Rabu, 30 September 2015

Jamal kata orang cina ada negara China tolong bekap...kipidap.

salam dari : Kepale dan Kelape
Masyarakat Cina mempunyai negara China untuk mendapatkan perlindungan, sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka.
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, tindakan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ‘membela’ nasib peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, baru-baru ini, telah membuktikan perkara tersebut.
“Ini adalah satu mesej yang jelas, bahawa bangsa Cina ini mempunyai tempat untuk mengadu dan membela nasib mereka, selain daripada Malaysia.
“Mereka mempunyai tanah atau negara asal mereka di Tanah Besar China dan jika apa-apa berlaku ke atas mereka, mereka masih ada tempat untuk bergantung harap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Huang sebelum ini dilaporkan sebagai berkata: “China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi kaum dan ekstremisme.”
Kenyataan itu jelas merujuk kepada ancaman sebuah kumpulan yang pernah bercadang mengadakan perhimpunan di Petaling Street, pada Sabtu lalu.
Malah, Dr Huang turut memberi amaran, Beijing tidak gentar menyuarakan pandangan mereka terhadap insiden yang boleh mengancam kepentingan negara, melanggar hak rakyat dalam menjalankan perniagaan atau menjejaskan hubungan Malaysia-China.
Bagaimanapun kata Jamal, ia berbeza dengan bangsa Melayu yang tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung selain daripada negara ini.
“Kepada anak bangsa Melayu, sedarlah bahawa tanah bumi Malaysia ini adalah hak kita. Kita perlu menjaga dan mempertahankan setiap inci tanah melayu ini.
“Jadi, ayuhlah kita bangkit dan bersatu atas nama Melayu dan Islam, untuk menjaga tanah tumpah darah kita ini daripada sebarang ancaman dan eksploitasi yang nyata atau tersirat.
“Inilah satu-satunya peninggalan pejuang-pejuang serta nenek moyang kita yang tidak ternilai harganya, yang perlu kita jaga sebaik mungkin,” ujarnya.

Komen:

Tadi saya pergi kedai hardware more milik cina.. Aku tanya satu barang...tokey cina tu kata barang tu buatan China ..tak bagus maaa...low quality..
Aku berseloroh kata cina memang mcm tu...asik nak membelit jer...sambil tersengih..alhamdulillah dia faham aku bergurau..
Haiyaaa..saya bukan orang China maaa..saya Malaysian.. Dia tersengih bangga sambil ditertawakan oleh pekerja melayunya...

Entahlaaa...

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kesian Orang Johor...Gagal lagi jadi PM

salam dari : Kepale dan Kelape

Negeri Johor memang tidak pernah ketandusan pemimpin berjiwa besar.. banyak pemimpin ini berada di puncak kerjaya politik nya tetapi kecundang .. dengan erti lain gagal menjadi Perdana Menteri. Ia mungkin tidak menghairankan sebab banyak lagi negeri di Malaysia yang tidak memiliki jawatan Perdana Menteri. Tetapi sedar kah kita bahawa negeri Johor merupakan negeri yang paling banyak anak watannya memegang jawatan timbalan Perdana Menteri.
 Hanya Tun Hussein Onn sahaja yang berjaya menjawat gelaran Perdana Menteri Malaysia.
 Itu pun.....

Tun Hussein Onn
Perdana Menteri Malaysia ke 3
\
 berikut adalah mereka yang berjaya mencapai puncak kerjaya politik Malaysia tetapi terkucil di puncak...





Dato Onn Jaafar ( tak pernah jadi TPM tapi bekas Presiden Umno), 
Tun Dr Ismail Abd Rahman (TPM ketika zaman Tun Razak ) dan
 TUN Musa Hitam (TPM ketika zaman Tun Dr Mahathir)

Kini sejarah negeri Johor kembali berulang apabila seorang lagi TPM keluaran Johor kena sailang...


Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin


(Untuk makluman Tun Dr Ismail Kembali ke Rahmatullah ketika menjawat jawatan TPM. tak termasuk dalam senarai TPM kena tendang)
yang lainnya kena tendang..
 orang Johor...
tak rasa kena chreeettt ker...
kasi lawan la


Khamis, 30 Julai 2015

Siapa rakam video TSMY? pegi tanya Mukhriz...dia tahu

salam dari : Kepale dan Kelape



Datuk Seri Mukhriz Mahathir dakwa beliau tahu siapa yang merakam video perbualannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tetamu lain pada malam selasa lalu.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya tentang video bocor dalam sambutan hari raya Umno Gurun Kedah. (laporan Kwong Wah Yit Poh).

