Ahad, 29 Jun 2014

Hutang negara: meninjau satu fahaman baru...errrk

salam dari : Kepale dan Kelape

Ayuh dibulan mulia ini kita bersangka baik dengan hutang yang ditanggung kerajaan..
Mari kita jenguk APA yang so call pakar ekonomi kata ....korang bace ke sendiri...



Hehe...nilaikan sendirik....

Jumaat, 27 Jun 2014

Download Jadual waktu berbuka Dan imsak seluruh Malaysia

salam dari : Kepale dan Kelape

Muat turun waktu berbuka Dan imsak bagi seluruh negara mengikut negeri



Perlis.   Kedah.    P.Pinang.  Perak.  

Selangor.   Negeri Sembilan    Melaka

Johor.    Pahang.   Terengganu.  Kelantan.

Sabah   Sarawak.  WP Labuan.

WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Jadual waktu berbuka Dan imask bagi negeri Johor Darul Takzim.

salam dari : Kepale dan Kelape

Berikut adalah jadual waktu berbuka Dan imsak bagi seluruh negeri yang baru menang piala liga super iaitu Johor Darul Takzim..
Untuk jadual negeri lain klik disini


Selamat beribadah Dan maaf zahir Dan batin Dari Kepale Dan Kelape

Selasa, 24 Jun 2014

Ibu ,Ummi, makan...ahhh sayunya

salam dari : Kepale dan Kelape

Menyayat hati...hanya ITU yang bemain di fikiran saya apabila membaca berita yang disiarkan di akhbar sinar harian...

Remaja OKU yang  terbiar dan tidak terurus di Nilai ini dikata hanya mampu menyebut tiga perkataan iaitu "IBU ummi Dan makan".


Ibu merujuk kepada pengasuh yang pernah membelanya selama lapan tahun manakala umi merujuk kepada ibu kandungnya yang kini direman.
Selain Dari itu remaja ini akan memalingkan mukanya setiap kali menerima kunjungan orang menunjukkan bahawa kehidupannya hanya berkisar dalam kalangan orang yang menjaganya sahaja...

Entahla...apa masalah manusia hari ini.takkanlah sekejam itu..sayu hari ini bila mengenagkan APA yang dialami remaja ini...moga sinar baru menjelma dalam hidupmu wahai anak..



Sabtu, 21 Jun 2014

Pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara akhirnya ditutup..

salam dari : Kepale dan Kelape

Jakarta..Sebuah kawasan yang terkenal dengan kegiatan pelacuran di Jawa Timur akhirnya ditutup buat selama-lamanya..tempat yang dinamakan  Kg Dolly di Surabaya itu cukup terkenal sebagai tempat lelaki hidung belang tidak kira lelaki tempatan mahupun berstatus antarabangsa melempiaskan nafsunya.

Dolly juga merupakan syurga bagi lelaki yang ingin mengambil khidmat wanita tetapi kononnya enggan menanggung dosa zina dengan melakukan nikah secara kontrak ( ini cerita yang saya dengar dari kawan-kawan yang pernah berkursus disana). Yang menariknya pernah diberitakan satu pertandingan musabaqah khas untuk pekerja-pekerja seks ini. menurut ceritanya juga tiada khidmat seks sepanjang bulan puasa..Wallahualam..semoga berjaya. beritanya dibawah:

Sebahagian penduduk Surabaya menandatangani ikrar untuk menjadikan kawasan mereka bebas dari aktiviti pelacuran


JAKARTA – INDONESIA. Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup selama-lamanya Rabu lalu.

Menteri Sosial Indonesia, Salim Segaf Al Jufri berkata, apa yang perlu dikekalkan di kawasan itu adalah sesuatu yang positif, lapor VivaNews.

“Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya. “Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini," katanya.

Dalam pada itu, Salim turut memuji pihak berkuasa bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

Ekoran penutupan Dolly, satu perhimpunan dibuat di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini, ahli majlis perundangan wilayah, golongan ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly.

Perhimpunan yang diadakan itu turut disusuli perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran.

Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan.

Ahad, 15 Jun 2014

Fakta menarik tentang bolasepak yang aku baru tau....

salam dari : Kepale dan Kelape

Banyak fakta tentang bolasepak yang kita tidak perasan..Kita hanya minat main dan tengok bola jer..
Jom kita tengok fakta menarik tentang bolasepak yang mungkin kebanyakkan kita tak tau.



