KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Ahad, 20 Jun 2021

DAH JADI KERAJAAN .... TIN MILO TETAP ONNN

salam dari : Kepale dan Kelape

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, anggapan kononnya apabila sudah menjadi kerajaan, ahli tidak perlu lagi menderma untuk parti hendaklah dikikis.

“Wang kerajaan adalah milik rakyat sebaliknya wang parti dari poket ahli sendiri. Jangan menjadi seperti sebuah parti sebelum ini yang bergantung sumber kewangan daripada kerajaan, apabila kalah dan tidak lagi menjadi kerajaan, parti itu mula mereput.

“Oleh itu PAS jangan beralih arah untuk bergantung sumbangan dan bantuan kerajaan untuk tadbir parti,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen Penerangan dan Media Baharu anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat secara atas talian, semalam.




Beliau mahukan setiap petugas parti memahami tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul ketika ini apabila PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Katanya, selaku kerajaan apa yang dikata mesti dilaksanakan berbeza di pihak pembangkang hanya bercakap tidak perlu melakukan apa-apa tindakan.

“PAS juga mempunyai pengalaman sebagai pembangkang. Ketika itu sebahagian pemimpinnya bercakap seolah-olah tiada sempadan tapi alhamdulillah mereka itu sekarang sudah keluar dari PAS dan berpindah ke parti lain.

“Sekarang beza, bila cakap kena buat, bersandar kepada fakta dan keupayaan serta realiti kemampuan untuk melaksanakannya,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kedah.

Justeru itu beliau akur dengan pencapaian terbaik Kerajaan Kelantan yang sudah 30 tahun mentadbir, begitu juga Terengganu yang banyak melaksanakan program-program kebajikan kepada rakyat.

Oleh itu, katanya semua perkara berkenaan perlu disebarkan kepada negeri-negeri lain agar kemampuan PAS mentadbir negeri diketahui rakyat.

Sementara untuk Kedah, secara peribadi beliau berpuas hati dengan pencapaian selama setahun di mana semua itu atas kerjasama kumpulan yang mantap.

“Di Kedah, parti dan kerajaan tidak ada masalah dan itu juga antara yang boleh melonjakkan kejayaan dalam tempoh setahun ini. Tentunya perkara ini menjadi kecemburuan pihak musuh,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 19/6/2021

Khamis, 1 Oktober 2020

Apa pun Anwar masih memegang title bakal PM...

salam dari : Kepale dan Kelape

 

DSAI - GERAKAN RAHSIA YANG SUDAH HAMPIR BERJAYA?

 


1)   KERAHSIAAN gerakerja DSAI kali ini membuatkan ramai terpinga-pinga. Saya juga tidak terkecuali, turut tertanya-tanya. Hanya sedikit lega melihat perkembangan dan dimaklumkan rakan2. "Move" DSAI kali ini sukar dibaca. Kerahsiaannya sangt tinggi. Ada yang kata "He keep it to himself". Kerahsiaan ini juga menyebabkan anai2 PANtuk #K3 mengamuk di SocMd setiap hari menyerang, menghina dan mengeji DSAI. Takkan DSAI nak bagitahu #K3 yang hanya jadi "Spy" PT95, mereka tidak mungkin akan merahsiakan darinya.

2)   Kini, adakah gerakan rahsia ini sudah hampir capai matlamat? Kita doakan yang terbaik kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui. DSAI sendiri hanya mampu berusaha. Tapi kita pula yang begitu bimbang bukan ka?

3)   Sakit hati PT95 dan yang sekufu dgnnya kerana tiada arah untuk mengetahui siapa yang menyokong DSAI. Urusan pujuk memujuk, tawar menawar tidak mungkin dilakukan secara rambang untuk "counter" gerakerja atau "move" DSAI. Masing-masing tunding jari ke arah masing-masing.

4)   PT95 semakin teruk meroyan dan sekarang memperlekehkan DSAI kononnya DSAI ini tidak mendatangkan manfa'at pun untuk diambil dalam kabinet dia. Dia menghina DSAI dengan menyatakan isteri DSAI iaitu DSWA menjalankan tugas dengan baik. Bukan saya nak rendahkan Kak Wan, tapi cara ia disampaikan oleh PT95 itu lebih kepada mahu menghina DSAI kononnya isterinya buat kerja lebih baik. Demi menunjukkan dia betul dan semua salah DSAI PT95 buat rekayasa cerita konon selepas dia usahakan pengampunan lalu DSAI berkomplot menentang dia. Ini hanya pembohongan semata-mata untuk mewajarkan tindakan PT95 mengenepikan dan sailang DSAI. JAHATnya fitnah ini sedangkan DSAI sentiasa dibuli tapi akur sampai kita semua naik geram tapi masih sabar mengharapkan MP PH bertindak. Malangnya MP PH lembab.

5)   Sekarang dah semakin jelas, PT95 tidak mahu PH jadi kerajaan jika DSAI calon PM bagi PH. pejuWANG tidak sokong "move" DSAI untuk ambil alih kuasa pemerintahan dari kerajaan PN. JAHATnya mereka ini tidak memperdulikan permasalahan Rakyat asalnya hajat mereka terlaksana. Allah londehkan sikap sebenar mereka bila DSAI umumkan punya Majoriti. Mereka sebenarnya sdang mempertahankan Abah Yiddin dan KERAMITA. Inikah puak2 PENGKHIANAT yg disayangi oleh Anai-anai PANtuk dan #K3. Takkan kita terlalu BUTA Kayu untuk melihat dan memahaminya?

6)   Begitu busuknya hati perut PT95 terhadap DSAI tidak tergambarkan lagi dengan apa-apa perkataan yang baik melainkan maki hamun yang selayaknya kpd Org Tua itu. Kita dah beri peluang pada dia, jika PT95 ini sokong DSAI dan tidak buat onar, nama dia tentu tetap disanjung tapi dia pilih utk dihina demi melayan ego dia setinggi gunung.

7)   Saya pernah sebut DSAI sgt berahsia kali ini sehinggakan pada masa-masa tertentu SUA Keadilan sendiri diberitakan tidak tahu menahu. Dato' Johari Abdul hanya mengesahkan hal ini apabila dia mengaku tidak tahu bila SD tiba ke istana dan kepada DYMM YDPA. Ia dilaporkan oleh portal yang kurang dikenali. Adakah ia Fake News? Tak mungkin.

8)  Agak menghairankan hal yang disebutkan Dato' Jo ini tidak dilaporkan oleh berita-berita arus perdana atau portal-portal berita utama. Tapi saya percaya berita ini telah diketahui oleh PT95 lebih awal sebab tu dia meroyan dan cuba "discredit" DSAI lagi. Ntah kali ke berapa?

9  MUSYKIL. Selama DSAI dihina oleh PT95 tidak pernah #K3 Amanah dan DAP samada Mat Sabu mahupun LGE mahu membela DSAI. Malah mereka membiarkan anai-anai PANtuk ternakan mereka terus menerus menghina, mengeji, mencaci, perli DSAI setiap hari di SocMed. Tak cukup dngan itu, parti Keadilan itu sendiri dihina macam-macam. Sebagai penyokong PH yang pro DSAI dan masih waras apa yang boleh kita terjemahkan dari sikap dan tindakan mereka itu? You tell me..!!

 

1 DSAI sememangnya tiada pilihan lain melainkan menyimpan rahsia ini sebaik-baiknya. Di kalangan sesetengah penyokong mereka hanya tahu "piece by piece" seperti saya juga. Tapi ia perlu dicantumkan untuk memahami kisah sebenar. Untuk itu, kita perlu bersabar. Doakan DSAI berjaya dalam misinya terlebih dahulu sehingga ke tahap mengangkat sumpah sbgai Perdana Menteri ke 9.


Insya Allah.

- Zus Din

01 Oktober 2020