Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pemilihan Wee Jeck Seng - bekas anggota parlimen Tanjung Piai selama dua penggal - dalam PRK kali ini adalah keputusan yang tepat.
“Kita bersatu hati, tenaga, fikiran dan kerja sebagai satu pasukan Muafakat Nasional. InsyaAllah pilihan tepat adalah saudara Wee jeck Seng.
“[...] dia pun cakap InsyaAllah akan buat yang terbaik. Jadi kita jawab Alhamdullilah. Kita dalam Muafakat Nasional cukup komited apabila putuskan Wee sebagai calon kita," katanya ketika berucap di bangunan Umno Pontian selepas penamaan calon selesai.
Zahid berkata lagi, jentera BN sebagai pembangkang tetap bersemangat meraih undi walaupun kerajaan kini dilihat memberi banyak peruntukan di kawasan itu.
“Tidak kira sama ada Melayu Cina India, beliau (Wee) adalah pemimpin yang baik. Walaupun peruntukan kerajaan mencurah-mencurah kepada Tanjong Piai. (Pengundi) terima tapi undi beri kepada saudara Wee Jeck Seng,” katanya lagi.
Turut berada di pentas ialah Wee Jeck Seng dan Presiden MCA Wee Ka Siong.
Wee merupakan anggota parlimen Tanjung Piai sejak 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Md Farid Md Rafik pada PRU lalu, dengan perbezaan 524 undi.
Dalam pada itu Zahid berkata PRK ini adalah ujian pertama untuk menunjukkan Muafakat Nasional yang dimeterai Umno dan PAS pada September lalu tidak mengenepikan agama dan kaum lain.
"Muafakat Nasional ini diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Kita lihat rakan (dari PAS) dari peringkat pusat, negeri dan kawasan, ini tanda komitmen PAS," katanya lagi.
Wee bakal dicabar calon PH Karmaine Sardini yang juga Ketua Bersatu Tanjung Piai dan empat calon lagi, iaitu Wendy Subramaniam (Gerakan), Dr Badrulhisham Abdul Aziz (Berjasa), serta dua calon Bebas Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Ab Ghaffar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh kempen selama 14 hari bermula hari ini dengan tarikh mengundi pada 16 November. Pengundian awala akan dijalankan pada 12 November.
Untuk rekod, PRK Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRU ke-14.
Harga runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM2.56 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Nov.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.26 seliter dan RM2.33 seliter.
“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.
Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 2 hingga 8 Nov adalah berjumlah RM86.25 juta.
Masyarakat Cina mempunyai negara China untuk mendapatkan perlindungan, sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka.
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, tindakan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ‘membela’ nasib peniaga-peniaga Cina di Petaling Street, baru-baru ini, telah membuktikan perkara tersebut.
“Ini adalah satu mesej yang jelas, bahawa bangsa Cina ini mempunyai tempat untuk mengadu dan membela nasib mereka, selain daripada Malaysia.
“Mereka mempunyai tanah atau negara asal mereka di Tanah Besar China dan jika apa-apa berlaku ke atas mereka, mereka masih ada tempat untuk bergantung harap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Huang sebelum ini dilaporkan sebagai berkata: “China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi kaum dan ekstremisme.”
Kenyataan itu jelas merujuk kepada ancaman sebuah kumpulan yang pernah bercadang mengadakan perhimpunan di Petaling Street, pada Sabtu lalu.
Malah, Dr Huang turut memberi amaran, Beijing tidak gentar menyuarakan pandangan mereka terhadap insiden yang boleh mengancam kepentingan negara, melanggar hak rakyat dalam menjalankan perniagaan atau menjejaskan hubungan Malaysia-China.
Bagaimanapun kata Jamal, ia berbeza dengan bangsa Melayu yang tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung selain daripada negara ini.
“Kepada anak bangsa Melayu, sedarlah bahawa tanah bumi Malaysia ini adalah hak kita. Kita perlu menjaga dan mempertahankan setiap inci tanah melayu ini.
“Jadi, ayuhlah kita bangkit dan bersatu atas nama Melayu dan Islam, untuk menjaga tanah tumpah darah kita ini daripada sebarang ancaman dan eksploitasi yang nyata atau tersirat.
“Inilah satu-satunya peninggalan pejuang-pejuang serta nenek moyang kita yang tidak ternilai harganya, yang perlu kita jaga sebaik mungkin,” ujarnya.
Komen:
Tadi saya pergi kedai hardware more milik cina.. Aku tanya satu barang...tokey cina tu kata barang tu buatan China ..tak bagus maaa...low quality..
Aku berseloroh kata cina memang mcm tu...asik nak membelit jer...sambil tersengih..alhamdulillah dia faham aku bergurau..
Haiyaaa..saya bukan orang China maaa..saya Malaysian.. Dia tersengih bangga sambil ditertawakan oleh pekerja melayunya...