ni pi jahit pukat tu nak turun laut bahaya , rider2 , abang driver2, apa2 kerja pun terpaksa meneruskan rutin harian demi kelangsungan hidup...

jadi apa yang sebenarnya yang kita cari...

pun tiada kena mengena


*KITA SESAMA KITA KATA MELAYU KENA TUNGGANG DENGAN CINA....RUPANYA MEREKA SESAMA MEREKA KATA CINA KENA TUNGGANG DENGAN MELAYU,,,,,JANGAN BEGITU.. KEKALKANlah KEHARMONIAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...