Ahad, 20 Januari 2013

Kualiti Air Selangor Merosot?

salam dari : Kepale dan Kelape

balik jer dari kerja, ku tengok anak biniku belum balik dari g shopping
bosan tak tau nak buat apa, akupun buat reverse cleaning kat penapis luar rumah aku yang baru seminggu aku beli...
 korang nak tau apa yang aku nampak kat air yang dibekalkan Syabas?


INI DIA....









biasala tengah cuci kan... mestilah la kotor...
masalahnya filter aku ni baru pasang seminggu  !!!
Syabas ni nak bunuh orang ke apa?/
Dalam kecoh cerita Isu air kat selangor ni..aku sebenarnya dah perasan kualiti air semakin merosot sejak tahun lepas lagi bila aku tukar air kolam ikan aku.. sebelum tu ok jer x de yang mati..tapi kebelakangan ni ikan aku banyak dah mati sebaik jer aku tukar air...huhuhuhu
tak tau plak bila orang yang nak mati
hmmmmm Ada unsur sabotaj ke??? Entah la
kalu ye pon nak menang tak yah la buat cam ni WOIII

Sabtu, 19 Januari 2013

Selasa, 15 Januari 2013

Najib Dah Nak Serah Kuasa?

salam dari : Kepale dan Kelape;\

Peralihan kuasa kepada Mahyuddin ke atau kepada PKR..?.
buang tebiat agaknye,,,
kalau ikut tradisi...4 orang PM letak jawatan lepas kena desak kaw kaw punya dari orang bawah, cuma satu jer yang pergi dek panggilan Ilahi...


Peralihan kuasa secara aman tradisi kita, kata PM


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peralihan kuasa secara amalan selepas keputusan pilihan raya merupakan amalan di Malaysia.
"Kita telah mengadakan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan dan semuanya diadakan dalam penjadualan pilihan raya seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.

"Peralihan kuasa berikutan daripada pilihan raya telah berlangsung dengan aman, ini tradisi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan itu timbul ketika pembangkang mendakwa BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kanan pembangkang Lim Kit Siang sebelum ini mencabar Najib bahawa untuk memberi jaminan bahawa BN akan menyerahkan kuasa secara aman sekiranya ia tewas dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun ini

sumber: malaysiakini

Khamis, 10 Januari 2013

Royalti berbasikal KB ke KL

salam dari : Kepale dan Kelape


Polis ekori kayuhan berbasikal 'Royalti'
 
Koordinator Berbasikal Untuk Royalti KB-KL (C4-R) Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata polis mula mengekori kumpulannya yang mengayuh basikal dari Kelantan ke Kuala Lumpur semasa mereka berada di Kuala Terengganu, pada Sabtu lalu.

Mohd Hisyamuddin berkata polis terus mengekori mereka dengan kereta sehinggalah mereka sampai ke lokasi terkini di Bentong, Pahang pada hari ini.

NONE"Tak ada sebarang apa-apa kejadian sepanjang perjalanan kami. Cuma ada pihak polis yang ikut dari Kuala Terengganu. Sampai sekarang di Bentong pihak polis masih ada. 

"Di setiap tempat yang kita berhenti, polis akan ada dan tanya macam-macam. Mereka kata itu untuk rekod tetapi saya rasa mereka seperti nak melengah-lengahkan kami.

"Mereka memang ikut dengan dua buah kereta polis. Setiap tempat, polis lain-lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. 

Kayuhan berbasikal itu dianjurkan Aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti).

Kumpulan aktivis itu memulakan kayuhan pada 1 Januari lalu bermula dari Kota Darul Naim, Kota Bharu dan dijangka akan tiba di Gombak pada jam 10 malam ini. 

NONEAcara berbasikal itu bertujuan bagi menyatakan tuntutan mereka berhubung royalti dan hak minyak di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah. 

Selain menuntut royalti minyak, kumpulan itu juga merancang untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada Sabtu ini. 

Kayuhan mereka setakat ini meliputi jarak sejauh 644 kilometer dan mereka akan meneruskan kayuhan sejauh 73 kilometer lagi dari Bentong ke Kuala Lumpur pada hari ini.

Kumpulan berkenaan seterusnya akan menamatkan kayuhan sejauh 18 kilometer dari Gombak ke menara KLCC esok.

NONEMereka akan menyertai kumpulan yang akan menyerahkan memorandum tuntutan royalti minyak kepada pengerusi Petronas Tan Sri Sidek Hassan selepas solat Jumaat esok.

"Pagi esok jam 8 pagi kita akan berlepas ke KLCC dan dalam pukul 2 petang selepas solat Jumaat, kita akan serahkan memorandum kepada pengerusi Petronas. 

"Beliau telah maklum tentang kita datang nak serahkan memorandum," katanya lagi sambil menambah, selepas menyerahkan memorandum mereka akan ke Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru. 

