Rabu, 29 Ogos 2012

'Si Tanggang Moden' diarah mohon maaf secara terbuka


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Ogos 2012
JAWATAN : PENGURUS 
UMUR : 38 TAHUN
GAJI : LEBIH RM18,000
ANAK TERABAI: 2 ORANG (TIDAK TERMASUK IBUBAPA DIA)
TUNGAKKAN: 18.866.50
DIKEHENDAKI BAYAR 400 SEBULAN UNTUK SETIAP ANAK DAN 1000 SETIAP ORANG UTK PERSIAPAN RAYA..
MORAL : SELAYAKNYA KO BAYO JER HAK ANAK KO TU...
MUNGIKIN SELAMA NI DIA TERALPA..... ATAAU MUNGKIN GAJI 18 RIBU BILA BAYO UTANG2 CUMA TINGGAL 500 JEK KOT BUAT BELANJA HARIAN...SIAN KAT DIA


KUALA TERENGGANU- Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengarahkan seorang anak yang disifatkan sebagai ‘Si Tanggang Moden’ memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak terhadap kedua-dua ibu bapa, dua anaknya yang diabaikan lebih lapan tahun serta ahli keluarga lain tidak lebih dari tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Rosdi Harun turut mengarahkan Nasrun Mustafa, 38, yang kini bekerja di Bintulu, Sarawak, sebagai pengurus operasi sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Kuala Lumpur membayar tuntutan sebanyak RM400 sebulan terhadap kedua ibu bapanya serta RM400 sebulan setiap seorang terhadap dua anaknya, Mohd Amirul Nasrun, 17, dan Nur Thahirah Nasrun, 15.

Dia yang berpendapatan RM18,000 sebulan itu turut diarahkan membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang anak dalam tempoh dua minggu setiap kali menyambut Aidilfitri sebagai persiapan.

Selain itu, responden turut diarahkan membayar sebanyak RM18,866.50 atau tunggakan perbelanjaan dan sebagai teladan kerana tidak pulang ke rumah menemui keluarga termasuk kedua-dua anaknya dalam masa lebih lapan tahun sebelum ini.

Semua tuntutan tersebut difailkan  pasangan warga emas ini, Mustafa Ismail, 65, dan Che Meriam Abdullah, 58, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, terhadap anak lelakinya, setelah mengabaikan tanggungjawab menjaga dua anaknya lebih lapan tahun selepas berlaku penceraian dengan isteri pertamanya pada 30 Disember 1998.

Malah, kini, anak lelakinya itu telah berkahwin lain dan begitu juga dengan bekas isterinya.

Dalam prosidingnya, Rosdi turut menyelar perbuatan Nasrun dengan ungkapan “Si Tanggang Moden’ yang mana tidak pernah hadir setiap perbicaraan mahkamah bermula pada 2 Mei tahun lalu dan sentiasa mengemukakan pelbagai alasan melalui peguamnya

Isnin, 27 Ogos 2012

LEPAS JATUHKAN KERAJAAN, MASJID PULAK DI MUSNAHKAN

Kejadian ini berlaku di Libya..ditengah2 kota Tripoli
gambar bawah menunjukkan ssatu puak yang menentang Muammar Ghadafi menghancurkan masjid Al-Shaab Al-Dahman 
Pusara2 para sufi juga dimusnahkan...







ATAS: Pusara telah dikosongkan selepas pemusnahan...





Cerita selanjutnya
  disini

salam dari : Kepale dan Kelape

Isnin, 13 Ogos 2012

DS Rosmah dah bertudung!!!!

salam dari : Kepale dan Kelape

 setelah jenuh menepis perli dari pihak pakatan.....

....Seluruh gerombolan biru menjerit kegembiraan dan kelegaan bila akhirnya Rosmah Mansor bertudung litup...siap buat solat tasbih lagi...mereka mengucapkan tahniah dan kata inilah pemimpin yang mesti dicontohi..bangga sungguh mereka..

Aku pun bangga jugak..lebih2 lagi kalau dia terus bertudung litup... aku cuma boleh berdoa jer.. bole ker?
alt

lihat jugak komen2 ni...kenapa pembangkang jugak kena?
klik kat gambo bawah ni


Nama anak yang Islamik

klik kat sini
DUITLUSUH: Nama anak yang Islamik: cerita ini takde kena mengena dengan yang hidup stsu mati..ia hanya rekaan semata2... Kisah dua orang suri rumah yang secara kebetulan ...

salam dari :Kepale dan Kelape

Video: Lucu lucah yang sopan..

azamani

jangan tenung lelama...


gambar takde kena mengena

layan jer la


Sabtu, 11 Ogos 2012

Bandar tanpa lelaki: Woman-only city dirancang

azamani

AFP Photo / Fayez Nureldine


Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mewujudkan sebuah bandar yang penduduknya khusus hanya wanita. Pembinaan bandar-mono yang dijangka menarik pelaburan sebanyak us$133juta itu akan bermula pada tahun hadapan. Ia juga akan menjana pekerjaan bagi kaum wanita dalam bidang textiles, parmasi dan industri pemprosesan makanan. Industri industri ini juga akan diterajui dan dijalankan oleh wanita sepenuhnya.

cerita lanjut kat klik sini

Wanita Arab Saudi

Khamis, 9 Ogos 2012

Loji Air Langat 2 diteruskan

Putrajaya: Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan walaupun kerajaan Selangor atau pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri pakatan pembangkang itu enggan memberi kelulusan pembangunan.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekretariat
jawatankuasa berkenaan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa asas selepas kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengeluarkan kelulusan pembangunan bagi pelaksanaan projek berkenaan. 


Kapasiti pengeluaran terhad 

Antara asas yang diambil kira termasuk hakikat bahawa kapasiti pengeluaran air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang diluluskan Kerajaan Persekutuan hanya dapat menampung permintaan air sehingga 2016.

Selain itu, pembinaan komponen terowong dan muka sauk bagi menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Hulu Langat sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada 2014.

Pada masa sama, penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi. 
RM606j belanja tambahan

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020. 

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya.

Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan kerajaan negeri Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula seperti mana yang dilaksanakan negeri lain, namun ia mesti mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan undang-undang yang berkuat kuasa. 

Keputusan itu selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu turut menegaskan tidak berhasrat campur tangan dalam usaha kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti syarikat konsesi di negeri itu kerana ia adalah transaksi komersial membabitkan dua pihak yang berkenaan saja.


sumber dari BERITA HARIAN

Fatwa sahur, iftar penghuni Burj Khalifa

azamani


Fatwa sahur, iftar penghuni Burj Khalifa
Ini adalah fatwa baru yang dikeluarkan  Pusat Fatwa Abu Dhabi dan Dubai tentang waktu berbuka puasa bagi mereka yang tinggal di bangunan tinggi...
Fatwa sahur, iftar penghuni Burj Khalifa
Burj Khalifa
Fatwa sahur, iftar penghuni Burj Khalifa
Sebahagian daripada kakitangan dan penghuni di Burj Khalifah berbuka puasa di pekarangan menara tertinggi di dunia itu.
Penghuni beragama Islam yang menginap di tingkat 80 hingga 160 di Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terpaksa menunggu beberapa minit selepas azan untuk berbuka puasa, mengikut fatwa yang baru dikeluarkan beberapa minggu lalu.

Mereka yang menginap di bangunan pencakar langit itu kini perlu menyesuaikan waktu solat dan puasa mengikut tingkat yang didiami. Ketua Pusat Iftar Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Jabatan Kebajikan, Dr Ahmed Al Haddad berkata, bangunan Burj Khalifa, setinggi lebih 829 meter dengan 164 aras itu perlu dibahagikan kepada tiga waktu berlainan untuk berbuka puasa.

Beliau berkata, ketiga-tiga segmen itu berdasarkan keadaan matahari terbit dan terbenam.

“Mereka yang tinggal di aras 80 dan ke bawah, waktu berbuka puasa sama seperti orang lain manakala yang tinggal di antara aras 80 dan 150, bermula pada ketinggian kira-kira 414 meter tinggi, waktu berbuka dan solat lima waktu lewat dua minit selepas azan berkumandang,” katanya.

selanjutnya klik disini 





Rabu, 8 Ogos 2012

7 sangkaan tentang puasa yang perlu diperbetulkan


Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.


1. Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

2. Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:

“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.


3. Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).


4. Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.


5. Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6. Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

7. Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.

Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa. Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.


Artikel ini dipetik dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Moga dengan penjelasan permasalan ini dapat meningkatkan kualiti ibadah puasa kita dan seterusnya diberkati oleh Allah SWT.

Sumber: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2012/07/7-sangkaan-yang-tidak-benar-tentang.html#ixzz22vO6i4hz
 

Selasa, 7 Ogos 2012

‘Dia tak tahu bapa sudah tiada’

Sahabat yang tidak mengetahui sahabatnya telah meninggal dunia, terus terusan menghantar Kad Raya walaupun telah lima tahun tak berbalas...setianyaa

‘Dia tak tahu bapa sudah tiada’


cerita selanjutnya disini

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...