Khamis, 30 Julai 2015

Siapa rakam video TSMY? pegi tanya Mukhriz...dia tahu

salam dari : Kepale dan Kelape



Datuk Seri Mukhriz Mahathir dakwa beliau tahu siapa yang merakam video perbualannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tetamu lain pada malam selasa lalu.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya tentang video bocor dalam sambutan hari raya Umno Gurun Kedah. (laporan Kwong Wah Yit Poh).

Dalam video itu TSMY berkata PM mengaku bahawa RM2.6B didepositkan dalam akaun peribadinya.

MB Kedah itu juga tidak menafikan topik perbualan itu..

Aku pulak nak tanya...

Siapa pulak bocorkan video tu sampai Viral?
Mestilah orang yang rakam video tu...
mestilah dapat restu TSMY dan DSMM kan?
korang sengaja ehh?
perang saraf dah lama bermula....
kita tengok sapa yang tertonggeng..

Untuk TSMY....kem lain pun dah mula sokong Tan Sri ... Dah bole mula mengorak langkah..Jom selamatkan MALAYSIA..


Selasa, 21 Julai 2015

Nik Abduh taknak cakap banyak.. ahli poltik taknak cakap nak jadi apa

salam dari : Kepale dan Kelape

Bila terbaca status macam ni buat pakcik teringat masa dengar ceramah ustaz Ismail Kamus dalam radio Perak sekitar tahun 90an dulu...

Bunyinya lebih kurang macam ni...

Bila ada orang yang duduk diam jer dalam satu majlis...ada dua anggapan orang sama ada dia ni jenis pandai atau mungkin bodoh..
Expectations orang biasanya yang paling worst la... Iaitu agak agaknya bodohlah orang tu.. Tapi tak mungkin la sebab dia duduk di tempat istimewa...kalau dalam majlis kenduri tu mungkin sebelah imam... Takpe kita tunggu sampai dia bercakap.. Tunggu punya tunggu dia tak cakap cakap..
Agak agaknya lebih kurang macam status bawah ni la kot


Sekali tu dia dapat peluang bercakap..bila dia bukak mulut jer Dan bercakap... 
Orang pun ternganga dengar dia cakap...lepas tu orang dlm majls pun berbisik sesama sendiri
KOMPOM BODOH MAMAT NI..
(Bukan mamat yang post status kat dlm gambar atas tu)
Hahahaha
Harap harap bila tuan bukak mulut nanti tak nampak bodoh ye..
Lagi satu kalau dok kat parlimen tu taknak cakap nak buat apa dok kat situ..bagi la org lain yang lebih vokal.. Tak semestinya bila jadi pbangkang asik membangkang kerajaan jer atau menyokong pembangkang membutatuli...jalankan tugas anda wahai sang MP.
Anda bawa suara pengundi and a... Maka suarakan la.. Anda dikatakan pembuat dasar...maka nyatakan la..
Setakat elaun MP tu tak bole nak agih sorangg singgit pun pada pengundi kawasan anda setiap bulan... Maka tugas and a CAKAP la woiii


Ahad, 12 Oktober 2014

Paderi jadi Muslim selepas sedar Dari koma...Allah beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki

salam dari : Kepale dan Kelape

Sumber : Utusan online
JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.
Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.
Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.
"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.
Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141012/lu_03/Paderi-terjaga-dari-koma-peluk-agama-Islam#ixzz3FtLQReme

Sabtu, 11 Oktober 2014

Sayunya bila lihat anak 2 tahun lemas di Tanjung Balau

salam dari : Kepale dan Kelape

Aku pernah post pasal kemalangan lemas yang terjadi di kawasan pantai sekitar pantai desaru, tanjung balau , Batu layar Dan pantai sekitarnya di tenggara  johor yang meragut nyawa...



Sekali lagi kejadian ini berlaku Kali ini melibatkan kanak kanak berusia 2 tahun Dan 14 tahun...
Tanpa niat menyinggung keluarga mangsa aku sekali lagi merayu kepada pengunjung agar berhati hati...

Gambar sumber FB


Alfatihah buat mangsa....moga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Dari Allah swt...
Baca post tentang kemalangan di Pantai Desaru  yang berlaku pada nov 2013. Disini

Khamis, 9 Oktober 2014

Bom meletup di Bukit Bintang

salam dari : Kepale dan Kelape

Betul ke...eh betul ke...betul la kot..
Tapi Malaysia kan masih aman..
Khabarnya angkara gangster,..
Semoga dalangnya diambil tindakkan..




Sumber : Harakah Daily


Rabu, 8 Oktober 2014

Sekolah vernakular..kekal atau hapus

salam dari : Kepale dan Kelape

Ini cuma pendapat aku Dari pandangan Mata melayu aku..Pandangan dangkal ni macam biasa...sekadar macam abang warden penjara cakap sembang kosong sambil mengeteh Kat kedai mamak depan penjara SG buloh...




Dalam isu sekolah venakular yang tengah heboh nak dibahas dalam parlimen ni..aku secara peribadi rasa...
Sekolah yang ber'jenis' ni sepatutnya dah boleh di hentikan operasinya..sepatutnya semua murid dah boleh belajar kt sekolah kebangsaan sepenuhnya.

Sistem kita mungkin tak sama dengan negara Jiran...so...
Tak payah nak bandingkan dgn negara lain macam Singapore ke indon ke siam ke..
Dan aku tak kata sekolah jenis menanamkan sikap perkauman...so..
Tak payah nak cerita pasal rasis ke apa ke..
Bagi aku sekolah ber jenis ni tak perlu... hanya menjarakkan lagi jurang perpaduan Dan ideologi...

Apakehalnya kita nak kekalkan sekolah yang macam ni lagi..negara kita dah merdeka 57 tahun dengan mertabatkan bahasa melayu sbg bahasa rasmi..tapi orang Malaysia berbangsa selain melayu masih bergelut nak cakap melayu..Mamak yang usahakan restoran mamak ni pun dah fasih cakap melayu..tayah tunggu sampai 50 tahun..ini maknanya sistem sekolah macam ni gagal melahirkan satu bangsa Malaysia...so kalau DAP mahu me'Malaysian Malaysia'kan negara ini, ia mesti terlebih dahulu meMalaysiakan sekolah jenis...

Mereka kata org bangsa lain pun dah 15% masuk belajar Kat DLM Skjc... Cuba tgk SKJT pulak ...brapa percent?..nampak tak perbezaan darjat tu?..takkan kita nak hapuskan SKJT aje...apa kata kita kasi padam semua huruf 'J' dalam semua sek keb..

Malas pulak nak cerita lelebih...ringkasnya aku rasa aku sokong penghapusan sekolah vernakular ni...apa apa alasan yang bangsa tu bagi cuma sekadar alasan aje...

Cuma bagi aku...orang yang berdegar degar nak buat debate atau nak hapuskan sekolah vernacular ni berani ke...berani ke...
Aku tak rasa Ada yang berani sama Ada Dari BN mahupun PR..
Bila dua dua pihak simpan telur dalam isu ni...secara automatic macam ada satu bentuk persetujuan yg sebulat suara..padahal org melayu x setuju pun dgn sekolah ala ala rasist ni...
Dan aku rasa mereka TAK BERANI...
Eh macam mama Ada manifesto Pru 13 plk ni...

Selasa, 7 Oktober 2014

Oktoberfest - ayuh kita tentang kemungkaran ini

salam dari : Kepale dan Kelape

Kepale dan kelape ingin menyatakan pendirian menyokong pihak yang menyatakan penentangan terhadap enganjuran program yang mempromosikan arak ini.

Walau APA alasan pun...bagi Kepale dan kelape adalah tidak wajar dipromosikan secara besar besaran tambahan pula di selitkan dengan rantaian promosi kemungkaran yang lain..

Kepale Dan Kelape setuju dengan Abim. Umno Selangor Dan seorang AJK Pas pusat yang menentang promosi Oktoberfest ini...

Saya mohon lebih ramai pagi pemimpin Islam di Malaysia ini menyatakan penentangan ini...






tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...