Khamis, 20 Disember 2012

Utusan pun dah tak konfiden dengan Zam

salam dari : Kepale dan Kelape

Akhbar Utusan Malaysia versi dalam talian tidak perlu menarik balik rencana tulisan bekas ketua pengarangnya, Tan Sri Zainuddin Maidin tentang mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie, kata bekas ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Menurutnya, orang ramai perlu membaca rencana itu bagi mengetahui perkara sebenar yang ditulis oleh Zainuddin Maidin atau dikenali sebagai Zam.

NONE"Saya pun hairan kenapa artikel asalnya ditarik, dipadamkan, sepatutnya tidak," kata Azman di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka pagi tadi.

"Orang ramai nak baca, setelah SBY (Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono) merungut, apa sebenarnya yang Zam tulis?" kata Azman sewaktu ditanya tentang sikap yang perlu diambil Utusan dalam kontroversi berkenaan.

Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' diterbitkan Utusan pada 10 Disember lalu di mana beliau menyifatkan Habibie dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme"

Susilo semalam menyifatkan tulisan itu sebagai tidak wajar, tidak beretika, dan menjejaskan hubungan baik dua negara.

Menurut Azman, beliau percaya Susilo memberi reaksi begitu kerana latarbelakang Indonesia yang mempunyai semangat kebangsaan yang kuat. 

NONEBeliau juga percaya Susilo tidak senang apabila Habibie disamakan dengan Anwar.
  
"SBY menyifatkan satu penghinaan kepada bekas presiden Indonesia kerana dia diletakkan satu bakul dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Pandangan Azman disokong seorang lagi ahli forum, Profesor Ahmad Murad Merican.

"Artikel itu tidak salah walau apa-apa senario politik (sekali pun). Itu hak penulis dan juga tidak semestinya mewakili Utusan," katanya bercakap di forum yang sama.

Bagaimana pun, beliau menasihatkan agar penyiaran tulisan itu perlu mengambil kira hubungan baik Malaysia dan Indonesia yang perlu dipelihara.

"Jadi dalam konteks ini dari segi etikanya penyiaran artikel itu mungkin editor perlu berhati-hati bagaimana artikel itu disiarkan, di mana ia disiarkan juga penting, headline (tajuknya), itu pun penting dan ada impak kepada pembaca.

"Perkara ini boleh kita perbaiki dalam konteks menjalin perhubungan antara negara kita dan negara luar," katanya.

baca lagi kat sini 

sumber Malaysiakini

Rabu, 14 November 2012

Cekal hati seorang bapa


salam dari : Kepale dan Kelape

hari ini kita mencritakan sedikit tentang kehidupan yang dilalui oleh seorang bapa yang pekerjaannyya sebagai penarik beca. Kisah kepayahan hidup penarik beca sering dipaparkan sebagai lambang kesengsaraaan hidup di kota yang mencabar.



Namun  di India seorang penarik beca bernama Bablu Jatay menunjukkan kesungguhan sebagai seorang Bapa apabila terpaksa mengendung anak semasa menjalankan kerjanya. Beliau yang kehilangan Isteri semasa melahirkan bayi tersebut tidak mampu menggaji orang untuk menjaga malah beliau dikatakan tiada sedara mara...



INSAF...





Isnin, 5 November 2012

Lepas Hina Islam, Bukan nak mintak maaf..cuma cover sikit2 jer

Post kali ni nak ulas pasal cina Chua . (orang johor dulu2 panggil nama orang cina dimulakan dengan perkataan cina, contoh kalau cina tu jual ayam dipanggil Cina Ayam. kadang2 panggil je nama diaorang tapi tetap ada awalan Cina macam cina Chua ni)...

Kalu masih ingat PRK kat Johor dulu, masa tu Cikgu Mala jadi calon Pas...si Cina Chua ni la yang kutuk Cikgu sebab x nak salam dengan dengan lelaki...siap cakap "if you can accept this kind of islamic value, go ahead and vote for Pas..." makna nya dia x blh terima islam la tuu... tak hina islam ke tu?

Lama lepas isu tu, Cikgu Mala pon dah kalah, ada pulok mamat Umno (adun) yang gatal2 cadang nak laksana kan Hudud kat Johor....Aku setuju sangat la tu..lagipon apa guna orang johor belajo kitab Mutaal Badrin dalam bab Jenayat kat sekolah agama bertahun2 kalu sekadar amik tau jer..(antara ayat dalam kitab tu yang selalu didengar 'adapon ini adalah fasal yang menyatakan hukum hadddd...).komplit cerita pasal hudud kat kitab tu.. tapi tup tup Cina Chua ni cakap "the Umno adun have run out of idea and out of his mind to prpose Hudud..bla bla.".senyum jer orang Umno...pada aku itu menghina la tu..bila tanya kat alim  umno dia kata cina tu kapir, bukan tau apa2 pon (masalahnya bila pemimpin islam dia cakap x de hudud dalam Al-Quran , dia kata jangan tanya pemimpin tu sebab dia x tau mendalam sangat pasal islam)..huk2..


