Sabtu, 12 September 2020

Peng'cover'an kekecewaan.... Alahaiiii

salam dari : Kepale dan Kelape

Ketawakan Pas itu senjata orang kalah. 

Ini bukan kena kencing menganjing lagi ni... Ini dah masuk kategori mandi pancuran air kencing agaknya... Choii

 PAS menempelak kembali pihak yang mentertawakannya selepas gagal mendapat sebarang kerusi daripada sekutu mereka untuk bertanding dalam pilihan raya Sabah.

Menulis di Facebook, PAS berkata jangkaan parti parti itu akan “memberotak” telah tersasar.

“Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” katanya.

“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan.

“PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah.

“Saya hadir berkempen, Insya-Allah,” katanya yang mengaku berdukacita tetapi berlapang dada

“Ada yang mentertawakan PAS.

“Ya, itulah senjata orang yang gagal,” kata Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PAS berhasrat bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak langsung mendapat laluan di negeri itu.

Presidennya Abdul Hadi Awang semalam berkata mereka memberi laluan kepada sekutunya bagi mengelakkan pertembungan calon

Menulis di Facebook, PAS berkata jangkaan parti parti itu akan “memberotak” telah tersasar.

“Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” katanya.

“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan.

“PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah.

“Saya hadir berkempen, Insya-Allah,” katanya yang mengaku berdukacita tetapi berlapang dada

Jumaat, 11 September 2020

Tergamaknya kamu....

salam dari : Kepale dan Kelape

Kenapa PN,BN dan MN tergamak dan sampai hati mengaibkan dan memalukan Pas sebegini rupa?



NIZAM AKA

Image may contain: 2 people, text that says "Selepas tak dapat kerusi di Sabah, pemimpin Pas luah perasaan PRN Sabah: PAS nak bertanding 10 daripada 73 kerusi SELASA, 8 SEPTEMBER 2020 @ 9:30 AM . September 10, 2020 9:54 pm PRN Sabah: Pas tiada masalah guna simbol BN -Hadi Ahmad Fadhli Bin Shaari mins Facebook Android Follow … Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.. mkk MalaysiaGazette® Tak Dpt Nk Bayangkan Bgaimana Perasaan Sahabat Kita,Pas Bila Diaib Dan Dihina Sebegini Rupa Oleh Rkn2 Dlm PN/MN? Tumpang Simpati.. BERITA PAS tak dapat jemputan ke majlis pengumuman calon PN dan BN"


Sedangkan dgn sokongan wakil-wakil  Pas lah ramai wakil-wakil  dari Bersatu,Umno dan Bn dilantik menjadi menteri dan tim menteri?Malah ramai yang dilantik menjadi pengerusi GLC..Maknanya mereka mendapat isi,sdangkan Pas hanya mndapat kuah..Bukan main lagi Takiyuddin maklumkan yang Pas akan brtanding 10 kerusi dalam PRN Sabah..Malah,Taki dalam persediaan untuk umumkan Dun yang bakal pas bertanding..TGHH pula sanggup merendahkan nama Pas dengan memberi kesanggupan menggunakan dacing BN..Semuanya nampk happy dan semangat..

Tiba-tiba pd hari ini,kesemua parti-parti yang bernaung di bawah PN bersama Pas mndapat seat untuk bertanding,tapi malangnya Pas tak dapat walaupun 1 kerusi..Lebih malang lagi,wakil Pas tak dijemput pun untuk hadir dalam majlis pengmuman calon tersebut.. Rasa kecewa,sakit hati,malu dan rasa terpinggir itu diluahkan oleh MP Pas  Pasir Mas..Jelas,Pas seolah-olah tiada nilai dan tiada harga dalam PN dan MN..

Kapada rakan-rakan dalam Pas,kamipun tumpang sedih dan rasa simpati atas penghinaan kepada Pas itu..

Khamis, 2 Januari 2020

Sayonara kasar buat Maslee Malik

salam dari : Kepale dan Kelape

BUNYI KASAR...TAPI ANDA BACA.



Padan muka kau maszlee!

Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!

Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!

Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor,  ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!



Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu,  menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak.  Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.

Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.



Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pgetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.

Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.

Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?

Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong  dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.

Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan.. 
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. :(

Ibnu rijal

Sabtu, 14 Disember 2019

Hasrat Dr M berkuasa lebih lama terbatut?....hmm

salam dari : Kepale dan Kelape

HASRAT MAHATHIR BERKUASA LEBIH LAMA TIDAK DITERIMA?