Dalam video itu TSMY berkata PM mengaku bahawa RM2.6B didepositkan dalam akaun peribadinya.

MB Kedah itu juga tidak menafikan topik perbualan itu..

Aku pulak nak tanya...

Siapa pulak bocorkan video tu sampai Viral?
Mestilah orang yang rakam video tu...
mestilah dapat restu TSMY dan DSMM kan?
korang sengaja ehh?
perang saraf dah lama bermula....
kita tengok sapa yang tertonggeng..

Untuk TSMY....kem lain pun dah mula sokong Tan Sri ... Dah bole mula mengorak langkah..Jom selamatkan MALAYSIA..


Selasa, 21 Julai 2015

Nik Abduh taknak cakap banyak.. ahli poltik taknak cakap nak jadi apa

salam dari : Kepale dan Kelape

Bila terbaca status macam ni buat pakcik teringat masa dengar ceramah ustaz Ismail Kamus dalam radio Perak sekitar tahun 90an dulu...

Bunyinya lebih kurang macam ni...

Bila ada orang yang duduk diam jer dalam satu majlis...ada dua anggapan orang sama ada dia ni jenis pandai atau mungkin bodoh..
Expectations orang biasanya yang paling worst la... Iaitu agak agaknya bodohlah orang tu.. Tapi tak mungkin la sebab dia duduk di tempat istimewa...kalau dalam majlis kenduri tu mungkin sebelah imam... Takpe kita tunggu sampai dia bercakap.. Tunggu punya tunggu dia tak cakap cakap..
Agak agaknya lebih kurang macam status bawah ni la kot


Sekali tu dia dapat peluang bercakap..bila dia bukak mulut jer Dan bercakap... 
Orang pun ternganga dengar dia cakap...lepas tu orang dlm majls pun berbisik sesama sendiri
KOMPOM BODOH MAMAT NI..
(Bukan mamat yang post status kat dlm gambar atas tu)
Hahahaha
Harap harap bila tuan bukak mulut nanti tak nampak bodoh ye..
Lagi satu kalau dok kat parlimen tu taknak cakap nak buat apa dok kat situ..bagi la org lain yang lebih vokal.. Tak semestinya bila jadi pbangkang asik membangkang kerajaan jer atau menyokong pembangkang membutatuli...jalankan tugas anda wahai sang MP.
Anda bawa suara pengundi and a... Maka suarakan la.. Anda dikatakan pembuat dasar...maka nyatakan la..
Setakat elaun MP tu tak bole nak agih sorangg singgit pun pada pengundi kawasan anda setiap bulan... Maka tugas and a CAKAP la woiii


Ahad, 12 Oktober 2014

Paderi jadi Muslim selepas sedar Dari koma...Allah beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki

salam dari : Kepale dan Kelape

Sumber : Utusan online
JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.
Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.
Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.
"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.
Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141012/lu_03/Paderi-terjaga-dari-koma-peluk-agama-Islam#ixzz3FtLQReme

Sabtu, 11 Oktober 2014

Sayunya bila lihat anak 2 tahun lemas di Tanjung Balau

salam dari : Kepale dan Kelape

Aku pernah post pasal kemalangan lemas yang terjadi di kawasan pantai sekitar pantai desaru, tanjung balau , Batu layar Dan pantai sekitarnya di tenggara  johor yang meragut nyawa...



Sekali lagi kejadian ini berlaku Kali ini melibatkan kanak kanak berusia 2 tahun Dan 14 tahun...
Tanpa niat menyinggung keluarga mangsa aku sekali lagi merayu kepada pengunjung agar berhati hati...

Gambar sumber FB


Alfatihah buat mangsa....moga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Dari Allah swt...
Baca post tentang kemalangan di Pantai Desaru  yang berlaku pada nov 2013. Disini

Khamis, 9 Oktober 2014

Bom meletup di Bukit Bintang

salam dari : Kepale dan Kelape

Betul ke...eh betul ke...betul la kot..
Tapi Malaysia kan masih aman..
Khabarnya angkara gangster,..
Semoga dalangnya diambil tindakkan..




Sumber : Harakah Daily


tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...