Khamis, 31 Januari 2013

salam dari : Kepale dan Kelape

untuk warga pendidik sahaja..!!
Jelajah Kebangkitan Pendidik di Shah Alam Ahad ini




KUALA LUMPUR: Warga pendidik dijemput untuk menghadiri program siri Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan yang akan berlangsung pada 3 Febuari ini.

Program sehari anjuran Lujnah Pendidikan PAS Pusat akan dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 9.00 pagi di Dewan MBSA Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam.

Bertemakan "Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan" pihak penganjur turut mengadakan ceramah yang akan membariskan beberapa penceramah antaranya mantan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak Datuk Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Johor Ramlan Sariman, Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik  dan Presiden Ngo Pendidik Cikgu Normala Sudirman.

Ceramah ini akan bermula jam 9.00 malam bertempat di Markaz PAS Bukit Naga Shah Alam.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pengarah program Muhammad Abdullah di talian 017 2866571 ataupun boleh dilayari melalui www.ustream.tv/channel/cikgumalatv.





salam dari : Kepale dan Kelape

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Selangor

Bagi yang merancang untuk beriadah,bekerja atau kemana saja kat negeri Darul Ehsan,ada sedikit info cuaca sepanjang 1 minggu ini.. Maklumlah sekarang ini cuaca agak panas sedikit . Akan tetapi harus diingat ini cuma ramalan belaka..


Khamis, 31/01/2013  


Ribut petir di satu dua tempat  sebelah petang  

  • Pagi : Tiada Hujan
  • Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  • Malam : Tiada Hujan




Jumaat, 01/02/2013  

Ribut petir di satu dua tempat sebelah petang


  • Pagi : Tiada Hujan
  • Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  • Malam : Tiada Hujan 


Sabtu, 02/02/2013

Ribut petir di satu dua tempat sebelah petang



  •  Pagi : Tiada Hujan
  •  Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  •  Malam : Tiada Hujan


Ahad, 03/02/2013

Ribut petir di satu dua tempat sebelah petang


  • Pagi : Tiada Hujan
  •  Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  •  Malam : Hujan di satu dua tempat


Isnin, 04/02/2013  

Ribut petir di satu dua tempat sebelah petang

  •  Pagi : Tiada Hujan
  •  Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  •  Malam : Hujan di satu dua tempat



Selasa, 05/02/2013  

Ribut petir di satu dua tempat sebelah petang







  • Pagi : Tiada Hujan
  • Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  • Malam : Hujan di satu dua tempat



Rabu, 06/02/2013

Ribut petir di satu dua tempat sebelah petang


  •  Pagi : Tiada Hujan
  •  Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  •  Malam : Hujan di satu dua tempat



sumber : JABATAN METEOROLOGIKAL NEGARA






Selangor nak bubar DUN lepas Chap Goh Mei

salam dari : Kepale dan Kelape


S'gor cadang bubar DUN selepas Chap Goh Mei
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan.
    
Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan. 
    
"Kalau selepas Chap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).  
    
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan DUN)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.
    
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu. 

"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan DUN," katanya. 
    
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri. 
    
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
    
Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari. 
    
Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu. 
    
"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya.


Rabu, 30 Januari 2013

salam dari : Kepale dan Kelape

mari memenatkan mata tapi mengkhayalkan..

Color Stereo Stereogram


call-me_g-levine.jpg


©G.W. Priester ©G.W. Priester


haha..bagaimana ? nampak ??!

Selasa, 29 Januari 2013

salam dari : Kepale dan Kelape

Rahsia pergerakan anggota badan


Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat.Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat.Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati
Umbun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak = akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan.
Telinga bergerakakan = berkelahi
Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
Bahu kiri bergerah-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia.
Wallahu A’lam.
salam dari : Kepale dan Kelape

Lelaki Mencuba Rasa Kesakitan Bersalin




Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.
Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.
Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu siksaan.
Biarpun ketika memasang alat berkenaan mereka cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.
Pada tahun 2009,Dr Andrew Rochford telah melalui pengalaman yang sama dalam program What’s Good For You. Dua jam kemudian,mukanya hampir biru menahan kesakitan yang dialami. Walaupun hanya simulasi,ternyata kesakitan yang dialami sukar ditanggung oleh mereka.Jika dalam keadaan sebenar,bagaimana?
Begitulah istimewanya wanita. Walaupun wanita dijadikan lemah,tetapi Allah mengurniakan kekuatan yang luarbiasa yang tidak dapat ditanggung oleh kaum lelaki. Terima kasih untuk semua ibu dan para isteri didunia ini, sungguh besar pengorbananmu.
salam dari : Kepale dan Kelape

ASAL USUL NAMA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


1. SELANGOR
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)




2) JOHOR
Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".





3) KEDAH
Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.






4) KELANTAN
Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan.
Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.





5) MELAKA
Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu".



6) NEGERI SEMBILAN

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat

Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:
1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol





7) PAHANG
Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.





8) PERAK
Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.





9) PERLIS
Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".





10) PULAU PINANG
Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.





11) TERENGGANU
Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".





12) SABAH
Pernah dikenali dengan nama "Api-api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.




13) SARAWAK

Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.




14) KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.






sumber buku ni oleh zakiah hanum




Rabu, 23 Januari 2013

salam dari : Kepale dan Kelape




salam maulidur rasul..selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w
aku umatmu yang yang terkemudian..

salam dari : Kepale dan Kelape

Hospital Wuhan Buka Wad Seks Untuk Pasangan Buat Anak 

Sebuah hospital di Wuhan, China telah membuka wad seks VIP untuk membantu pesakit atau pasangan yang mempunyai masalah mengandung. Dalam wad ini, ianya telah fully furnished dengan sofa, katil dan ukiran serta mempunyai ruangan yang menyediakan filem 18SX, alatan X dan juga buku rujukan X. Selain itu, beberapa orang pakar seks juga disediakan untuk memberi tips kepada pasangan semasa besetubuh (WTF). Namun ada bayaran untuk masuk ke wad ini iaitu RM520 semalam.

#Perlukah anda diajar bagaimana untuk FAP FAP?









Sepakan sudut paling hampeh

salam dari : Kepale dan Kelape

sepakan sudut yang macam hampeh sampai dapat gelaran The Worst Corner EVER


SEEING your team fail to beat the first man from a corner is one of the most infuriating things in football.

So imagine being a supporter of Brazilian outfit Duque de Caxias and watching a set-piece as dreadful as THIS?
Dead-ball delivery man Marquinhos attempts to fire in a fizzing centre to his team-mates... and ends up kicking it out of play before it even reaches the six-yard box.


Read more: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/4757369/The-worst-corner-ever-Marquinhos-set-piece.html#ixzz2Iis6Hy1K


salam dari : Kepale dan Kelape

 Anda Tahu Maksud Lampu Putar di Kedai Gunting Rambut?

Tahukah korang maksud tiang yang berwarna putih biru merah yang berputar di depan kedai gunting rambut? Sebenarnya trademark kedai gunting rambut itu mempunyai sejarah yg tersendiri, mari baca kat bawah nih..

Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di "barber shop" tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu  lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)







Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di barber shop)
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di Paris University.


Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah barber Shop.






Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.

Lalu pembalut/bandages yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih, lama kelamaan kebiasaan itu menjadi trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik Barber Shop.


Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.

Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages, warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar

1950an: Amerika menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja

1950 - 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak 50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai rata-rata 70,000 buah

Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu

Walaupun demikian, model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop

Akhir sekali, jika tiang berputar bererti barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.



salam dari : Kepale dan Kelape

15 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!



Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1) Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2) Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3) Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4) Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5) Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6) Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7) Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke destinasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8) Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat?

