Rabu, 27 Februari 2013

Himpunan komen BN terhadap Manifesto PR dalam sehari

salam dari : Kepale dan Kelape

BERIKUT ADALAH ANTARA KOMEN PENYOKONG/PENCACAI TEGAR BN TERHADAP MANIFESTO PR YANG DIBENTANGKAN


1...(JANJI KOSONG)

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, ini kerana pakatan pembangkang telah sekian lama dikenali dengan menjanjikan pelbagai jaminan dalam manifestonya namun hakikatnya kebanyakan manifesto adalah ibarat tin kosong yang tidak mempunyai sebarang isi kandungan.
"Manifesto pembangkang adalah semata-mata gimik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dari dulu dia (pembangkang) cakap tapi tak pernah buat. Kita boleh tengok contohnya di Selangor, masalah jalan rosak, longkang tersumbat, banjir dan sebagainya.


Datuk Maglin Dennis D'Cruz


2.....(JANJI KOSONG)

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, rakyat diminta tidak mempercayai manifesto pakatan pembangkang kerana terbukti mereka tidak menunaikan janji kepada rakyat.
"Rakyat jangan percaya manifesto yang mereka lancarkan itu. Dulu di Selangor mereka kata manifesto (pada PRU-12) bukan janji, tetapi mahkamah buat keputusan janji dalam manifesto boleh dibicarakan kerana manifesto adalah suatu janji kepada rakyat," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi

3.....(JANJI KOSONG)
Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.
Beliau berkata, kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili 

4..... (JANJI KOSONG)

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama 'tanam tebu di bibir mulut' (tanam tebu di tepi bibir).
"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di sini malam tadi.

Datuk Seri Noh Omar

5.....(JANJI KOSONG)

Manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan hari ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai siri terbaharu 'janji kosong' yang dirangka khusus oleh parti itu untuk mengaburi mata rakyat.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, beliau yakin manifesto itu tidak akan dilaksanakan oleh pakatan pembangkang jika mereka memegang tampuk pentadbiran negara.

Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed

errrrr.... banyak lagi rupanya...ni cuma dipetik dari akhbar utusex....eh utusan...
malah petikan dari dalam utusan sendiri pun tak larat nak nak  buat....
apa-apa pun semua ulasan ni sebenarnya dah dijangka dan benda yang wajib dicakap ialah

"INI SEMUA JANJI KOSONG"

hahahhahahahahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...