Sehingga ini belum ada mana-mana pemimpin utama PH tampil bersuara menzahirkan sokongan terhadap pengumuman Tun Mahathir Mohamad mahu melewatkan lagi tarikh peralihan kuasa sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020.
Baik daripada kalangan PKR, DAP dan Amanah, semuanya masih senyap seribu bahasa.
Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin daripada Bersatu sendiri, di mana Tun Mahathir adalah pengerusi parti itu juga tidak ada yang tampil menyokong pengumuman tersebut.
Kebiasaannya, sebarang perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, lebih-lebih lagi berkaitan perlanjutan jawatan, mudah saja mendapat sokongan, terutama daripada golongan pengampu, pembodek dan penjilatnya.
Ikut logiknya, inilah masa paling sesuai untuk mereka membodek dan mengampu Perdana Menteri serta selepas itu bolehlah menuntut apa-apa yang perlu seperti kontrak, jawatan, kedudukan dan sebagainya.
Tetapi, mengapa tidak ada yang melakukannya?
Kenapa semua orang masih diam membisu dan senyap membatu daripada mengeluarkan kenyataan menyokong?
Apakah Tun Mahathir sudah ketiadaan pengampu, pembodek dan penjilatnya?
Apakah makna semua ini?
Apakah ini bermakna majoriti pemimpin PH, termasuk daripada Bersatu, sebenarnya turut tidak setuju dengan hasrat Tun Mahathir itu dan mereka segan untuk menzahirkannya secara terbuka, takut-takut kalau Perdana Menteri tertua itu terasa hati jika mereka berterus-terang mengenainya?
Kalau setuju, kebiasaannya tentu sudah ramai yang mengeluarkan kenyataan memberi sokongan, malah berlumba-lumba melakukannya.
Fahamkah Tun Mahathir isyarat ini?
Begitu pun, melalui perbualan umum di mana-mana dan menerusi luahan di media sosial, ternyata hampir 90 peratus netizen tidak setuju dengan apa yang diumumkan oleh Tun Mahathir itu.
Mereka merasakan, jika dalam tempoh 19 bulan ini pun tidak banyak perubahan mampu dilakukan oleh Tun Mahathir dalam memberi lebih kesejahteraan kepada rakyat dan menjadikan keadaan negara bertambah baik, memberinya tempoh lanjutan enam bulan lagi hanya menjerumuskan kerajaan kepada kedaaan yang lebih bahaya lagi.
Tambahan lagi, dengan adanya gesaan Lim Kit Siang agar kerajaan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun menunaikan janji manifesto, ia juga adalah petunjuk bahawa tempoh 19 bulan selama ini tidak banyak menunjukkan kemajuan dari segi memenuhi kehendak rakyat.
Untuk itu kata mereka, tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri dan menjelang Mei 2020, peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, tidak dapat tidak, mesti dilakukan.
Sekurang-kurangnya dengan Perdana Menteri baru mengambil alih teraju negara, harapan kepada perubahan positif itu lebih diyakini berbanding Tun Mahathir yang sejak 19 bulan lalu ternyata gagal melakukan sesuatu yang berkesan.
Satu-satunya kejayaan Tun Mahathir sejak 19 bulan lalu, hanyalah daripada sudut politik dengan menjadikan banyak parti yang dilihat mengancam kedudukannya seperti PKR, DAP dan UMNO, sentiasa bergolak dan hampir berpecah.
Tetapi, kerana beliau sudah terlalu tua, kudrat terbatas, partinya sendiri tidak kuat dan tiada orang sekelilingnya yang betul-betul seperti Megat Junid Megat Ayob, Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin, semua perancangan politiknya nampak mudah dibaca dan sangkut di tengah-tengah jalan.
Ohhh…cukup-cukuplah Tun!! (ShahbudinHusin 14/12/2019)
CnP wlrl

Rabu, 11 Disember 2019

Usaha terbaharu tubuh Kerajaan pintu belakang?...Jeng jeng jeng

salam dari : Kepale dan Kelape

PERCUBAAN TERBARU MENUBUHKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG



Ini maklumat yang Tulang Besi dapat:

1) Kesemua Ahli-ahli  Parlimen yang dikatakan terlibat sudah diarahkan membatalkan apa-apa hasrat untuk keluar negara sehingga akhir tahun ini.

2) Presiden sebuah parti yang terlibat ini sepatutnya pergi ke Turki semalam tapi telah membatalkan hasrat beliau dan membatalkan pemergian beliau secara mendadak

3) Ahli-ahli  Parlimen dari UMNO dikatakan ramai yang terlibat memandangkan pihak yg menjadi tulang belakang usaha ini mampu menjanjikan projek yg berpuluh-puluh juta dalam kawasan parlimen mereka seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221416520832595&id=1537004309

4) Di katakan ada 3 orang MP dari golongan oren juga terlibat dan 3 orang dari parti roket. Dari parti mata dikhabarkan ada 15 orang.

5) Dikhabarkan kesemua ahli2 parlimen ini akan akan diagkut ke Istana Negara dan secara otomatik kerajaan PH akan bubar digantikan dengan kerajaan Melayu.

6) Perdana Menteri tidak bertukar tapi Timbalan Perdana Menteri akan bertukar.

7) Semua ini.akan berlaku dalam bulan Disember ini sebagai langkah terakhir yang terdesak untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri

8) Selain dari nama-nama yang kita sudah maklum, kali ini.usaha ini dijuarai oleh daulah terpendam

9) Selepas berlaku pertukaran kerajaan, AG akan dipecat serta Anwar dan Rafizi akan masuk penjara

Mari kita sama-sama doakan supaya usaha jahat ini gagal

Mari kita berbuat Qunut Nazilah ke atas konspirator-konspirator laknat ini yang berbuat ini semata2 mahu mempertahankan amalan mereka merompak hak rakyat dan orang Melayu.

TULANG BESI

C&P

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...