KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Isnin, 31 Disember 2012

Amanat Hadi: Rais setuju Siaran langsung penjelasan Hadi di RTM tidak dibuat

salam dari : Kepale dan Kelape

Kalau tak bagi siaran langsung pun tak kisah sangat..ni siap perlu ada pergantungan pada kesesuaian untuk dijadikan bahan berita (mengikut pertimbangan RTM)
yang pastinya akan di edit  biar nampak buruk pada PAS dan betul pada BN maklumlah bagi menjaga kepentingan kerajaan..


RTM tiada masalah siar penjelasan Hadi jika sesuai
NIZAM ZAIN
29 Disember 2012
Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang,  Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.
   
Pada masa sama, Hadi berkata,  beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais  berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya

sumber : sinarharian

Ahad, 30 Disember 2012

Jakim pulak jadi tungangan Umno

salam dari : Kepale dan Kelape

Lepas 31 tahun baru Jakim mengeluarkan kenyataan nak ambil tindakan..kenapa??
Ini isu kitar semula..bila dah terdesak baru keluar isu lapuk ni. Masalahnya yang keluar kenyataan ni adalah dari Jakim. Jakim dah nak bertanding dalam PRU 13 ke??



Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'
12:42PM Dis 30 2012 
Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.

"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu. 

"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada.

"Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya.

MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid

sumber: malaysiakini

Khamis, 27 Disember 2012

Bagi bantuan macam tak bagi...hahahah siap kena kutuk

salam dari : Kepale dan Kelape


Warga Internet perolok kriteria telefon pintar RM500
3:46PM Dis 27 2012 
Pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa rebat RM200 hanya boleh digunakan untuk telefon pintar berharga RM500 ke bawah mengundang gelombang kritikan di ruang maya.

SKMM semalam mengumumkan dilamanwebnya lima kriteria untuk mendapat rebat RM200 itu, termasuklah harga siling telefon pintar sebanyak RM500.

NONESeorang penulis blog, Pradeesh menyuarakan kebimbangannya 
dalam blognya bahawa harga RM500 untuk telefon pintar terlalu "murah dan lemah" dan harga silingnya perlu dinaikkan kepada RM1,000.

Beliau merungut bahawa telefon dengan harga sedemikian kebanyakannya adalah versi lapuk Android dengan skrin sentuh yang kurang memuaskan.

Pradeesh mencadangkan agar Malaysia menghasilkan telefon pintarnya sendiri yang khusus untuk program rebat itu dengan usahasama dengan pengeluar telefon.
Ruang Twitter Malaysia yang dikenali dengan jolokan Twitterjaya turut sarat dengan kritikan dan jenaka terhadap had harga RM500 itu - menggunakan tanda pagar #1MalaysiaPhone dan #PakejKomunikasiBelia.

Luqman the Human misalnya berkata, "Telefon 1Malaysia Phone akan dilengkapi applikasi istimewa membolehkan anda menampal gambar Najib dan Rosmah ke atas gambar anda untuk kelihatan lebih cool". 

Muhd Shafiq Hassim pula berkata, "Nada dering: Lagu Umno. Gambar penghias skrin: Gambar Najib. Warna pilihan pula merah, biru, kuning dan putih sahaja".

Syed Azral Salim pula berkata, "Telefon 1Malaysia akan disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)".

sumber : Malaysiakini

Isnin, 24 Disember 2012

Pas Amal syirik, syiah, pluralisma dan liberalisma - Ismail Mina

salam dari : Kepale dan Kelape


Dakwaan Ismail Mina tidak berasas
NOOR AZURA SAHRIL
24 Disember 2012
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan wujudnya amalan syirik dalam parti itu sambil menyifatkan dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad sebagai tidak berasas sama sekali.

Menurutnya, Pas tidak pernah mengamalkan ajaran syirik selain menafikan wujud penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya telah lama mengenali beliau (Ismail Mina), namun sebelum ini tidak pernah pula beliau berkata demikian. Tetapi sejak berkawan dengan parti lawan, pelbagai kenyataan pula yang timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mustafa, dakwaan yang dibuat Ismail Mina itu mengambarkan beliau tidak tahu apa-apa mengenai Pas.

"Semua orang boleh bercakap pelbagai perkara, tetapi hal ini tidak akan menjejaskan Pas sama sekali," katanya.

Dalam pada itu,mengulas akan hasrat Ismail Mina untuk bertemu dan menjelaskan dakwaannya kepada kepimpinan parti, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Sebelum ini Ismail Mina dalam laporan portal berita, mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme.

Susulan dakwaan tersebut, Ketua Penerangan Pas, Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menyerahkan perkara tersebut kepada sayap ulamanya untuk tindakan lanjut termasuk bertemu dengan Ismail.

Ismail telah menyatakan kesediaan untuk bertemu dan menjelaskan dakwaan itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi berkata, adalah baik untuk Ismail Mina bertemu dan menjelaskan dakwaannya bagi mengelakkan kekeliruan.

"Meskipun dalam Pas dakwaan Ismail Mina itu tidak berlaku, tetapi beliau perlu memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu," katanya

sumber : Sinar harian 

Ahad, 23 Disember 2012

Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat - Umar

salam dari : Kepale dan Kelape



Aktivis pelajar duduki semula Dataran Merdeka
 
Aktivis pelajar yang membantah hukuman penjara ke atas seorang rakan pelajar mereka yang menyertai perkemahan protes anti-PTPTN April lepas, kembali menduduki semula Dataran Merdeka pagi ini.

Kira-kira 10 daripada mereka tiba di tempat tarikan pelancong di ibunegara itu, dan duduk di satu sudut dataran awam tersebut, berhadapan dengan bangunan bekas mahkamah Kuala Lumpur.

Mereka tiba awal pagi ini selepas berkemah di Penjara Kajang, di mana rakan mereka, Umar Mohd Azmi sedang menjalani hukuman sebulan penjara kerana menghalang pegawai DBKL semasa bantahan awal mereka.

Menurut jurucakap mereka, lebih ramai dijangka tiba tidak lama lagi, dan kumpulan itu merancang berada di situ sehingga pagi esok apabila rayuan Umar terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadapnya, didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka tiba dan berhimpun secara aman di situ. Hanya kelihatan seorang anggota penguatkuasa DBKL yang beruniform di situ pada sekitar jam 11.08 pagi, yang bertanya tujuan perhimpunan mereka di dataran tersebut.

"Saya seorang rakyat Malaysia, saya di sini untuk melawat Dataran Merdeka.

"Jangan beritahu saya ia tidak dibenarkan. Lagipun terdapat ramai pelancong di sini juga?" jawab jurucakap kumpulan itu, Saffuan Anang.

Pegawai DBKL itu bertanyakan tentang sebab sebenar mereka berada di sana.

Saffuan memaklumkannya tentang rancangan mereka.

Pegawai itu kemudiannya bertanya siapakah ketua atau jurucakap kumpulan itu dan memberitahu dia akan memaklumkan kepada pejabatnya dan akan kembali dengan jawapan mereka.

Sejurus kemudian, pegawai itu kembali semula dan memaklumkan kepada para pelajar tersebut bahawa mereka boleh berada di dataran awam itu, asalkan mereka mereka mendirikan kemah di situ.
Tujuh minit selepas tengah hari, seorang pegawai dari bahagian penguatkuasaan DBKL, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Nasaruddin, mendekati pelajar dengan diapit oleh tiga anggota penguatkuasa beruniform.

Beliau berunding kira-kira sepuluh minit dengan pelajar terbabit, yang mengakui mereka tidak memohon kebenaran, tetapi meminta pertimbangan Nasaruddin.

Pegawai itu bersetuju membenarkan mereka berada di Dataran sehingga pagi esok tetapi meminta mereka jangan menggantung sebarang sepanduk atau mendirikan kemah.

Beliau juga menasihatkan pelajar tersebut supaya tidak mencetuskan sebarang situasi yang "tidak diingini".

Bercakap bagi pihak kumpulan pelajar itu, Safwan bersetuju mereka akan mematuhi peraturan tersebut.

sumber : Malaysiakini

Sabtu, 22 Disember 2012

Ong Tee Keat dah dilantik jadi ketua pendekar la pulak

salam dari : Kepale dan Kelape

Tiba2 terasa nak selak surat kabo Utusan semalam... biasala aku baca dari halaman sukan dulu.. selak punya selak terbaca lah pulak cerita Ong tee keat dilantik jadi Pengerusi Majlis Pendekar Malaysia (sebulat suara tuu)...huhuh pendekar melayu kini dah nak cuba buah Kung Fu pulak kot

haii macam-macam la kalu dah tak berapa konfiden nak duduk di tampuk kuasa... 
apa??  tak konfiden..sapa cakap??
bukan aku cakap..cuba tengok berita ni plak


dan gambar ni....
berita kat atas tu tajuknya 'Tun M sentiasa releven dahulu dan kini- PM'
dan tajuk forum tu pulak 'UTUSAN: KEWARTAWANAN DAHULU DAN KINI'

dua dua gambar atas tu tulis dahulu dan kini jer...
MANA selamanya  macam moto UMNO tu (Dahulu kini dan selamanya)..hahahhaha...dah goyang la tuuuu


Jumaat, 21 Disember 2012

Najib kena basuh dengan SBY pasal ZAM

salam dari : Kepale dan Kelape


Dakwaan kontroversi bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONESusilo (kanan dalam foto) menyentuh perkara itu semasa 
lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.

"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur.

Perdana menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.

Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.

"NONEBagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua 
orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin (kanan) telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Zainuddin memanggil Habibie dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme".

Khamis, 20 Disember 2012

Anwar jemput Zeti bincang isu aliran keluar wang haram

salam dari : Kepale dan Kelape


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyertai wacana bagi membincangkan usaha membanteras aliran keluar wang haram dari negara ini.

Menyifatkan penemuan Global Financial Integrity (GFI) berhubung perkara itu sebagai mengganggu, Anwar berkata beliau akan menghantar jemputan kepada Zeti, menteri besar dan ketua menteri Pakatan hari ini untuk menghadiri wacana itu yang dijangka diadakan pada Januari 2013.

Anwar juga berharap Zeti akan mengambil bahagian dalam perbincangan itu dan ahli Umno serta BN juga boleh berbuat demikian di mana, forum itu akan pada bulan depan.

"... jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam 2010 adalah bukti kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan dalam menguruskan ekonomi negara," katanya.

Anwar menyifatkan tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Najib yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan. 

sumber Malaysiakini

Utusan pun dah tak konfiden dengan Zam

salam dari : Kepale dan Kelape

Akhbar Utusan Malaysia versi dalam talian tidak perlu menarik balik rencana tulisan bekas ketua pengarangnya, Tan Sri Zainuddin Maidin tentang mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie, kata bekas ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Menurutnya, orang ramai perlu membaca rencana itu bagi mengetahui perkara sebenar yang ditulis oleh Zainuddin Maidin atau dikenali sebagai Zam.

NONE"Saya pun hairan kenapa artikel asalnya ditarik, dipadamkan, sepatutnya tidak," kata Azman di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka pagi tadi.

"Orang ramai nak baca, setelah SBY (Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono) merungut, apa sebenarnya yang Zam tulis?" kata Azman sewaktu ditanya tentang sikap yang perlu diambil Utusan dalam kontroversi berkenaan.

Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' diterbitkan Utusan pada 10 Disember lalu di mana beliau menyifatkan Habibie dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme"

Susilo semalam menyifatkan tulisan itu sebagai tidak wajar, tidak beretika, dan menjejaskan hubungan baik dua negara.

Menurut Azman, beliau percaya Susilo memberi reaksi begitu kerana latarbelakang Indonesia yang mempunyai semangat kebangsaan yang kuat. 

NONEBeliau juga percaya Susilo tidak senang apabila Habibie disamakan dengan Anwar.
  
"SBY menyifatkan satu penghinaan kepada bekas presiden Indonesia kerana dia diletakkan satu bakul dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Pandangan Azman disokong seorang lagi ahli forum, Profesor Ahmad Murad Merican.

"Artikel itu tidak salah walau apa-apa senario politik (sekali pun). Itu hak penulis dan juga tidak semestinya mewakili Utusan," katanya bercakap di forum yang sama.

Bagaimana pun, beliau menasihatkan agar penyiaran tulisan itu perlu mengambil kira hubungan baik Malaysia dan Indonesia yang perlu dipelihara.

"Jadi dalam konteks ini dari segi etikanya penyiaran artikel itu mungkin editor perlu berhati-hati bagaimana artikel itu disiarkan, di mana ia disiarkan juga penting, headline (tajuknya), itu pun penting dan ada impak kepada pembaca.

"Perkara ini boleh kita perbaiki dalam konteks menjalin perhubungan antara negara kita dan negara luar," katanya.

baca lagi kat sini 

sumber Malaysiakini