Rabu, 23 Januari 2013

Kak Listen dah tak boleh masuk rumah..pintu dah tutup

salam dari : Kepale dan Kelape


UUM tutup pintu pada 'Kak Listen'
6:40PM Jan 22 2013 
Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin - yang mendapat gelaran 'Kak Listen' - tidak akan dijemput bercakap di sebarang program yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Naib Canselornya, Datuk Mohamed Mustafa Ishak.

Larangan terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu dibuat di tengah-tengah kontroversi "listen, listen, listen" sewaktu sebuah forum yang diadakan di universiti itu pada 8 Disember tahun lepas.

"Jika kita tahu forum tersebut akan mencetuskan kontroversi sebesar itu, pihak universiti tidak akan meluluskan aktiviti tersebut," katanya dalam laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily Newshari ini.

Bagaimanapun, Mohamed menafikan dakwaan pelajar undang-undang, KS Bawani dalam satu wawancara dengan Malaysiakinibahawa pelajar dari beberapa kolej kediaman UUM dipaksa menghadiri forum yang dianjurkan oleh SW1M.

Bawani juga telah mendakwa bahawa forum itu bertujuan untuk 'brainwash' pelajar supaya menyokong kerajaan.

NONESambil mengatakan ia satu pembohongan, Mohamed menasihatkan 
Bawani supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM.

"Bawani telah berbohong. Itu adalah pandangannya (bahawa pelajar dipaksa hadir). (Dakwaan) ini tidak benar sama sekali," katanya, sambil menegaskan bahawa pelajar mempunyai kebebasan untuk bersuara.

Beliau menjelaskan bahawa pihak universiti menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum untuk mengumpul jam kredit, tetapi tidak memaksa mereka berbuat demikian.

Mohamed juga menegaskan bahawa Bawani adalah seorang aktivis politik dan tindakan serta kenyataannya mungkin bermotivasikan kepentingan politik.

sumber : malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...