9) Menjadi lebih bertanggungjawab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10) Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11) Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12) Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13) Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

14) Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15 Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Wallahua'alam



Kak Listen dah tak boleh masuk rumah..pintu dah tutup

salam dari : Kepale dan Kelape


UUM tutup pintu pada 'Kak Listen'
6:40PM Jan 22 2013 
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin - yang mendapat gelaran 'Kak Listen' - tidak akan dijemput bercakap di sebarang program yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Naib Canselornya, Datuk Mohamed Mustafa Ishak.

Larangan terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu dibuat di tengah-tengah kontroversi "listen, listen, listen" sewaktu sebuah forum yang diadakan di universiti itu pada 8 Disember tahun lepas.

"Jika kita tahu forum tersebut akan mencetuskan kontroversi sebesar itu, pihak universiti tidak akan meluluskan aktiviti tersebut," katanya dalam laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily Newshari ini.

Bagaimanapun, Mohamed menafikan dakwaan pelajar undang-undang, KS Bawani dalam satu wawancara dengan Malaysiakinibahawa pelajar dari beberapa kolej kediaman UUM dipaksa menghadiri forum yang dianjurkan oleh SW1M.

Bawani juga telah mendakwa bahawa forum itu bertujuan untuk 'brainwash' pelajar supaya menyokong kerajaan.

NONESambil mengatakan ia satu pembohongan, Mohamed menasihatkan 
Bawani supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM.

"Bawani telah berbohong. Itu adalah pandangannya (bahawa pelajar dipaksa hadir). (Dakwaan) ini tidak benar sama sekali," katanya, sambil menegaskan bahawa pelajar mempunyai kebebasan untuk bersuara.

Beliau menjelaskan bahawa pihak universiti menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum untuk mengumpul jam kredit, tetapi tidak memaksa mereka berbuat demikian.

Mohamed juga menegaskan bahawa Bawani adalah seorang aktivis politik dan tindakan serta kenyataannya mungkin bermotivasikan kepentingan politik.

sumber : malaysiakini



Negara Akan Bankrap Tetapi Yang Kaya Semakin Kaya?



Pada suatu hari, seorang ayah memanggil isteri dan tiga orang anak-anaknya berkumpul dan menceritakan masalah kewangan keluarga yang melanda keluarga mereka.

Ayah: Anak-anak sekalian, mulai esok ayah terpaksa memotong duit belanja sekolah harian kamu, keadaan ekonomi sekarang teruk jadi kita harus berjimat cermat kerana jika tidak ayah mungkin tak boleh nak bayar duit ansuran rumah dan kereta, keluarga kita akan jatuh bankrap. Rumah dan kereta kita akan ditarik oleh bank jika ayah tidak melakukan "tindakan tidak popular ini".

Anak bongsu: Ok ayah, rumah kita besar... cantik... tak nak pindah rumah flat dulu, kereta import yang ayah baru beli tu pun sayang jugak tapi sempit sikit la dari wira lama ayah dulu tapi ayah cakap kan biar sempit asal ada gaya.

Anak no 2: Tapi minggu lepas ayah baru beli set golf baru, camna lak kami kena jimat tapi ayah tak payah?

Ayah: Ayah kan main golf untuk bisnes jadi kenalah pastikan ayah "up to date" dengan peralatan baru, barulah ayah boleh setaraf dangan kenalan bisnes ayah.


Anak sulong: Tapi Ah Kau cakap ayah selalu kalah dengan ayahnya masa main golf, pastu kalah ribu-ribu ringgit pulak tu, dia dengar ayah dia kata ayah bukannya pandai main, tukar set golf pun sama je, mengapa ayah bertaruh dipadang golf? Bukankah itu judi?

Ayah: Hish, banyak soallah kamu ni....
Si ayah naik berang dengan kata-kata dari anak sulong yang sudah matang dan boleh berfikir.

Ayah: Kamu budak mana tau hal orang dewasa, ayah bertaruh tu dah jadi "trend" golfer masa kini, baru lah ada semangat nak main. Dah jangan banyak cakap. Milah... esok potong duit sekolah budak ni separuh.

Isteri: Abang, takkanlah sampai begitu sekali, kalau teruk sangat bisnes abang tu eloklah kita pindah balik rumah flat lama kita, lagi pun rumah tu dah habis bayar, ni kita berhutang balik dengan bank, saya terbaca didalam internet bila pinjam dengan bank ni kita jadi hamba bank, mungkin elok abang jual rumah dua tingkat kita ni je.

Suami: Ish, jangan keliru dengan apa orang kata dalam internet tu, kan kita guna pembiayaan islamik, mana pulak jadi hamba, kita setuju dengan harga jualan. Dah jangan banyak soal.

Kisah diatas mungkin suatu yang agak bodoh dan terlampau untuk diberikan contoh akan tetapi itulah lebih kurang gambarannya keadaan negara kita sekarang ini yang mana kesenangan sedikit yang dinikmati oleh rakyat akan ditarik balik dengan ugutan negara akan jatuh bankrap. Adakah itu suatu yang logik? Cuba tukarkan watak dan situasi diatas dengan situasi negara kita sekarang.

Ayah = kerajaan
Anak-anak dan isteri = rakyat penyokong dan pembangkang
Set golf = projek mewah
Bertaruh dipadang golf = pemerintahan yang korup
Pinjaman rumah/kereta = Hutang luar negara dari bank dunia, bank jepun dan sebagainya untuk menjalankan projek mewah


Pada skala kecil, inilah keadaan keluarga dengan ayah yang tidak bertanggungjawab, pada skala besar pula inilah sikap pemimpin yang mementingkan diri sediri dan juga kroni, mengenepikan kepentingan rakyat jelata walaupun acapkali mereka mendabik dada sebagai pimpinan berjiwa rakyat. Agak hairan juga mengapa pengumuman ini dilakukan oleh "machai" kepada "ayah" dan bukannya "ayah" sendiri. Ohh... "ayah" pemimpin berjiwa rakyat jadi tak boleh berbuat demikian, nanti tak popular pulak.

Saya berpeluang kembali ketanah air dua minggu lepas kerana tugas dan semasa menginap di hotel, akhbar The Star telah di sediakan untuk saya di bilik. Amat terkejut apabila membaca berita muka depan bagaimana rakyat diugut oleh kerajaan bahawa negara akan bankrap jika tindakan tidak popular iaitu pemberian subsidi terpaksa di berhentikan secara berperingkat-peringkat. Alasannya adalah kerana negara menanggung hutang yang banyak disebabkan pemberian subsidi jadi jika subsidi tidak diberhentikan maka negara akan bankrap.
Timbul persoalan di minda saya, angkara siapakah yang menyebabkan lebihan hutang ini terjadi jika bukan tindakan mereka sendiri iaitu pemimpin negara yang memerintah? Jika mereka memimpin menggunakan akal berdasarkan hukum Allah dan bukan menggunakan nafsu iaitu meminjam dari negara luar (yang pastinya berlandaskan riba') dan kemudiannya berjoli sakan dengan projek mewah, maka perkara ini tidak akan terjadi dan rakyat masih boleh menikmati kesenangan tempias dari hasil negara seperti minyak dan eskport utama yang lain seperti kelapa sawit. Inilah balasannya apabila kita mengingkari larangan Allah terhadap riba'. Riba' bukan hanya rakyat meminjam dari bank, kerajaan meminjam dari bank luar baik barat atau jepun, semua itu berlandaskan riba'.

Akan tetapi disebabkan pemimpin kita lebih mengutamakan kemajuan yang nampak iaitu bangunan tinggi pencakar langit dan sebagainya sedangkan kemajuan yang didalam iaitu iman makin tenggelam, maka kebinasaan lah nampak gayanya jalan yang sedang ditujui, baik binasa moral, sosial mahupun binasa ekonomi.


