Selasa, 30 April 2013

Dato' Tamrin bongkar siapa Dalang isu 13 Mei

salam dari : Kepale dan Kelape

Lebih kurang 5 hari lagi kita akan keluar mengundi. Sudah tentunya tempoh berkempen sudah semakin singkat.Isu -isu yang dimainkan mantan kerajaan untuk memperbodohkan rakyat makin menambahkan tahap meluat aku.Tambah2 lagi kat che det tu  makin tua makin ligat kempen dia..muka macam tak bersalah jer aku tengok.
Isu terbaru pasal 13 mei ..isu ni patutnya dah lama tertanam tapi disebabkan orang tua tu terpaksalah dibongkar dan dicerahkan semula.Sentimen perkauman yang tak habis2 keluar dari mulut diorang ni. Jadi 5 mei ini jangan lupa mengundi siapa pemimpin kita, untuk rakyat dan gantikan pemimpin yang korup, tamak, menindas rakyat dsbnya.


Sabtu, 27 April 2013

PRU13: Yang mahu harga minyak turun bukan orang kaya, tapi rakyat miskin!

salam dari : Kepale dan Kelape


KUALA LUMPUR 26 APRIL: Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak tidak faham kemahuan rakyat yang sentiasa berharap supaya harga minyak diturunkan, bukan memberi alasan karut kononnya penurunan harga minyak hanya akan menguntungkan orang kaya.
“Penurunan harga minyak sememangnya ditujukan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Orang kaya tidak ambil kisah dengan penurunan sebanyak 20 sen atau 50 sen.

Perhimpunan bantah kenaikan harga minyak- Gambar hiasan


Perhimpunan bantah kenaikan harga minyak- Gambar hiasan

“Saya yakin apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, orang yang paling gembira dengan penurunan harga minyak adalah rakyat miskin,” kata calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Azan Ismail. Beliau mengulas kenyataan Najib itu yang turut menyatakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah lebih baik dan menguntungkan rakyat.

“Najib memang mementingkan diri sendiri. Beliau lahir dalam keluarga bangsawan, dibesarkan dengan mewah dan tak pernah rasa susah, sebab itu dia tidak faham betapa pentingnya harga minyak diturunkan,” bidas Azan. Menurutnya, penurunan harga minyak akan memberi kesan kepada kebanyakan rakyat berbanding 10 peratus golongan kaya di negara ini.

“Hanya ada 10 peratus orang kaya, 20 peratus golongan sederhana, manakala 70 peratus lagi rakyat miskin. Ini dibuktikan melalui pemberian BR1M kepada lebih enam juta penduduk.
“Bermakna, enam juta orang terbabit akan gembira dan mendapat untung apabila harga minyak diturunkan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Mengulas lanjut, Azan berkata, pemberian BR1M tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat keseluruhan kerana ia hanya ‘gula-gula’ untuk membeli undi.“BR1M tidak akan diteruskan setiap tahun. Pelaksanaannya memakan belanja sehingga RM8 bilion, sedangkan dengan menurunkan harga minyak, kosnya tidak sampai begitu rupa, jadi yang mana lebih realistik?” tegas Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.

“Dari segi ekonomi pula, rantaian akibat penurunan harga minyak akan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan lain. “BR1M pula cuma akan menambah kuasa membeli pengguna dalam satu masa menyebabkan permintaan melebihi tawaran sekaligus menyebabkan inflasi,” kata Azan.

copy fr Rakyat Marhaen

Ya Allah.. Mengalir air mata saya - Ustaz Azhar Idru

salam dari : Kepale dan Kelape





Ya Allah.. Mengalir air mata saya mencari gambar Tok Guru Nik Aziz di internet..

Macam mana tidak mengalir.. Yang saya baca, Nik Aziz bapa kafir di akhbar Malaysia, bapa syaitan, mata duitan, malah ada gambar Nik Aziz yang di edit dimasukkan duit-duit di serban beliau. berimamkan DAP. Nik Aziz sesat. ada mufti kata hati Nik Aziz terlampau hitam. Berharta 10 Juta. Banyak lagi.. Banyak sangat.. Tak terkata saya di sini...

