Khamis, 9 Ogos 2012

Loji Air Langat 2 diteruskan

Putrajaya: Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan walaupun kerajaan Selangor atau pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri pakatan pembangkang itu enggan memberi kelulusan pembangunan.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor pada 2 Ogos lalu, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekretariat
jawatankuasa berkenaan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa asas selepas kerajaan Selangor sehingga kini tidak mengeluarkan kelulusan pembangunan bagi pelaksanaan projek berkenaan. 


Kapasiti pengeluaran terhad 

Antara asas yang diambil kira termasuk hakikat bahawa kapasiti pengeluaran air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang diluluskan Kerajaan Persekutuan hanya dapat menampung permintaan air sehingga 2016.

Selain itu, pembinaan komponen terowong dan muka sauk bagi menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Hulu Langat sedang berjalan lancar dan dijangka siap pada 2014.

Pada masa sama, penangguhan pembinaan loji berkenaan dan sistem agihan air yang sepatutnya bermula pada 2010 akan menyebabkan keperluan menambah kapasiti air terawat menjelang 2014 tak dapat dipenuhi. 
RM606j belanja tambahan

Akibatnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 adalah opsyen terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial supaya pengguna di tiga kawasan ini mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga 2020. 

Keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada 2000 dan dipersetujui kerajaan Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ketika itu, katanya.

Jawatankuasa berkenaan juga memutuskan kerajaan negeri Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula seperti mana yang dilaksanakan negeri lain, namun ia mesti mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan undang-undang yang berkuat kuasa. 

Keputusan itu selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu turut menegaskan tidak berhasrat campur tangan dalam usaha kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti syarikat konsesi di negeri itu kerana ia adalah transaksi komersial membabitkan dua pihak yang berkenaan saja.


sumber dari BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...