Yang lebih membuat saya bertambah sedih, sedang dimuka depan akhbar memaparkan rakyat biasa terpaksa mengikat perut, dalam muka 6 dalam akhbar yang sama didalam ruangan StarBiz, terdapat lapuran menyatakan bahawa kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia naik sebanyak 42% berbanding setahun yang lalu. Jadi logik kah bahawa negara akan bankrap sedangkan mereka yang kaya semakin kaya, bukannya sejuta dua, lapuran dari Forbes Asia ini menunjukkan kenaikan jumlah keseluruhan kekayaan golongan ini adalah dari 36 billion USD kepada 51 billion USD. Mengapakah ini terjadi?

Jawapannya adalah kerana ekonomi kita, malah ekonomi serata dunia adalah berdasarkan ekonomi riba' yang mana kekayaan tidak lagi berkitar didalam masyarakat dan hanya tertumpu kepada golongan tertentu iaitu golongan kaya sahaja, buktinya sudah cukup jelas dengan lapuran Forbes Asia tersebut umpama gajah didepan mata maka sebab itulah terjadinya keadaan golongan miskin semakin miskin dan terpaksa mengikat perut sedangkan golongan kaya semakin kaya.

Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa lagi jika bukan kita sendiri, pertama kerana memilih pemimpin yang memimpin dengan niat bukan "Lillahitaa'la", niat memimpin hanyalah "lilla fulus" atau "lilla kuasa dan kroni". Dan kedua kerana kita memberi kuasa kepada mereka yang berada di "tingkat atas" dan dengan kuasa tersebut jugalah mereka gunakan untuk memastikan pemimpin yang korup sentiasa menang didalam pilihanraya dengan memancing undi dengan wang, gasakan dari media massa dan banyak lagi cara untuk memastikan pemimpin korup terus kekal agar kepentingan bisnes mereka senantiasa terjamin. Mengapa saya kata kita memberi kuasa kepada mereka yang kaya ini? Bagaimana pula caranya kita menyokong mereka?

Apabila kita membeli barang dengan riba' baik konvensional atau pun riba' islamik, apa yang terjadi kita memberi tenaga kita kepada mereka dalam bentuk wang ringgit iaitu lebihan dari wang yang dipinjam. Hasilnya makin terkumpullah kekayaan mereka kerana yang memberi "tenaga" dan "kuasa" kepada mereka ini bukanlah seorang dua, malah kesemua umat masyarakat baik menyumbang kepada golongan "teratas" ini dari pembelian rumah, kereta, kad kredit dan apa sahaja pembelian ansuran yang menyebabkan kita terpaksa membayar lebih.

Sebab itulah Allah amat melarang riba malah mengistiharkan perang dengan mereka yang terlibat dengan riba', kerana apa? Kerana kita akan menyebabkan mereka yang tamak akan menjadi semakin kaya dan mereka akan gunakan kekayaan mereka itu untuk kembali menindas rakyat kebanyakan. Jadi janganlah ingat apabila kita meminjam, apabila kita rela membayar lebih, kita hanya melibatkan diri kita sahaja, sebenarnya konsep riba' ini harus dilihat dari sudut keseluruhan (wholism).

Akan tetapi melihat dari sudut keseluruhan itu juga belum cukup untuk membolehkan kita nampak kesannya pada diri sendiri ataupun pada insan-insan yang lain, perlu ada "nur" kurniaan Allah agar dapat ianya menerangi penglihatan supayakita dapat kita melihatnya dengan mata hati dan bukan hanya dengan mata fizikal sahaja. Dajjal bermata satu bukan sahaja bermaksud dia buta sebelah mata, mengikut kuliah Sheikh Imran Hossein ianya adalah sebagai simbolik agama yang bermaksud dajjal buta mata hati. Jika manusia hari ini hanya melihat dunia dengan mata fizikal iaitu apa yang jelas kelihatan dan tidak lagi dapat melihat

dengan mata hati, maka manusia itu juga sudah tergolong menjadi pengikut dajjal tanpa mereka sedari.
Ramai pemimpin semasa berkempen dipilihanraya menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat dan akan menjaga kebajikan rakyat. Melihat pada lapuran Forbes Asia sudah terbuktilah mereka ini memang pemimpin berjiwa rakyat, bukan rakyat miskin tetapi berjiwa rakyat yang kaya.

Buktinya sudah cukup jelas yang mana rakyat kaya semakin kaya dan rakyat miskin harus mengikat perut.
Jika mereka membesar dengan makanan disuap dengan sudu garpu emas dan perak, kesekolah dengan berjemput pemandu dan pengawal peribadi, hidup rumah besar dan mewah dengan hawa dingin sepanjang masa, makan makanan paling enak yang boleh dibeli dengan wang, adakah apabila mereka dewasa dan menjadi pemimpin, golongan sebegini akan kenal erti keperitan hidup yang ditanggung oleh rakyat miskin? Makan nasi dengan ikan masin, kesekolah berjalan kaki sahaja dengan kadangkala tidak punya wang saku, rumah atap nipah yang bocor ketika hujan. Tidak pernah wujud sebarang cantuman neuron didalam otak mereka ini (orang kaya) yang merakam dan mengaitkan erti sebenarnya kepayahan dan penderitaan sebenar menjadi orang miskin maka apabila mereka mereka berkuasa dan menyatakan mereka pemimpin berjiwa rakyat, semasa memikirkan untuk membuat keputusan, jaringan neuron diotak mereka hanya lebih mengaitkan pengalaman rakyat kaya.



Rakyat miskin hanyalah untuk memancing undi sahaja. Hampir kesemua tindakan mereka secara tanpa sedar (melalui minda separa sedar) akan lebih memilih untuk menjaga kepentingan golongan seperti mereka sahaja.
Jadi adakah maksud saya mereka dari golongan berada tidak boleh menjadi pemimpin atau mereka yang miskin apabila menjadi pemimpin itu tidak akan korup? Tidak, hidup ini penuh kebarangkalian dan kemungkinan sahaja. Untuk memastikan kita mendapat kejayaan dunia dan akhirat, wajiblah kita memilih pemimpin yang niat memimpin hanyalah kerana Allah. Dan apabila memimpin kerana Allah maka, undang-undang Allah akan ditegakkan, dan apabila undang-undang Allah ditegakkan maka baru ketika itulah kebajikan semua golongan manusia baik yang islam atau tidak akan terjamin sepenuhnya.

Undang-undang Allah itu untuk kebaikan semua umat manusia, hanya minda manusia sahaja yang terpedaya dengan "basuhan" dari barat melalui media seperti TV dan filem malah menerusi sistem pendidikan itu sendiri yang menyebabkan manusia menjadi jauh dari Islam, sedangkan yang mengaku Islam itu sendiri menolak hukum Allah, apatah lagi yang bukan Islam.

Pernah menonton filem Zeitgeist Addendum yang menceritakan rahsia sebenar disebalik kehidupan didunia ini baik dari segi kewangan, politik, kerakusan korporat barat, terrorist dan beberapa isu lain lagi. John Perkins adalah bekas penjenayah ekonomi yang bekerja bagi pihak CIA untuk menjaga kepentingan korporat Amerika, antara tugas beliau adalah memujuk pemimpin dunia dari negara yang banyak sumber asli agar mengambil pinjaman dari bank dunia atau menerima bantuan dari badan kewangan antarabangsa untuk membuat projek besar yang kononnya membantu menaikkan ekonomi negara tersebut akan tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan negara tersebut dibebani dengan hutang luar yang teruk. Walaupun projek yang dibiayai kononnya untuk rakyat, kebanyakan yang mendapat manafaat besar adalah syarikat Amerika dan juga segelintir pihak dinegara tersebut sahaja.

nota peringatan : *Filem Zeitgeist ini harus ditonton dengan berhati-hati kerana ia dibuat oleh atheis yang menolak agama. 