Dia yang menghafal banyak hadith2.. Dia yang tiap-tiap paginya menjadi imam subuh dan memberi tazkirah.. Makan makanan rakyat biasa-biasa.. Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.

Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau. Dia seorang yang warak dan zuhud. Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil. Sehingga hujung nyawanya masih begitu, berusaha menegakkan Islam di bumi Kelantan. Tetapi dalam keadaan sakit, dalam keadaan sihat beliau terus dan terus.. Bagaimana anda boleh begitu berat sekali menjatuhkan fitnah kepadanya?

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). ( An-Nur : 19 )

Letakkan kami di jalan Mu yang lurus dan thabatkan kami di jalan Mu ya Allah s.w.t..

Sumber: Fb Ustaz Azhar Idrus
-tranungkite-

Jumaat, 26 April 2013

BN akan terus menang. Pengundi Malaysia masih ramai yang bangang.

salam dari : Kepale dan Kelape



25 April, 2013
oleh: Rahmat Haron

Laporan maharaja lawak ‘April Fool' yang lalu memberitakan khabar mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Johor menjadikan pertandingan PRU13 kerusi Parlimen Gelang Patah sebagai kubur kerjaya politik tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.

Malah ke tahap melampau, Dr Mahathir membakar api perkauman dengan menyatakan kemenangan Lim Kit Siang akan mengakibatkan perseteruan antara kaum.

Menteri besar kerajaan sementara Johor Abdul Ghani Othman pula menambah rencah menjadi wira Melayu kununnya dengan berkata kemenangan Lim Kit Siang bakal menggugah keharmonian kaum di Johor.

Gelang Patah menjadi ‘kubur' Lim Kit Siang merupakan suatu saranan yang teramat munasabah untuk politik tahun 1983. Di zaman kebenaran paling muktamad hanya didapatkan daripada tiga saluran tivi warna, dengan imej wajah 'dewanya' tidak lain dan tidak bukan ialah Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi pada tahun 2013 ini, di zaman pencerahan Internet, ia menampakkan sikap yang menggelabah. Kerana maklumat dan pengetahuan telah pun mematahkan gari ideologi, gelang perkauman yang merantai kita selama ini. Orang sudah tahu.
Cukup bedebah sekalian kita, manusia Melayu terutamanya, kerana puncanya telah pun tertulis pada tembok grafiti dalam babak filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani, terbit tahun 1986. Contengan di dinding kota bertulis, "Ke mana lesapnya RM 2.5 bilion duit Bank Bumiputera?"

Kita juga telah mendengar lagu dendangan penyanyi Ito, di tahun 1998 dengan judul Raggae Jalil Ibrahim, tentang "kezaliman di bumi tersayang, haruskah berdiam, kita biarkan." 

Kita perlu memahami bagaimana politik-ekonomi Mahathirisme bekerja. Di sini, Mahathirisme bukanlah semata-mata seorang manusia tetapi idea dan fahaman seorang manusia yang telah menjadi sistem dalam jaringan kerja dan struktur organisasi kuasa serta budaya yang rumit.
Malah kini, struktur dan sistem organisasi kuasa itu sedang menemui jalan buntu dengan perebutan yang bertambah sengit, malah di kalangan sesama mereka sendiri.

Politik-ekonomi Mahathirisme bekerja dengan perkakas-perkakas institusi awam yang tidak demokratik, mengamalkan ekonomi kapitalisme semu - kroni monopoli, penuh rasuah dan pecah amanah, menipu pilihan raya, dengan rekod demokrasi dan pelanggaran hak asasi manusia yang buruk.

'The Banker Who Knew Too Much'
Kerana jika kita memahami Mahathirisme kita akan faham bahawa segala cakap-cakap tentang semangat Melayu/ Islam, hak istimewa orang Melayu/ Islam, kepentingan Melayu/ Islam, bumiputera, dasar ekonomi baru dan sebagainya itu hanyalah belit, ‘gormal', penipuan, gebang kosong yang hanya berjaya dilakukan pada era penguasaan media tivi.

