Kebergantungan puak-puak lanun Sulu kepada tangkal azimat dan kepercayaan luar biasa terhadap ilmu kebal dan tok bomoh, menjadikan mereka seperti kaum yang cukup hebat dan berasa tidak boleh terkalahkan. Kepercayaan karut itulah yang memberikan keyakinan yang sangat menebal kepada mereka, kononnya mereka boleh menawan Sabah dalam tempoh dua jam sahaja.
Dan selama 23 hari, peluang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada lanun-lanun Sulu untuk menyerah diri dan meletakkan senjata, mereka sebaliknya bercakap besar dan menyatakan bahawa mereka akan terus berada di Sabah untuk selama-lamanya dan setiap inci Sabah adalah milik Kesultanan Sulu.
Lanun-lanun Sulu itu cuba menipu kononnya mereka masih Kesultanan Sulu yang berkuasa sedangkan Kesultanan Sulu telah lama 'dihilangkan' dan Sultan Sulu yang ada sekarang, tidak lebih daripada seorang Ketua Puak yang tidak mempunyai banyak kuasa dan daulat. Manakala yang gila hendak menjadi Sultan Sulu pula seperti Jamalul Kiram III, jumlahnya amat ramai.
Berbekalkan keyakinan kepada tangkal, azimat dan ilmu sihir, serangan dilakukan dan lanun-lanun Sulu itu berharap, Kerajaan Malaysia akan melayani mereka seperti orang mamai yang sedang kesurupan.
Hilang cakap besar dan hilang segala kehebatan tangkal, azimat dan jampi serapah. 61 lanun Sulu berjaya dibunuh oleh peluru dan bom pasukan keselamatan Malaysia. Manakala lebih 100 orang konco-konco lanun Sulu yang cuba menyamar sebagai orang tempatan pula, berjaya ditangkap dan ditahan tanpa seorang pun daripada mereka mampu menghalimunankan diri seperti yang sering dimitoskan kepada kaum Sulu dari Filipina itu.
Dan antara 61 mayat lanun Sulu terdapat satu mayat yang sebelum ini semasa hidupnya cukup terkenal dengan kehebatannya. Kononnya kebal sangat ler. Kononnya ilmu batinnya sangat tinggi, boleh meniti di atas daun, boleh menghilangkan diri dengan pantas, boleh menyelam di dasar laut berjam-jam lamanya dan pelbagai kehebatan yang lain.
Namun, kalau sudah ajal, menyorok dalam peti besi sekalipun, malaikat maut dapat mencarinya.
Nyawanya direntap berasbabkan peluru pasukan keselamatan Malaysia. Dan daripada seorang yang begitu dihormati oleh lanun-lanun Sulu, mayat si pawang tersebut akhirnya hanya mampu disorokkan di dalam gulungan permaidani sebelum ditemui oleh pihak keselamatan Malaysia.
sumber
-tranungkite-
at 3/18/2013 01:56:00 PTG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan