KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Selasa, 29 September 2020

KAMU CUMA ADA SEMINGGU JE ZAHID!!.... DATUK LOKMAN

salam dari : Kepale dan Kelape


Zahid diberi masa seminggu bertindak terhadap Bersatu

 

Usai Pilihan Raya Negeri Sabah timbul pula masalah lebih besar di dalam gabungan pemerintah.

 

Dilaporkan pemimpin-pemimpin Umno semakin tidak berpuas hati dengan tindakan membuli Bersatu terhadap parti itu yang dianggap keterlaluan sejak penamaan calon dua minggu lalu.

 

Memanaskan lagi keadaan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memberi tempoh masa seminggu kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar bertindak balas. Sekiranya gagal, maka kempen mengenepikan Zahid akan digerakkan dalam kalangan ahli Umno di seluruh negara.

 

"Tujuh hari dari sekarang, MP-MP Barisan Nasional kena ambil keputusan. Jangan tunggu lama-lama.

 

"Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim. Tuanku tak mahu menerima Anwar kerana baginda berada di IJN. Kita tak boleh buat apa, Tuanku tak sihat, kita kena tunggu Tuanku.

 

"Tetapi ahli Parlimen BN ada jalan keluar. Dalam bulan Oktober ini, akan ada sidang parlimen. Inilah masa sesuai kita kena pastikan, jangan kita sokong Belanjawan yang akan dibentang oleh Muhyiddin Yassin.

 

"Inilah masa yang sesuai untuk kita umumkan supaya kita keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ini kerana hari ini jelas kerajaan Muhyiddin membuli Umno," katanya dipetik.

 

Ketidakpuasan hati membuak-buak dalam kalangan ahli Umno selepas Bersatu enggan membenarkan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin dicalonkan sebagai Ketua Menteri. Umno menuntut kerusi Ketua Menteri selepas mendakwa berkorban melepaskan jawatan Menteri Besar di Perak dan Kedah, biarpun mereka memiliki kerusi paling banyak.

 

Di Sabah pula, menurut Lokman, Umno-BN tidak berupaya menang banyak kerusi kerana rakyat tidak yakin parti itu akan memerintah kerana meletakkan calon kurang daripada jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan, akibat kerjasama dengan Perikatan Nasional.

 

“Parti kecil membuli parti besar. Sampai bila kita hendak membiarkan kita dibuli oleh budak-budak ni. Cukuplah cukuplah.

 

“Itu sebabnya kalau Zahid berani membuat pendirian ini, kita wajar menyokongnya.

 

“Cukuplah kita menjadi lembu dicucuk hidung, cukuplah kita dijadikan balaci kepada PPBM. Cukup, cukup, cukup. Enough is enough,” kata Lokman lagi.

 

Menurut bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan era pentadbiran PM Najib Razak itu, Umno perlu kembali bangkit dan menolak untuk terus diperbodohkan Bersatu. Umno sebuah parti besar yang masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan orang Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan