Rabu, 25 Julai 2012

93 Ahli Kongsi Gelap Cetus Pergaduhan


                   
gambar hiasan
                            

GEORGE TOWN — Polis menahan 93 lelaki berusia antara 16 dan 42 tahun dari dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba mencetuskan pergaduhan di Persiaran Gurney di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis membuat dua serbuan serentak di dua lokasi sekitar Persiaran Gurney pada pukul 12.30 malam.
Beliau berkata dua kumpulan samseng yang dikenali sebagai “04” dan “24” itu dipercayai baru selesai berunding untuk berebut kawasan dan akan bertempur.
“Sebanyak 70 lelaki yang ditahan terdiri dari geng 04 dan selebihnya adalah ahli kumpulan 24 dan polis percaya beberapa orang lagi sempat melarikan diri setelah mengetahui kehadiran polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, polis yakin penangkapan anggota kongsi gelap itu dipercayai dapat menyelesaikan 25 kes jenayah termasuk peras ugut, pecah rumah dan samun berkumpulan sejak Januari lepas.
Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai senjata seperti pedang samurai, parang, pisau pemotong kertas, kayu pemukul besbol dan buku lima daripada suspek.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati 43 daripada suspek positif dadah dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Abdul Rahim berkata, orang ramai yang pernah menjadi mangsa kumpulan terbabit diminta membuat laporan di balai polis polis berdekatan bagi membantu siasatan dan proses pengecaman.

Jumaat, 20 Julai 2012

Warkah Buat Mak Di Awal Ramadhan


Assalamualaikum .....

Mak... Ramadhan datang lagi. Gembira menyambut kedatangan Al-Mubarak ini. Bulan yang akan menyemarakkan lagi ibadah kepada Allah S.W.T... Malang nya Azam tak dapat menyambut Ramadhan kali ini di kampung sebab terpaksa kerja. Mungkin adik beradik yang lain akan balik ..Seronok kan kalau dapat berpuasa bersama.

Mak..
Bercerita pasal berpuasa, teringat kenangan semasa kecik...macam mana mak ajar kami adik beradik berpuasa..mak tak pernah memaksa kami berpuasa.. masa tu wujud istilah 'yang yang yuk'..sambungannya 'pagi pagi bukak periuk' merujuk pada sesiapa yang tak puasa..jadi sesiapa yang tak puasa akan rasa malu. namun mak sikit pun tak pernah marah pada siapa yang tak puasa. (malangnya sesiapa yang tak puasa takde makanan kat dapur pun, terpaksala togok air sejuk..huhu kesiaaaan)
maka kami pun berpuasa laaa...tapi bila menjelang petang, masing-masing mula lembik. Melihatkan itu makpun offer kami makan.. tapi sayangnya mak akan kata kalau makan berbuka nanti tak boleh makan bersama orang yang puasa. hahaha...satu lagi gimik yang mak buat.. sebenarnya bila masuk berbuka azam akan melantak juga. pernah sekali azam tak puasa. Waktu berbuka Azam duduk depan tak makan sekali dengan orang berbuka...tapi mak panggil juga ajak berbuka sekali. Sayangnya mak pada anak-anak...

Mak.., teringat lagi waktu bulan puasa, mak tak lupa buat kuih untuk orang masjid berbuka.. Azam la yang selalu kena pergi Masjid hantarkan kuih..macam macam kuih yang mak buat..kadang kadang kuih koci , kadang kadang karipap, kadang kadang kuih kasturi.. mak kata berkat kalau bagi orang puasa makan....secara tak langsung kami pun dapat makan kuih yang sedap bila berbuka nanti maklumla masatu tak de bazar ramadhan macam sekarang ni, semuanya buat sendiri..macam tu juga kuih raya, semua buat sendiri..bab kuih raya ni yang selalu merentap iman nak teruskan puasa hari tu..selalu terkucil bila terbau haruman biskut yang tah hapa nama tu..meriah rasa puasa masa tu...

Masa bulan puasa juga mak tak menang tangan dek kesibukkan persiapan untuk anak anak...menjahit baju raya juga adalah rutin bila tiba bulan puasa..Azam pernah mintak mak tak payah buat baju Melayu untuk raya takut mak takde duit.. Mak marah sebab katanya raya mesti pakai baju cantik..baju lama dah buruk sangat. Mak nak tengok anak2 cantik masa beraya nanti..langsir rumah pakai tahun lepas punya pun tak pe, janji anak2 mak bertukar baju...

Banyak kenangan masa berpuasa disamping mak . tapi tahun ni Azam tak dapat sambut awal puasa kat kampung..Sedih teringatkan mak. Tapi takpe, Adik beradik yang lain balik

mak..
puasa kali ni Azam berpuasa dengan anak2 azam je.. cucu2 mak tu dah pandai berpuasa..tahun lepas Kakak dengan Nana cuma mis dua hari jer..Mirul pulak puasa penuh ..kesian tengok diaorang terlepek kelaparan..bila disuruh minum diaorang tak mau..paling kesian tengok Nana, sampai pecah pecah bibir kekurangan air..itu pun mau diteruskan...diaorang start puasa masa umur 4 tahun lagi..tak paksa pun, tapi diaorang yang nak puasa...  tahun ni SiRafiq pulak dah masuk 4 tahun..hahaa tengok dia pulak macam mana...Pernah Ana isteri Azam rasa kecewa bila budak budak tu kantol curi2 minum air..Azam cerita kisah Mak yang tak pernah paksa kami puasa...Alhamdulillah didikan Mak tu sampai kat dia..Ana dah terima cara didikan tu dengan baik

Mak..
Banyak lagi kenagan berpuasa dengan mak dulu..cukup la untuk kali ni...

Mak..
Sebenarnya Azam amat rindu bila teringatkan mak..Sayu menyambut ramadhan kali ni tanpa mak disisi..kenangan dulu tak mungkin dapat kembali..mak sebab rindu la Azam titipkan warkah ini..biarpun warkah ni  tak dapat mak baca lagi.. rasanya dah tak tertahan airmata ini dari berjuraian...ingat lagi pesan mak...Jangan Menangis...

Mak...
Kalau dulu mak selalu doakan kebahagiaan Azam..biarla kali ini Azam pula Doakan mak semoga bahagia dan dirahmati disana...Pemergian mak benar benar membuat Azam merasa kehilangan..pergi yang takkan kembali lagi
Al-Fatihah

Selasa, 10 Julai 2012

Dora the Explorer (bila kartun jadi orang betul)

Dora the Explorer Movie...


cerita katun ni sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak (dewasa tak pandai english macam aku pun sesuai gak)
tapi...movie ni sesuai ker?..

hahhahah
 

Geram aku tengok Dora ni...huhuhuu

Video Kepah menjilat garam

Kepah sukakan garam?..macam ni agaknya kepah makan...huhuhu

Tapi ada yang kata ini bukan sebab kepah suka garam, tapi ia adalah cara kepah bergerak .
Mungkin kepah ni dah desperate sangat nak cari air kot...sian kepah ni..masak je la..
jom tengok




Banyaknyeeee




Amukan Di Putrajaya

serangan-JPM


KUALA LUMPUR – Salah seorang suspek kes serangan ke atas Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang tadi.
Bagaimanapun identiti lelaki itu belum diketahui.
Seorang lagi suspek, seorang wanita, yang juga ditembak kini sedang dirawat di hospital yang sama.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, kedua-dua mereka mengamuk sambil melibaskan parang kearah anggota polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.
Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).

Petikan dari mynewshub

Isnin, 9 Julai 2012

Beautiful River


Crystal river - The most beautiful river on the earth



Cano Cristales - Crystal River. River of five colors, as the locals call it, originates in the south of the mountain chain Macarena, Colombia, and flows eastward to its confluence with the Guayabero river. In the Cano Cristales found five colors: yellow, blue, green, black and red. All of them are waste product of many algae and, depending on time of year, color saturation, or weakened or strengthened.



Foto bila Sultan Johor dan TMJ jumpa Uncleseekers




Agaknya macam gini le bila depa berjumpa yek....

"Kecik jer aku nampak ko" gitu le gamaknyer rimau tu kata

Animals Wonders Amazingly Unbelievable Moment Of Wildlife

Hmmm 'banyaknyeeee'

TOP SHARED PICS IN FACEBOOK

FACEBOOK TOP SHARED PICS


















Source : Facebook

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...