Biarkan..biarkan ..agaknya kata Umno...ingat dah abis dah ..tup tup masa perhimpunan MCA berdentum lagi citer pasal hudud (citer baru malas nak ulang)..lagi macam macam dia kata sampai ada orang dia kata Tok Guru suruh rogol orang..ehhhh macam tu pun ada juga orang Islam yang baking..Cina Cua ni la pelontar hinaan ni...Alim Umno diam jer...lepas kena perli kaw2 baru la ada kenyataan dari Mufti yang tu... (masa Karpal Singh cakap dulu..hari ni cakap semalam dia dah entam..huhuu)


agaknya sedar kiri kanan dah mula panas,.. surat kabo semalam, Cina Chua mula pusing cakap lak...dia cuma tolak Hudud Pas (lapik cakap cam orang Umno jer )..piiiirah..masa Adun Umno cadang nak buat Hudud ko cakap apa?..nak cover konon..itupon orang Umno yang ajar macam mana nak cover..klik sini
Orang Umno x sedar ker cina ni dah hina Islam kaw2 punya..larangan bersalam dengan bukan muhrim bukan larangan pas, negara mundur yang laksanakan Hudud pon bukan guna hudud Pas.. yang tepat sekali HUDUD itu BUKAN ciptaan Pas!!!!(kebanyakkan orang johor tau ni)

ingat la bro... Tanah ini Tanah Melayu..kami dah Share, malah PKR offer share yang lebih baik lagi..cukup la kau dah hina melayu.
Islam kami, kami nak share kau x mau..takpe kau amalkan agama kamu..kami x kacau... takpe.
Tapi....Jangan Hina Islam Kami!!...yang ni x ble takpe takpe..mind your language..

Sajer aje aku itamkan muka CSL..takut blog ni jadi jatuh hukum najis lak.

salam dari : Kepale dan Kelape


Rabu, 17 Oktober 2012

KENAPA SEPARUH MASA DALAM PERLAWANAN BOLASEPAK BERLANGSUNG 45 MINIT?

salam dari : Kepale dan Kelape

Kenapa perlawanan bola sepak berlangsung selama 45 minit.. kenapa tak 30 minit? kenapa tak cukupkan jer sejam?....

persoalan ini telah lama dibangkitkan dan takde yang dapat menyatakan jawapannya dengan meyakinkan .... samada dari pemain baru mahupun pemain veteren..malah refree pun blur nak jawab...


sebenarnya kini persoalan ini telah terjawab dijawab oleh ahli sejarah yang mengkaji dengan teliti sejarah bolasepak ni...jawapan yang agak meyakinkan....

jawapannya begini... dalam permainan bolasepak setiap pasukan terdiri dari 11 pemain, jadi dalam padang ada 22 pemain.. dimana setiap pemain masing2 membawa 2 biji 'bola' sendiri...
jika dikira terdapat 44 bola yang dibawa oleh setiap pemain... campur satu bola yang disepak dan direbut jadila 45 biji bola...jadi masa yang diambil dalam separuh masa dikira pada jumlah bola yang kat padang...heeheeee

kadang2 ada masa tambahan 2 minit...itu adalah diambil dari bola yang dibawa oleh refreee...
kadang2 sampai 6 minit macam ATM lawan Lion12 ari tu dikira bola linesman sekali..heeee


Isnin, 8 Oktober 2012

SEBAB UTUSAN MAKIN TAK BOLEH DIPERCAYAI

Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusex memohon maaf kepada ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel yang bertajuk Politik BaruYBJ yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar milik UMNO itu pada 12/10/2008. Dah 4 taun dahhhh...


Peguam Zalil Mohd Mess dalam kenyataan maaf yang dibacakan di Mahkamah tinggi hari ini berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Mingguan Malaysia tanpa persetujuan Chamil Wariya. Penyelesaian ini direkodkan dihahapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer.


Utusan kena paw sebanyak RM50 000 kos sebagai sebahagian dari penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf dalam Mingguan Malaysia

Tapi pada aku setakat RM50k tu celah gigi jek pada puak-puak ni.. Apa2 pon ini telah membuktikan sesuatu. 


salam dari : Kepale dan Kelape

Sabtu, 22 September 2012

MASUK ISLAM KERANA SEORANG ANAK KECIL

salam dari : Kepale dan Kelape

MASUK ISLAM KERANA SEORANG ANAK KECIL

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”


Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut. Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”. Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. “Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Khamis, 13 September 2012

Best handphone warranty ever


warranty terbaik dari Kemboja...
layan



jom beli hp ni

salam dari : Kepale dan Kelape

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...