salam dari : Kepale dan Kelape.
Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 18 dan 19 Nov ini sebagai cuti umum
Keputusan itu dibuat bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya umum ke-15, Sabtu ini.
Perkara itu dilaporkan oleh Bernama melalui perkhidmatan berita pantas mereka sebentar tadi.
PRU15 diadakan selepas Ismail menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan parlimen pada 10 Oktober.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan