Khamis, 28 Februari 2013

TOL PERCUMA UNTUK AHLI PARTI PEMBANGKANG SAHAJA?

salam dari : Kepale dan Kelape

 hari ini terbaca laporan dari media Malaysiakini yang memetik dari laporan agensi berita nasional BERNAMA. Laporan itu menyatakan bahawa tol percuma hanya akan diberikan kepada pemegang kad keahlian parti PAS, DAP dan PKR. bagus jugak tu...tapi macam mana dengan penyokong yang bukan ahli parti ..takkan melopong jer...hahhahah Bagi aku itu cuma fitnah belaka yang dimainkan oleh media pengampu....

baca kat sini

iklan nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION iklan






satu lagi fitnah yang cuba dimainkan...kita tengok sejauh mana dia boleh pi...

Rabu, 27 Februari 2013

PENGEMIS DAPAT HAMPIR RM1/2 JUTA KERANA KEJUJURANNYA

salam dari : Kepale dan Kelape

Seorang gelandangan, Billi Ray Harris yang mengemis di lorong tiba-tiba mendapat durian runtuh hanya kerana memulangkan cincin petunangan seorang wanita, Sarah Darling yang terjatuh ketika  mencampakkkan syiling kedalam cawan sedekah Billy. Billy mendapat hampir rm 1/2 juta melalui dana orang ramai yang terharu dengan kejujuran Billy dan mahu membantu Billy keluar dari kelompok pengemis.



Billy menyedari cincin platinum bertatahkan permata berada dalam cawan sedekahnya beberapa jam selepas Sarah menyedekahkan syiling lebihannya kepada billy. Sebelum itu Sarah telah menanggalkan cincinnya dan menyimpannya didalam dompet.

Menyedari kealpaannya, keesokkan hari Sarah mencari Billy ditempat yang selalu Billy mengemis dan bertanya billy berkenaan cincin tersebut.

Tanpa banyak bicara Billy mengakui dia menyimpan cincin tersebut. Sarah sangat gembira menemui kembali cincin pertunangannya lantas sebagai terima kasih Sarah menyerahkan semua wang tunai yang dimilikinya ketika itu.

iklan nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION iklan
Tunang Sarah yang mengetahui hal itu turut gembira lantas melancarkan laman web bagi menjana derma orang ramai untuk mebantu Billy diatas kejujurannya.
Memeranjatkan pagi semalam tabung derma itu kini mencecah USD152 ribu dengan jumlah penderma seramai lebih 6400 orang.

Sumber : The Sun

Himpunan komen BN terhadap Manifesto PR dalam sehari

salam dari : Kepale dan Kelape

BERIKUT ADALAH ANTARA KOMEN PENYOKONG/PENCACAI TEGAR BN TERHADAP MANIFESTO PR YANG DIBENTANGKAN


1...(JANJI KOSONG)

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, ini kerana pakatan pembangkang telah sekian lama dikenali dengan menjanjikan pelbagai jaminan dalam manifestonya namun hakikatnya kebanyakan manifesto adalah ibarat tin kosong yang tidak mempunyai sebarang isi kandungan.
"Manifesto pembangkang adalah semata-mata gimik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dari dulu dia (pembangkang) cakap tapi tak pernah buat. Kita boleh tengok contohnya di Selangor, masalah jalan rosak, longkang tersumbat, banjir dan sebagainya.


Datuk Maglin Dennis D'Cruz


2.....(JANJI KOSONG)

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, rakyat diminta tidak mempercayai manifesto pakatan pembangkang kerana terbukti mereka tidak menunaikan janji kepada rakyat.
"Rakyat jangan percaya manifesto yang mereka lancarkan itu. Dulu di Selangor mereka kata manifesto (pada PRU-12) bukan janji, tetapi mahkamah buat keputusan janji dalam manifesto boleh dibicarakan kerana manifesto adalah suatu janji kepada rakyat," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi

3.....(JANJI KOSONG)
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.
Beliau berkata, kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili 

4..... (JANJI KOSONG)

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama 'tanam tebu di bibir mulut' (tanam tebu di tepi bibir).
"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di sini malam tadi.

Datuk Seri Noh Omar

5.....(JANJI KOSONG)

Manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan hari ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai siri terbaharu 'janji kosong' yang dirangka khusus oleh parti itu untuk mengaburi mata rakyat.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, beliau yakin manifesto itu tidak akan dilaksanakan oleh pakatan pembangkang jika mereka memegang tampuk pentadbiran negara.

Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed

errrrr.... banyak lagi rupanya...ni cuma dipetik dari akhbar utusex....eh utusan...
malah petikan dari dalam utusan sendiri pun tak larat nak nak  buat....
apa-apa pun semua ulasan ni sebenarnya dah dijangka dan benda yang wajib dicakap ialah

"INI SEMUA JANJI KOSONG"

hahahhahahahahah

Sabtu, 23 Februari 2013

NAJIB KINI SAINGAN MAHATHIR

salam dari : Kepale dan Kelape

Dalam kerajaan BN , diakui terdapat persaingan-persaingan dalaman yang agak kronik...Kalau kita perhatikan, masing-masing cuba mencipta legasi tersendiri mungkin supaya setiap orang pemimpin dalam Umno ada nama yang terpahat dalam sejarah.
PALING LAMA JADI PM


Contohnya, Dr. Mahathir kini merupakan pemegang rekod sebagai Perdana menteri Malaysia terlama memegang tampuk pemerintahan....dan Taib Mahmud pula merupakan pemegang rekod sebagai Ketua Menteri terlama (baca terkrepot) di Malaysia..hahahha

Bagi najib pulak harapan nak lawan Mahathir dalam pegang tampuk terlama mungkin agak sukar...tapi kini percayakah anda kini Najib dah boleh tersenyum bangga kerana beliau dah mencipta rekod sebagaiiii.......

PERDANA MENTERI YANG PALING....
PALING LAMA MEMERINTAH 
DALAM SATU PENGGAL



Khamis, 21 Februari 2013

Doalah kpd org tua kita

salam dari : Kepale dan Kelape


Peluk cium dan minta maaf lah dengan ibu Bapa kite sementara mereka masih ada......... ...
jangan menyesal di kemudian hari........ ........

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira 
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka 
buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa 
kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 

Huraian hadith: 
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup 
mahupun yang sudah tiada ) 
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa 
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan 
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki 
Oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya: 
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa 
Doakan ibu bapa kita setiap hari 
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita 
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 
InsyaAllah 
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, 
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .Allahhuakhbar. . 

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu) 

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 

Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 

Insya Allah, selepas berdoa beberapa hari akan nampak rezeki datang menjelma, Aminn 
Allahu Akbar ! 

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah....... 

Wassalam,






Rabu, 20 Februari 2013

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki



salam dari : Kepale dan Kelape











Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung :Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran     darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


cr to Eida MalaysiaRia

Ahad, 17 Februari 2013

lawak siot..!

salam dari : Kepale dan Kelape


Pada suatu hari, Najib bertanya kepada Madey

Najib : aku pelikla madey, sejak kau dah tak jadi PM ni kau buat apa? kau cari makan camner?

Madey : Kau nak tau ker? kalau kau nak tau aku ni suka bertaruh. Tu sebab aku senang dapat duit,kau nak bertaruh ngan aku tak?

Najib : Ooo… ini menarik. Tapi kau mungkin belum bertemu dengan orang yang hebat dan pintar macam aku ni. Kalau kau bertaruh dengan aku jangan harapla nak menang. Debat yerla aku kalah.
Okay. cakap jer apa yang kau nak bertaruh dengan aku.

Madey: ok,Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang kau akan kehilangan telur kau.Kalau betul, kau bagi aku 2 bilion, kalau tak betul aku bagi kat kau 2 bilion.

Najib : Hahaha.. Apa kau merepek ni Madey.. ok takper... aku on jer..

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Najib pun meraba telurnya..
ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada……. Dengan suka hatinya Najib pun pergilah berjumpa dengan Madey

Najib : Madey, maaf sikit yer.. Telur aku masih ada hahaha...

Madey : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya telur najib tu. Sambil tersenyum Madey pun berkata.. Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil 2 bilion ni.
Madey pon bagi kat Najib 2 bilion tunai..

Najib : Baru hari ni kau tau aku ni lagi terrer dari kau kan madey hahahahahaha... sorila pasnih kau memang akan bankrap,semua kroni aku yang pegang sekarang,kau dah tak selicik dulu.

Esoknya Najib terkejut berok melihat akaun Madey ada 22 bilion.

Najib: mana kau dapat duit banyak tu madey?

Madey : Aku bertaruh dengan Obama semalam..

Najib : Bertaruh apa?

Madey : Bertaruh yang aku dapat pegang telur Najib

Najib : $#$%#^%&!!*&#%HARAMJADAH#%&^

By aizat http://www.facebook.com/woimacai/posts/530183530359231


Footage letupan meteor di russia

salam dari : Kepale dan Kelape

Video letupan dari angkasa yang melanda Russia baru-baru ini ...Ia menyebabkan kemusnahan, cermin tingkap pecah, ganguan signal telefon dan mencederakan sehingga 1000 orang. para saintis menjangkakan meteor ini berkelajuan 33000 Batu sejam (Mph)

saksikan video ini...sumber disini
iklan nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION iklan

Kisah Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung





Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung (LINK). Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin.
iklan nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION iklan
Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. Mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung..


Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hamba nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. -Wallahua’lam

Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.


sumber : MalaysiaRia







Khamis, 14 Februari 2013

Najib belum sedia untuk bubar parlimen

salam dari : Kepale dan Kelape

Nampaknya hanya PM Najib sahaja yang belum bersedia untuk bubar parlimen..kalau nak ikutkan dari tahun lepas lagi najb dah sibuk tanya orang ramai samada mereka bersedia untuk pilihanraya..macam biasa mereka kan kata 'sediaaaaa....'
Masa perhimpunan Umno pun dah tanya...semua jawab sediaaaa...
Bila ditanya semua MP BN semua kata sedia..PR lagi la sedia.....
Tanya rakyat semua dah sedia..
Hari ni bila tanya bila bubar parlimen najib kata, "parlimen hanya akan dibubar bila semua dah sedia"
makna nya semua dah sedia mr PM....cuma ko jer yang belum ....

baca kat sini la...kopi pes dari sini


Najib: Parlimen hanya dibubar bila semua bersedia
6:24PM Feb 14 2013 
Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
NONE"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
    
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.
    
Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
    
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".
    
Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, perdana menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah dari segi penyelarasan dan personaliti.
    
"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.

Mengenai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.     
    
"Kita mesti melakukan verifikasi dari segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya.

\

Sumber malaysiakini

Rabu, 13 Februari 2013

Gadis penguji Alat Permainan Seks puas 3 kali seminggu

salam dari : Kepale dan Kelape

" SAYA INZAL 150 KALI , TAPI MASIH DARA TAU" EMMA RICHARD

Emma Richard

Emma Richard masih bujang, membuat satu review untuk jualan dalam talian. Katanya " tiada sesiapa mencintai ku jadi aku memenuhi keperluanku sendiri"

Pada asalnya beliau hanya mencari pakaian dalam yang fancy untuk sambutan Valentine Day tahun lalu...sebaliknya Emma membawa alat permainan sex pulang..

Emma menguals "Saya seronok,.. Saya lebih rela guna permainan sex ini dan kekalkan dara dari tidur dengan orang yang tah hapa-hapa"

Alat permainan ini memberikan Emma kepuasan 3 kali seminggu..bermakna Emma dapat capai klimaks sebanyak 150 kali setahun..huuuuu woww..

Pekerja restauran ini berkata" kali pertama melakukan kakinya mengeletar macam...."

Beliau juga menguji seluar dalam seksi tetapi beliau menyembunyikan dari pengetahuan Ibubapanya..

Tugas beliau sebagai penguji alat sex tidak mendapat apa2 bayaran ..namun Emma dapat kepuasan dan Alat Permainan Sex sebagai koleksi!!!

Tah hapa hapa la minah Salleh ni

Sumber The Sun




Ahad, 10 Februari 2013

budaya Kakaktua dalam Umno..dulu kini dan selama-lamanya

salam dari : Kepale dan Kelape

Budaya kakaktua ni memang dah lama dalam Umno sejak zaman Mahathir lagi.... tukang ajar cakap Mahathir, lepas tu menteri2 lain atau juak-juak lain akan jadi kakaktua ulang cakap Mahathir....ulang lagi,..pas tu ulang lagi..sampai naik muak...kalau tukang ajar tak kuar statemen dalam apa-apa isu, yang lain senyap jer..

Bila Pak Lah jadi PM dulu dia cuba jadi tukang ajar cakap pulak, tak mau jadi kakaktua pada Mahathir...akibatnyer...hmmmm kelauttt...OUT!!!

iklan nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION iklan

Sekarang ni najib punya turn lak..agaknya dia tak mau OUT macam Pak LAh dulu...so diapun merelakan dirinya jadi kakaktua pada mahathir...ulang...ulang pas tu diulang oleh nazri pulak..tak caya tengok cerita kat bawah ni...bukan ke mula-mula Mahathir cakap pasal huru hara ni??..esoknya Najib lak cerita pasal huu hara.....kali ni nazri pulak yang menyahut...kakaktua..nak buat macam mana...
lepas ni sapa lak??

Apa apa pon buat diaorang ni aku nak ingatkan....dah 12 kali pilihanraya...semua pembangkang kalah...takut    kalau kali ni BN kalah, aku mintak BN contohilah pembangkang yang tak buat huru hara....



serupa Kaler BN



PRU13: Pakatan perlu contohi BN, kata Nazri

9 Februari 2013
pru13 terbaru
.
TAIPING - Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri berkata, pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas.  
"Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang," katanya selepas menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini hari ini.
Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.
"Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan
menghasut rakyat.
"Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti," katanya.
Beliau berkata, Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.
Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh) zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, katanya.
"Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji...pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan," katanya.
"Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN," katanya. - Bernama

Jumaat, 8 Februari 2013

salam dari : Kepale dan Kelape

Iklan Tahun Baru Cina Najib Razak Yang Menakjubkan


CNY dan selamat berehat panjang bagi yang bercuti. Yang kerja nasiblah kan nak buat camner..Sambil2 ziarah-menziarahi sesama blog bolehlah menonton iklan pendek ni, PM yang berlakon beb..!



Najib dah tau keputusan PRU13?

salam dari : Kepale dan Kelape


Terima keputusan PRU13, Najib nasihat pembangkang
RUZY ADILA IDRIS
8 Februari 2013
Najib
Najib bersama Muhyiddin meneliti fail mesyuarat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Foto B
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang.
"Semua pihak mesti menghormati undang-undang dan sekiranya ada yang  tidak menghormati undang-undang bererti mereka mahu mewujudkan satu keadaan yang akan memberi kesan buruk kepada negara kita.
"Perjalanan demokrasi juga menuntut kepada undang-undang negara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas entri terbaru itu ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri terbaru dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc.


Dalam entri tersebut, Dr Mahathir menggesa Barisan Nasional (BN) mengambil serius gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang -- sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' -- bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Najib berkata, keputusan PRU13 yang akan datang perlu diterima baik oleh PR tanpa mendatangkan sebarang huru-hara.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, PRU13 akan mengikut landasan yang benar dan PR harus menghormati dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat rakyat.
"PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini.
"Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR.
"Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi.
Beliau menambah,sekiranya PR percaya terhadap amalan demokrasi, PR tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan rakyat.

##nak tengok mesyuarat UMNO untuk gagalkan Mazlan Aliman berceramah kat f Sg Tengi?..KLIK
sumber: Sinar Harian

BICARA KATA:
 sebagaimana kita tidak mahu orang lain TAHU berlebih-lebih tentang keluarga kita, begitu jugalah kita kena ambil TAHU berlebih-lebih tentang keluarga kita....

Khamis, 7 Februari 2013

Pas nasihat Mahathir fokus selamatkan Umno

Pas nasihat Mahathir fokus selamatkan Umno
NIZAM ZAIN
7 Februari 2013

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan lebih untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan Dr Mahathir yang mencemuh Pas kerana takut dan tidak berani untuk keluar daripada ikatan itu tidak timbul.
Sebaliknya kata beliau, kerjasama politik itu perlu diteruskan malah telah disepakati sejak 2008 lagi.

“Kenapa Tun Dr Mahathir nak peduli hal rumah tangga orang lain, Pas tiada niat untuk tinggalkan PR, kita sudah sepakat dengan ikatan itu dengan dasar bersama sejak 2008 lagi.

nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION

“... apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri itu hanyalah khayalan beliau sendiri, iltizam kita hanyalah untuk menghadapi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Salahuddin juga menyifatkan hubungan Pas, DAP dan PKR pada masa ini sangat baik dan tiada keperluan bagi Pas untuk meninggalkan gagasan itu.

“Kita bina hubungan (tahaluf siyasi) ini dengan baik dan kami yakin tidak ada yang perlu ditakutkan tentang kerjasama ini,” ulasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mencemuh Pas sebagai tidak berani keluar daripada PR kerana terlalu bergantung dan mempercayai DAP.

Dr Mahathir berkata, Pas khuatir tidak akan mendapat sokongan rakyat dan seterusnya kalah dalam PRU13 akan datang sekiranya bertindak keluar daripada pakatan itu.

10 janji Allah kepada mereka yang berkahwin

salam dari : Kepale dan Kelape



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Akad Nikah Akad Nikah
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Selasa, 5 Februari 2013

Bantuan RM1,000: Menteri mahu 'bukti' dari veteran tentera

salam dari : Kepale dan Kelape


Bantuan RM1,000: Menteri mahu 'bukti' dari veteran tentera



 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan RM1,000 kepada pesara tentera tanpa pencen mungkin akan dipertimbangkan untuk dibayar secara tahunan sekiranya BN mendapat mandat sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapannya ketika merasmikan satu portal kerjaya veteran tentera hari ini, naib presiden Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menimbang perkara itu.

"Bantuan one-off RM1,000 pula, (pesara tentera) minta untuk (dibayar secara) tahunan, saya fikir PM akan mempertimbangkan untuk melaksanakannya namun sekiranya kerajaan terus mendapat mandat," katanya.

nak tengok tudung? atau jubah , telekung? klik jer kat sini GAYA HIJAB COLLECTION

Ditanya lanjut mengenai perkara itu dalam sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut "perlu dibuktikan" terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos besar.

"Dalam perkara ini saya fikir ianya bergantung kepada manifesto yang akan digarapkan oleh pengerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi jika ini permintaan daripada mereka, diharap ianya dibuktikan terlebih dahulu kerana agak sukar kerajaan nak biayai RM224 juta setahun kerana ini jumlah akan besar.

"Walau bagaimanapun kita berterima kasih sekiranya kerajaan memutuskan untuk mempertimbangkan pesara tentera tidak berpencen ini," katanya lagi.

Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 itu dalam Belanjawan 2013 untuk menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun.

Kos bantuan untuk 224,000 orang pesara tentera akan dtanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Isnin, 4 Februari 2013

Bila bik Mama pakai celana

salam dari : Kepale dan Kelape

aku bukanya minat sangat dengan animasi ni..tapi disebabkan zunar aku gagahkan juga melihatnya. Jadi sesiapa yang berminat dengan zunar ,saksikanlah hasil terbaru beliau..




Jumaat, 1 Februari 2013

KenapaTun Mahathir tarik Anwar terjun lombong bersama (ala Kamikaze)

salam dari : Kepale dan Kelape


Anwar terlibat langsung dalam Projek IC, dakwa Dr M




....Nak tau kenapa?..baca/KLIK kat SINI
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).

Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.

Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Tun takut ISA..tau pon ko takut

salam dari : Kepale dan Kelape


Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa
 
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

NONEBerucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat 
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan. 

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...