1. Pada abad ke 14, bolasepak telah diharamkan di England tetapi tahukah kita perlawanan bolasepak pertama yang berlangsung adalah di Derby England.

2. Percaya atau tidak, 80% bola diperbuat di Pakistan. Macam tak percaya pun ada.

3. Piala dunia pertama diadakan pada tahun 1930 yang dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu Uruguay. Fakta menariknya ialah penontonya hanya 300 orang!!

4. Pada piala Dunia 1950, pasukan India telah tidak dibenarkan bertanding kerana pemainnya berkaki ayam. 

5. Piala Dunia 1950, perlawanan antara Uruguay dan Brazil di stadium Maracana telah mencatatkan jumlah penonton teramai iaitu 199,854 orang penonton.

6. Dari tahun 1962 hingga 1996 piala dunia telah dimenangi oleh pasukan dari eropah dan amerika selatan secara berselang seli.

7. Pemain pertama yang dilayangkan kad merah ialah pemain Chile iaitu Carloz Caszely pada Piala Dunia 1974.

8. Seorang penyokong Manchester City telah di haramkan dari membawa ayam mati ke stadium kerana telah menghayunkan ayam melalui kepala sewaktu meraikan jaringan City.


9. Pasukan Liberia telah terselamat dari diPenjarakan selepas berjaya seri tanpa jaringan ketika menentang Gambia pada tahun 1980. Ketua Negara Liberia iaitu Master Sergeant Samuel Doe telah mengancan untuk memenjarakan seluruh pasukan sekiranya mereka kalah..

10. Pemain tengah Romania, Ion Radu telah dijual oleh pasukan divisyen kedua Jiul Petrosani kepada Valcea pada tahun 1998 dengan 500kg babi!!!?? (Worth about £1750).

heeehee...cukup la tu...banyak fakta lain sebenarnya..

Khamis, 12 Jun 2014

Jadual perlawanan Piala Dunia 2014 Brazil waktu Malaysia

salam dari : Kepale dan Kelape

Assalamualaikum....Piala Dunia bolasepak datang lagi...cuma tinggal beberapa hari lagi maka kaki kaki bola yang suka main bola mahupun yang hanya suka tengok bola akan mula menempek kat depan TV menonton pasukan terhebat dunia beraksi... Peminat ttegar bola akan sanggup bersengkang mata malah akan sanggup bangun malam semata-mata hendak menyaksikan perlawanan yang hebat ini..
Alangkah baiknya sekiranya kita mengambil kesempatan ini untuk berKiamullail ..detik hati saya walaupun saya sendiri berat nak melaksanakannya..

Kali ini Piala Dunia akan diadakan di Brazil...untuk makluman waktu beza antara Malaysia dengan brazil ialah 1! jam!!..Maka siaran langsung ini turut akan menjejaskan waktu tidur para kaki bola sekaligus menjejaskan prestasi kerja mereka dan prestasi pelajaran bagi yang masih belajar...Maka kedai-kedai mamak akan meriah dengan jerit pekik kaki bola ini (kaki judi bola turut menyelit)..dengan beza waktu yang panjang ini meyebabkan siaran langsung hanya akan bermula seawal 1200malam dan selewat lewatnya jam 0600 pagi..huh..seksanya..teringat saya ketika Piala Dunia yang belangsung di Korea Selatan dan jepun dulu..alangkah manisnya..jadi saya hanya akan tonton mana yang saya rasa sempat jer..selebihnya update result je la jawabnya

berikut adalah laman web rasmi Piala Dunia 2014 klik disini
 http://www.fifa.com/worldcup/index.html

klik disini / gambar untuk maklumat kumpulan lebih detail


team brazil

gambar pasukan piala dunia Brazil 2014

berikut adalah jadual perlawanan peringkat kumpulan waktu Malaysia





Apa apa pun kredit untuk yang empunya gambar iaitu denaihati.com klik

cukup la untuk post kali ini..

salam







Sabtu, 7 Jun 2014

Rasiskah Kita?

salam dari : Kepale dan Kelape

Sila baca dengan fikiran terbuka...
Copy & Paste dari whatsapp

For your kind reading;
1. BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.
2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.
3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi dipegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.
5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.
6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.
7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.
8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.
10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.
12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.
14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...