KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Ahad, 15 Jun 2014

Fakta menarik tentang bolasepak yang aku baru tau....

salam dari : Kepale dan Kelape

Banyak fakta tentang bolasepak yang kita tidak perasan..Kita hanya minat main dan tengok bola jer..
Jom kita tengok fakta menarik tentang bolasepak yang mungkin kebanyakkan kita tak tau.



1. Pada abad ke 14, bolasepak telah diharamkan di England tetapi tahukah kita perlawanan bolasepak pertama yang berlangsung adalah di Derby England.

2. Percaya atau tidak, 80% bola diperbuat di Pakistan. Macam tak percaya pun ada.

3. Piala dunia pertama diadakan pada tahun 1930 yang dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu Uruguay. Fakta menariknya ialah penontonya hanya 300 orang!!

4. Pada piala Dunia 1950, pasukan India telah tidak dibenarkan bertanding kerana pemainnya berkaki ayam. 

5. Piala Dunia 1950, perlawanan antara Uruguay dan Brazil di stadium Maracana telah mencatatkan jumlah penonton teramai iaitu 199,854 orang penonton.

6. Dari tahun 1962 hingga 1996 piala dunia telah dimenangi oleh pasukan dari eropah dan amerika selatan secara berselang seli.

7. Pemain pertama yang dilayangkan kad merah ialah pemain Chile iaitu Carloz Caszely pada Piala Dunia 1974.

8. Seorang penyokong Manchester City telah di haramkan dari membawa ayam mati ke stadium kerana telah menghayunkan ayam melalui kepala sewaktu meraikan jaringan City.


9. Pasukan Liberia telah terselamat dari diPenjarakan selepas berjaya seri tanpa jaringan ketika menentang Gambia pada tahun 1980. Ketua Negara Liberia iaitu Master Sergeant Samuel Doe telah mengancan untuk memenjarakan seluruh pasukan sekiranya mereka kalah..

10. Pemain tengah Romania, Ion Radu telah dijual oleh pasukan divisyen kedua Jiul Petrosani kepada Valcea pada tahun 1998 dengan 500kg babi!!!?? (Worth about £1750).

heeehee...cukup la tu...banyak fakta lain sebenarnya..