April tahun lalu, saluran tivi AETN - Crime & Investigation, Asia menayangkan sebuah dokumentari berjudul "The Banker Who Knew Too Much."

Penerbitan dokumentari ini akan membawa kita memahami kepura-puraan Dr Mahathir dan mereka yang berpegang pada ideologi perkauman sempit yang kununnya berteraskan kebudayaan dan tata negara Melayu itu. Kununnya, didongengkan kekayaan negara perlu dimiliki hanya oleh orang-orang Melayu.

Filem dokumentari itu merungkai kes pembunuhan misteri akauntan muda, juruaudit Bank Bumiputera pada tahun 1983.

Jalil sebenarnya ditugaskan untuk mengaudit akaun anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong, iaitu Bank Bumiputera Finance (BMF). Sewaktu di Hong Kong, Almarhum Jalil mendapati banyak keraguan terhadap cara BMF memberi pinjaman.

Beliau mendapati hampir kesemua pinjaman BMF disalurkan kepada syarikat-syarikat milik Carrian Group. Carrian Group pula dimiliki oleh George Tan, ahli perniagaan Hong Kong, etnik Cina, warga negara Singapura, kelahiran Malaysia.

Dalam dokumentari The Banker Who Knew Too Much itu kita didedahkan bahawa Carrian Group sebenarnya hanyalah rumah untuk merompak duit Bank Bumiputera. Kerana tanpa pinjaman Bank Bumiputera tidak mungkin ada Carrian Group dan George Tan.


(Untuk butiran lanjut kejadian kes pembunuhan itu, silakan menonton sendiri di YouTube)



Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1966 bermatlamatkan kununnya membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia.

Tetapi akhirnya Bank Bumiputera dibankrapkan kerana memberi pinjaman terhadap George Tan, dan nyawa seorang tokoh Melayu muda, Almarhum Jalil Ibrahim telah pun diragut oleh seorang ahli perniagaan Klang - yang tiada kaitan dengan Bank Bumiputera dan BMF - bernama Mark Foon Tan.

Bukan gila, tapi terkutuk
Malah seperti kes pembunuhan mendiang Altantuya, pembunuh yang disabitkan kesalahan juga tiada motif.

Lihatlah asas perkauman Mahathirisme. Ia hanya pada lidah menghasut dan lidah itu semakin kelu kerana perbuatan, perlakuan dan rekod sejarah menunjukkan sebaliknya.

Kerana hari ini, orang akan bertanya, jika benar Melayunya kenapa Almarhum Jalil, seorang Melayu dibunuh, kenapa diberi pinjaman yang banyak kepada syarikat Carrian Group, milik George Tan, seorang etnik Cina sehingga membankrapkan Bank Bumiputera, kunun milik Melayu itu?

Kebankrapan syarikat Carrian Group merupakan rekod bankrap paling besar, di Hong Kong sehingga ke hari ini, di Timur dan di Dunia pada waktu itu. Ia melibatkan kerugian bernilai lebih AS$1 bilion pada 1983.
Ya, pada waktu itu tahun 1983, tahun sebahagian besar umat Melayu masih percaya pada penipuan propaganda tivi dan menerimanya sebagai kebenaran. Sehinggakan imej propaganda terhadap Lim Kit Siang pada waktu itu jatuh ke tahap sentimen kebencian kaum.

Dimainkan momokan Cina kafir, pengikut komunis Chin Peng, si pemakan babi bermata sepet yang niatnya mahu merampas hak-hak orang Melayu dan akhirnya memerintah Malaysia menjadi negara komunis sama seperti di China.

Kini, di tahun 2013, apakah kita masih lagi percaya, bahawa golongan perompak Bank Bumiputera itulah yang akan menyelamatkan umat Melayu Malaysia, setelah terang jelas juga rekod-rekod pengkhianatan dan kemusnahan yang disebabkan golongan ini?

Sehingga saat ini, kerajaan Malaysia masih belum memulakan apa-apa siasatan dan pendakwaan terhadap pembunuhan Almarhum Jalil dan skandal BMF ini, setelah 30 tahun kes berlalu.

Umat Melayu, bertanyalah diri dengan jujur, adakah kita tetap akan berkata, Lim Kit Siang itu rasis perkauman walau beliau pernah memperjuangkan isu skandal kebangkrapan BMFdan pembunuhan Almarhum Jalil Ibrahim di Parlimen Malaysia?

Jika jawapannya masih lagi ya, makna kata kita bukan sahaja gila, malah terkutuk!
Dicatat oleh TheSniper di Khamis, April 25, 2013 

Isnin, 8 April 2013

blogger pro PR akui Transformasi Najib berjaya

salam dari : Kepale dan Kelape

Akhirnya PM sementara Najib bijaN benar-benar berjaya melakukan apa yang dikatakan TRANSFORMASI...

berbanding agenda REFORMASI PKR , yang gagal dilaksanakan kerana tiada kuasa, TRAnsformasi Najib bijaN nampak berjaya dilaksanakan hasil dari kerja-kerja TRANSFER meNERANSFER manifesto PKR...
 rupanya makna TRANSFORMASI  bagi Najib bijaN ini ialah tidak lain dan tidak bukan ialah dengan kata lain TRANSFER FORMASI manifesto PR kepada manifesto BN...

maka..
Berjayalah apa yang dikatakan TRANSFORMASI selama ini...baru kepale aku paham...
 hahahahahha
hahahaha

habislaaa,,,...malaysia tetap bangkrap walaupun BN menang lagi...jadi apa lagi...Jom Ubah!!
cer tengok kat bawah...gambar aku menTRANSFORMASI dari blog Mat Indera Sipejuang






Jumaat, 5 April 2013

PAS tuntut kerajaan sementara patuhi 11 perkara

salam dari : Kepale dan Kelape

Pas menuntut kerajaan sementara sama ada kerajaan persekutuan atau negeri agar dapat mematuhi 11 perkara ketika melaksanakan tugas mereka..
Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dalam sidang medianya..
Dalam erti kata lain sedarla sikit awaq tu buka pegang kerajaan dengan mandat rakyat l;agi..


\


11 perkara tersebut adalah seperti berikut:

i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara  adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.


Khamis, 4 April 2013

Dah pasti kalah pun nak bertanding?

salam dari : Kepale dan Kelape

Parlimen dah bubar..mula macam macam cerita kuar..
Ini cerita sebuah parti yang hantar calon nak bertanding dalam PRU13..
Ada pun nama parti ini ialah Parti Hak Asasi yang dipimpin oleh P. Uthayakumar..macam gituler namanyer..
Nama Parti Hak Asasi ..tapi anggotanya setelah dijeling jeling banyak yang sekaum dengan mantan PM adanya..
Yang agak mencuit hati sedikit ialah bila mereka bercadang menghantar calon yang dikatakan kubu PKR dan Pas..kenapa tak kubu DAP?..atau BN ker...
Ahhh,,...jawapan mudah dibaca...kononya nak pecah undi kaum India la kot...kot kot la tetiba BN menang..mau seluruh pelosok parti dapat habuan... ini andaian aku jer
yang best lagi tu...walaupun tau parti tu kecik..pemimpin parti masih lagi ada perasaan tamak sanggup bertanding kawasan DUN dan Parlimen sekali gus... bagi la sikit orang bawah tu dok telan ailioq jer..
Apa-apa pun nak bertanding tu hak depa..kalau pembaca nak bertanding pun boleh gak..itu pun kalau cukup syarat syarat ...hehee
cerita dan sumber malaysiakini

Apa apa pon kalau Parti ni bertanding dah kompom2 kalah...lainla kot tetiba semua calon lawan tarik diri atau digugurkan pencalonan..hahahha...rentikan la oiiii (dengo citer dah tak bleh buat bantahan calon)

lagi gambo kopipes aku





tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...