Jika mereka benar-benar mendalami Islam dan tidak hanya memahami Islam menerusi media massa, pasti mereka akan mengambil Islam sebagai jalan hidup.Mendengar penjelasan beliau mengenai bagaimana penjenayah ekonomi ini bekerja, mungkinkah pemimpin negara kita juga telah termakan pujuk rayu penjenayah ekonomi ini? Maka tak hairanlah jika negara kita dibebani hutang luar yang banyak dan akan bankrap tidak lama lagi. Dari klip diatas, agaknya ada tak dikalangan tokoh pemimpin kita yang sanggup mati hanya kerana tidak mahu korup? Bekas Presiden Panama Omar Torijos tetap tidak mahu korup walaupun tahu beliau akan mati disebabkan kejujuran beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat miskin. Golongan yang di"atas" tidak mahu pemimpin yang jujur dari berkuasa membela nasib rakyat miskin, mereka hanya mahukan golongan terbawah ini iaitu rakyat miskin terus menjadi hamba kepada rakyat kaya. Perhambaan fizikal sudah lama berlalu, perhambaan kewangan sedang rancak berlaku baik konvensional mahupun islamik dan rata-rata kebanyakan kita masih lena dibuai mimpi materialistik.

Dengan melihat pada situasi sekarang ini, Berkesempatankah agaknya kita menikmati kehidupan dengan berlandaskan Islam sepenuhnya? Mungkin sempat, mungkin tidak. Akan tetapi kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh dan mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh pemimpin korup yang membawa negara kemajuan dunia tetapi kehancuran masaalah sosial, moral apatahlagi akhirat.Khilafah harus dikembalikan agar kegemilangan Islam itu kembali bersinar dibumi Allah ini, dan jika tidak berkesempatan untuk kita melihatnya semasa hayat, sekurang-kurangnya didepan Allah nanti kita boleh menyatakan bahawa kita telah pun mencuba melakukannya.

Bangun dan sedarlah rakan-rakan sekalian, dunia ini akan menjadi "syurga" jika semua manusia dapat melihat dunia ini dari sudut yang berbeza, dari sudut hati yang penuh dengan keimanan takutkan Allah dan sayangkan semua manusia sejagat. Kita dahagakan insan-insan yang boleh dengan jujur mengungkapkan "I love you so much all the people", kita bukanlah berasingan, kita semua berkait, kita telah ditipu dengan menganggap ruang yang wujud antara kita sebagai ruang pemisah sedangkan dari sudut paling halus iaitu dunia subatomik, kita semua berkait, kita semua saling "bersentuhan".

Sayangilah diri insan lain sepertimana anda ingin disayangi, apa yang anda mahukan untuk diri anda, itu juga sepatutnya di berikan kepada insan lain dan bukan mengambil kesempatan, menghambakan dan mengaut keuntungan maksimum, menjadi kaya dan senang tanpa mempedulikan penderitaan insan lain. Insyaallah moga kita semua akan berusaha untuk menjadi umat yang lebih penyayang. Amin.




Ahad, 20 Januari 2013

Kualiti Air Selangor Merosot?

salam dari : Kepale dan Kelape

balik jer dari kerja, ku tengok anak biniku belum balik dari g shopping
bosan tak tau nak buat apa, akupun buat reverse cleaning kat penapis luar rumah aku yang baru seminggu aku beli...
 korang nak tau apa yang aku nampak kat air yang dibekalkan Syabas?


INI DIA....









biasala tengah cuci kan... mestilah la kotor...
masalahnya filter aku ni baru pasang seminggu  !!!
Syabas ni nak bunuh orang ke apa?/
Dalam kecoh cerita Isu air kat selangor ni..aku sebenarnya dah perasan kualiti air semakin merosot sejak tahun lepas lagi bila aku tukar air kolam ikan aku.. sebelum tu ok jer x de yang mati..tapi kebelakangan ni ikan aku banyak dah mati sebaik jer aku tukar air...huhuhuhu
tak tau plak bila orang yang nak mati
hmmmmm Ada unsur sabotaj ke??? Entah la
kalu ye pon nak menang tak yah la buat cam ni WOIII

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...