"Kita kalau tidak nak berkhemah di KLCC tapi tak dibenarkan oleh (Dewan Bandara Kuala Lumpur), jadi esok lepas serah memorandum kami ke Kelab Sultan Sulaiman," katanya lagi. 

Mereka dijangka akan menuju Kelab Sultan Sulaiman bagi menyertai Festival Rakyat yang menjadi acara kemuncak menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada keesokan harinya


sumber: malaysiakini

Nik Aziz: Buka ruang untuk berdakwah (isu kalimah Allah)

salam dari : Kepale dan Kelape


Nik Aziz: Buka ruang untuk berdakwah
ROSMIZA KASIM
9 Januari 2013
Nik Aziz
Nik Aziz bergambar bersama ahli-ahli majlis yang selepas selesai majlis penyerahan watikah pelantikan semalam. FOTO:KHIRU SHALLEH ABDULLAH
KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang digembar-gemburkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

“Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran saya akan ikut.

“Jadi pendapat saya sekarang ini yang penting ia perlu dibuka ruang kepada bukan Islam guna perkataan ALLAH,” katanya kepada media semalam mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Terdahulu beliau merasmikan majlis Penyampaian Watikah dan Seminar Ahli-ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kerajaan Negeri yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu menerusi perbincangan.

“Kewajipan orang Islam adalah berdakwah. Bagaimana cara kita nak sebarkan Islam kepada bukan Islam kalau kita tutup 100 peratus perkataan ALLAH tidak boleh sebut oleh kumpulan itu,” katanya.

Isu penggunaan kalimah ALLAH mendapat perhatian hangat apabila ia dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaannya dalam Bible versi bahasa Melayu.

sumber; Sinar Harian

Selasa, 8 Januari 2013

Cerita hindustan benar benar terjadi di Malaysia

salam dari : Kepale dan Kelape

 bila baca  berita ni rasa macam cerita hindustan la pulak..
Apa-apa pun polis kena la siasat betul betul prosedur yang mungkin telah di entengkan oleh anggota semasa handle penjenayah yang agresif  macam ni...
Aku tak salahkan anggota polis tu..biasa la manusia , tak sunyi dari kesilapan....
macam cerita koboi pon ada..hmmmmm..
ceritanya kay bawah ni atau sini


Susulan tahanan lolos: 2 berjaya ditahan semula, 7 diburu

7 Januari 2013
tahanan lolos
Van polis dibawa lari oleh banduan dijumpai ditinggalkan di kawasan semak di Padang Cempedak, iaitu kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian, hari ini. - Foto Bernama
BUTTERWORTH - Dua daripada sembilan tahanan, yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di sini pagi tadi, berjaya ditangkap semula.
Sementara tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapas sawit selepas berjaya membuka gari menggunakan kunci yang ada di dalam van berkenaan.

"Tujuh yang melarikan diri ini berusia antara 20 dan 30 tahun  serta sangat berbahaya dan agresif," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik Bernama petang ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth itu, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.

Van itu dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih, katanya kepada pemberita selepas melawat anggota polis yang cedera terbabit di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Mengulas rentetan kejadian, Abdul Rahim berkata, tahanan terbabit dibawa ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes dan mendapat perintah tahanan reman.

"Ketika tiba di Tol Bagan Ajam iaitu berhampiran Pantai Bersih, seorang OKT (tahanan) yang dibawa itu berpura-pura bergaduh antara satu sama lain lalu menyebabkan anggota polis yang memandu van berkenaan memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

"Semasa van itu berhenti, salah seorang daripada suspek itu bertindak membaling serbuk cili kepada anggota polis pengiring sehingga menyebabkan mata mereka pedih.

"Dalam masa yang sama mereka (sembilan OKT) bertindak memukul empat anggota polis pengiring terbabit dengan gari dan tangan mereka," katanya.

Abdul Rahim berkata, empat anggota polis yang mengalami kecederaan di mata, kepala dan kaki itu dirawat sebagai pesakit luar di HSJ.

"Empat anggota polis berusia 30-an itu dari Balai Butterworth, di sini mendakwa dihentak dan dipukul dengan gari dan kejadian itu berlaku dengan pantas," katanya.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 223/224 kerana cuai dan 394 Kanun Keseksaan.

"Selain itu kita juga akan menyiasat empat anggota polis yang mengiringi mereka kerana mungkin kelalaian pihak polis kerana tidak membuat pemerikaan secara terperinci ketika mengambil OKT daripada penjara," katanya

sumber: Sinar Harian

Sabtu, 5 Januari 2013

Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat

salam dari : Kepale dan Kelape


Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat


Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.
Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)

sumber disini

tUDUH MACAM MACAM..ADA KATA KOMUNIS LA.. MASUK NERAKA LA..LIBERAL LA ...TAPI RAFIZI KATA PH DAHULUI 100 KERUSI...MANA KO DAPAT DATA OIII SAMPAI TAK SENANG DUDUK ORANG LAIN ...

salam dari : Kepale dan Kelape Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pe...