Ahad, 5 Januari 2014

Darah korang tetap halal

salam dari : Kepale dan Kelape

Maka bermati-matian la Tuan Tan Sri Mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria) mempertahankan kenyataannya yang menghalalkan darah para demonstran kerana dikaitkan dengan golongan Bughah.
Berbagai bukti yang cuba diketengahkan oleh Tuan Tan Sri Mufti Perak (TTSMP) bagi menyokong kenyataan yang telah diwar-warkan disamping menggunakan ayat ayat Al-Quran..




Dengan penemuan beberapa bilah parang dan bom buatan sendiri, TTSMP dengan segera menggunakan penemuan itu untuk mengukuhkan kenyataan menghalalkan darah bangsa yang seagama dengannya sendiri..Aku tak berani nak menentang apa yang terkeluar dari lidah sang Mufti..tapi agak agak korangla, dengan bersenjatakan tujuh lapan bilah parang mampu ke nak gulingkan kerajaan?...balai polis pon belum tentu bercalar.... tang bom buatan sendiri  lak..rasa2 aku, polis dah buat kenyataan bahawa bom tu takde kena mengena dengan gerakan guling kerajaan...

Sebagai seorang agamawan TTSMP tak dapat lari dari penggunaan ayat Al-Quran. Beliau memetik  surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; ‘Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’

tang ayat Al-Quran ni aku tak berani nak tafsir sendiri..biarla mereka yang arif dalam ilmu tafsir buat ulasan... Tentu ada ulasan dan hujjah-hujjah yang bernas boleh diketengahkan berbanding tafsiran dari TTSMP..

NAmun apa yang malang sekali bila ada puak yang mula mempersiapkan diri nak menumpahkan darah yang dihalalkan tu... dikut cara cakap (seperti yang tersbar di lama sosial) macam dia seronok pulak nak membunuh orang.. nak tergelak pun ada bila baca post di wall laman sosial mereka (dalam hati aku, nak bnh kucing pun belum tentu sampai hati)..

Alhamdulillah takde pendemo yang kena sembelih..kalau tidak,...mau ke TTSMP bertanggungjawab?

Sabtu, 17 Ogos 2013

Jawatan Kosong Kopek Pisang

salam dari : Kepale dan Kelape




Sebuah akhbar di Singapura melaporkan seorang lelaki mengiklankan jawatan kosong untuk diisi di Facebook. Iklan  yang menarik dengan gaji yang agak lumayan ini telah mendapat beribu-ribu 'like' dari pengguna laman sosial itu. Tidak kurang juga yang meragui kesahihan iklan itu..

Apa yang menarik ialah jawatan yang ditawar ialah pengupas Pisang...heheheheh...patut la ramai yang tak percaya.

tambahan pula gaji yang ditawarkan  adalah sekitar S$40 dan S$50 atau lebih kurang RM100 dan RM130 sehari...sehari tu ... Lumayan


Wartawan dari Singaporean Daily telah menghubungi pemilik iklan itu dan mengesahkan bahawa pegiklan itu adalah pemilik gerai Pisang Goreng yang memerlukan pembantu ......

hahaha...loaded mamat Alan Lee si penjual Pisang goreng ni...

ada sesiapa yang minat?...keje senang jeee

Khamis, 15 Ogos 2013

KAMI KUTUK PEMBUNUHAN DI MESIR

salam dari : Kepale dan Kelape

Salam buat pembaca sekelian....

Hari ini telah berlaku kejadian yang amat mendukacitakan di bumi Mesir dimana kerajaan kudeta tentera Mesir telah melakukan gempuran yang menyebabkan lebih 2000 peserta perhimpunan terkorban menurut sumber Ikhwan.


Selain dari jumalh korban yang tinggi, turut didakwa lebih 10000 orang telah mengalami kecederaan dan angka-angka ini mungkin meningkat sekiranya tiada tindakan yang pro aktif diambil..

Video keganasan di Mesir



serangan itu juga turut mensasarkan jurugambar dan wartawan yang berada di lapangan. ini dapat disaksikan apabila beberapa orang petugas media turut terkorban..

Turut terkorban ialah Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, anak perempuan kepada pemimpin kanan Ikhwan Muslimin.


Di Iskandariah sekarang; sejurus selepas serangan di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah. Solidariti terhadap saudara mereka di medan-medan Kaherah

Tidak cukup dengan itu, pihak tentera juga membakar hospital lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang menempatkan jenazah  penyokong Morsi dipercayai untuk melupuskan bukti pembunuhan..

Bagi Kepale dan Kelape apapun alasannya kejadian membunuh seperti ini adalah diketogerikan sebagai kejamm... apatah lagi dengan jumlah yang mencecah ribuan jiwa...ditambah lagi dilakukan oleh mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyatnya sendiri

Kekecewaan Kepale dan Kelape terhadap apa yang belaku ini sebenarnya telah bermula sejak Morsi mula digulingkan lagi...


Maka pada hari ini, biarpun tidak ditatap, tidak didengar,tidak dibaca, tidak dipeduli malah jika tidak dihirau oleh sesiapa pun didunia ini Kepale dan Kelape...

 MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA 


tindakan rejim kudeta tentera haram di Mesir yang menyembelih Rakyatnya sendiri

Rabu, 14 Ogos 2013

Idris Jala usul Jual MAS

salam dari : Kepale dan Kelape


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata kerajaan patut keluar dari industri penerbangan dengan cara menjual pegangannya dalam syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).



