Tutorial ~ Bagaimana Untuk Menambahkan Kelajuan Broadband Yang Telah Sampai Limit
Cara ni aku temui pada sebuah blog, dan ternyata tutorial yang memang berkesan dan sangat berguna buat pengguna broadband macam aku.Terima kasih kepada orang yang menemui dan berkongsi cara ni..
Nak tahu caranya?Tunggu dulu..Sabar itu separuh dari iman... heehe..
Ok penerangan ringkas.Walaupun begitu, cara ini tidak akan berhasil pada setiap masa.Biasalah, line tenet ni adakalanya macam siput sedut tengah melintas walaupun quota penggunaan korang belum melebihi had.Namun demikian, pada masa talian bagus korang boleh mencuba cara ini dan lihat sendiri hasilnya..(Disarankan untuk broadband yang telah sampai limit penggunaan/quota.Kalau belum sampai x payah la, bagi habis la dulu quota tu...)
Baiklah tanpa membuang masa, korang pun aku rasa dah x sabar nak tahu macamana kan.Ikuti langkah-langkah yang aku berikan dibawah.
1. Klik 'Start' dan taip 'Run' pada ruangan 'search program and files'
2. Kemudian taip 'cmd' dan tekan enter.Command prompt screen hitam akan keluar
3. Kemudian pada comand prompt tersebut, taipkan perkataan berikut, 'ipconfig/all' dan tekan enter.
Maka akan keluar semua info berkaitan dengan ip, subnet, gateway dan dns korang.
5.Sekarang important part.Fokus untuk mencari dan identify description connection korang.Pastikan korang memilih description connection yang betul.Sebagai contoh, sekiranya korang pengguna maxis broadband, korang akan menemui perkataan 'maxis' pada connection tersebut.Setelah menemui connection tersebut, sila identify dan copy nombor gateway yang tertera pada pada connection tersebut.(sekiranya gateway korang hanya mencatatkan nombor 0, sila gunakan nombor yang terdapat pada ipv4 address korang)
6. Setelah berjaya menemui nombor gateway atau ipv4 yang korang gunakan, pada command prompt tersebut sila taip 'ping' kemudian diikuti oleh nombor gateway atau ipv4 korang diikuti dengan huruf '-t' dipenghujungnya dan tekan enter.Contoh 'ping 113.211.21.33 -t' (sila pasti terdapat jarak antara perkataan 'ping' dan nombor gateway/ipv4 serta dipenghujung sebelum huruf '-t')
7.Sekiranya berhasil, korang akan melihat proses 'ping' yang berulang-ulang pada comand prompt tersebut.Apa yang aku faham, melalui proses ini packet data yang dihantar ke talian korang akan dicukupkan dan disebabkan itulah kelajuan network korang akan bertambah.Selebihnya sila rujuk pada yang pakar..hehe..
Minimizekan kotak command prompt itu ke task bar dan biarkan proses 'ping' tersebut berterusan selama mana korang online.JANGAN close kotak command prompt itu, dan korang bolehlah mencuba keberkesanan cara tersebut.Buka youtube, ataupun try download sesuatu file yang bersaiz besar dari file sharing website seperti movie...
Aku copy paste jer laaa..jangan emo sangat kalau x jadi..nak tau copy kat mana... klik...
kredit untuk Tekok Beriuh
Aku copy paste jer laaa..jangan emo sangat kalau x jadi..nak tau copy kat mana... klik...
kredit untuk Tekok Beriuh
pergh berguna tol bnda ni tapi slow gak
BalasPadam