Sabtu, 21 Jun 2014

Pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara akhirnya ditutup..

salam dari : Kepale dan Kelape

Jakarta..Sebuah kawasan yang terkenal dengan kegiatan pelacuran di Jawa Timur akhirnya ditutup buat selama-lamanya..tempat yang dinamakan  Kg Dolly di Surabaya itu cukup terkenal sebagai tempat lelaki hidung belang tidak kira lelaki tempatan mahupun berstatus antarabangsa melempiaskan nafsunya.

Dolly juga merupakan syurga bagi lelaki yang ingin mengambil khidmat wanita tetapi kononnya enggan menanggung dosa zina dengan melakukan nikah secara kontrak ( ini cerita yang saya dengar dari kawan-kawan yang pernah berkursus disana). Yang menariknya pernah diberitakan satu pertandingan musabaqah khas untuk pekerja-pekerja seks ini. menurut ceritanya juga tiada khidmat seks sepanjang bulan puasa..Wallahualam..semoga berjaya. beritanya dibawah:

Sebahagian penduduk Surabaya menandatangani ikrar untuk menjadikan kawasan mereka bebas dari aktiviti pelacuran


JAKARTA – INDONESIA. Pusat pelacuran terbesar Indonesia, Dolly, yang terletak di Surabaya, Jawa Timur ditutup selama-lamanya Rabu lalu.

Menteri Sosial Indonesia, Salim Segaf Al Jufri berkata, apa yang perlu dikekalkan di kawasan itu adalah sesuatu yang positif, lapor VivaNews.

“Jika tidak positif, maka tidak perlu untuk mengekalkannya. “Kami telah berusaha keras sejak dua hingga tiga tahun lepas bagi menangani isu ini," katanya.

Dalam pada itu, Salim turut memuji pihak berkuasa bersedia menutup kawasan Dolly yang bukan sahaja sebagai pusat pelacuran terbesar di Indonesia tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

Ekoran penutupan Dolly, satu perhimpunan dibuat di bangunan Pusat Islam di Surabaya dan dihadiri Gabenor Jawa Timur, Soekarwo; Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini, ahli majlis perundangan wilayah, golongan ulama, pelacur dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Dolly.

Perhimpunan yang diadakan itu turut disusuli perisytiharan oleh masyarakat tempatan yang berikrar untuk menjadikan kawasan itu bebas daripada pelacuran.

Perisytiharan itu dibuat secara hitam putih dan ditandatangani wakil-wakil penduduk tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...