Beliau yang merupakan mantam CEO MAS bagaimanpun mengatakan syarikat tersebut tidak harus dijual pada harga yang rendah. Itu kata beliau yang pernah satu ketika dulu 'mengusulkan' kebangkrapan Malaysia hingga dilaung-laungkan berulang kali oleh para pemimpin..



itu kata dia...
ini pulak kata Mohd Noor

"MAS masa mula ditubuhkan dulu, setelah berpecah dengan Singapore .... dari satu syarikat MSA ... berjaya meningkat hingga terkenal keseluruh dunia dengan "WING OF GOLD", lalu menggunakan lambang 'wau bulan' .... dan berjaya membeli sebidangn tanah lalu didirikan sebuah bangunan ... tapi bila 'pakar KOPERAT-KEPARAT' mula menyelanak, MAS mula lingkup, lepas itu Idris jalal ambik alih, kerja pertama beliau, jual bangunan MAS, istihar MAS untung, atas jualan Bangunan .... kemudian semakin lama semakin rugi dan terus rugi .... mana tak rugi, orang berniaga menambah untung, ini berniaga, makan modal ..... dan kini orang yang sama (menjual bangunan MAS), mencadangkan supaya MAS dijual pulak ..... teman kene tanya pengerusi pertama MAS, yang membangunakan MAS hingga menjadi 'WINGs OF GOLD" ... nak tengok, dia nak kata ape .... menangis ke, senyum ke, takat ngeleng kepala ke ... tengok dia nak kata apeeee ... nengokkan penyangak dan penyamun, menyamun "WINGS OF GOLD" yang dibangunkan selama bertahun tahun sejak 'pecah dua dengan Singapore' dari MSA ...."


Sapa plak Mohd Noor ni..entah la aku pun tak tau...Aku kopipes dari ruangan komen Malaysiakini jek..

aku pulak kata..

"sebenarnya MAS masih ada sokongan rakyat"






Selasa, 13 Ogos 2013

HARAPAN UNTUK MORSI KEMBALI MEMERINTAH

salam dari : Kepale dan Kelape


HARAPAN UNTUK MORSI KEMBALI MEMERINTAH SEMAKIN CERAH...

1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah.

2. Berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera :

a. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi.

b. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan.

c. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka.

d. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini.

e. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi.

f. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku.

g. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan.

h. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi.

3. Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera.


Namun sehingga hari ini, rakyat Mesir masih berterusan berhimpun sambil terus diancam oleh pihak berkuasa. Penunjuk perasaan terus berikrar akan berhimpun sehingga Morsi dibebaskan dan bersedia untuk Syahid...

YA ALLAH MAKBULKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI DENGAN MENGEMBALIKAN PRESIDEN MORSI MENJADI PEMERINTAH MESIR.

Sumber : Al Jazeera.
Ameen ya Rabbal Alameen

Ahad, 21 Julai 2013

Dr M kata: mereka berani hina Islam bila tak bersama BN ...Aku kata : mereka tak perlu hina islam ketika bersama BN

salam dari : Kepale dan Kelape

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, segelintir masyarakat semakin berani menghina Nabi Muhammad dan mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam berpuasa kerana mereka kini tidak lagi menyokong BN.


Dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, perkara seperti itu tidak berlaku kerana semua kaum di Malaysia menyokong BN.

Menurutnya, sebelum PRU13, BN menang dengan mendapat dua pertiga. Bagaimanapun kini, katanya, kaum Cina langsung tidak menyokong BN dan Melayu pula berpecah kepada tiga kumpulan.

"Kesan daripada PRU-13 berkait rapat dengan rasisme yang semakin menebal dan ia perlu diambil kira oleh semua pihak memandangkan masa depan negara tidak berapa baik kerana perkara ini. Kalau diperhatikan pemisahan antara kaum telah membuatkan kita semakin jauh sehingga sudah sampai ke tahap ada yang berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan.

"Kita sudah beri kebebasan apabila tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya, namun mereka semakin berani dengan menghina Nabi Muhammad SAW, mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam yang berpuasa dan sebagainya. Semua ini tidak pernah berlaku kerana dahulu semua kaum di Malaysia menyokong BN.

"Kita menang dengan kelebihan yang tinggi melebihi dua pertiga tetapi kini oleh kerana orang Cina langsung tidak menyokong BN manakala orang Melayu pula berpecah tiga kumpulan, maka kita lihat kerajaan yang didirikan sekarang tidak mendapat sokongan yang mencukupi," katanya dalam wawancara itu.

Mahathir dilapor berkata demikian berikutan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang ditahan kerana mempersendakan umat Islam dan Ramadan dengan mengetengahkan bak kut teh (sup babi) sebagai juadah berbuka puasa melalui gambar di Internet.

Tan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Lee di Penjara Kajang.


 Aku kata pulak mereka tak perlu hina Islam masa bersama BN sebab orang yang teraju BN sendiri dah hina Islam... Malas nak ungkit ungkit dalam bulan ramadan ni pasal sokong budak melayu masuk ratu cantik la..pasal hina janggut nabi la..ahhh macam macam lagi la

gambar takde kena mengena

Ahad, 16 Jun 2013

Hantu Micheal Jackson dakwa kematiannya kerana kemalangan kata bekas bini Lionel Richie

salam dari : Kepale dan Kelape






MICHAEL Jackson’s death has been declared an accident — by his own GHOST, a court heard.

Jacko, 50, was said to have told Lionel Richie’s ex Brenda that he inadvertently killed himself.
The claim was revealed in LA by Randy Phillips of gig giants AEG — blamed by Jacko’s family for the Thriller star’s demise.
They are alleging negligence and blame the company for hiring doctor Conrad Murray — since jailed for giving Jackson a fatal sedative overdose in 2009.


Read more: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/showbiz/4969632/michael-jacksons-ghost-says-conrad-murray-is-innocent.html#ixzz2WIjeuJAL


Michael Jackson


Read more: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/showbiz/4969632/michael-jacksons-ghost-says-conrad-murray-is-innocent.html#ixzz2WIjouHLF

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...