KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Ahad, 12 Oktober 2014

Paderi jadi Muslim selepas sedar Dari koma...Allah beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki

salam dari : Kepale dan Kelape

Sumber : Utusan online
JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.
Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.
Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.
"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.
Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141012/lu_03/Paderi-terjaga-dari-koma-peluk-agama-Islam#ixzz3FtLQReme

Sabtu, 11 Oktober 2014

Sayunya bila lihat anak 2 tahun lemas di Tanjung Balau

salam dari : Kepale dan Kelape

Aku pernah post pasal kemalangan lemas yang terjadi di kawasan pantai sekitar pantai desaru, tanjung balau , Batu layar Dan pantai sekitarnya di tenggara  johor yang meragut nyawa...



Sekali lagi kejadian ini berlaku Kali ini melibatkan kanak kanak berusia 2 tahun Dan 14 tahun...
Tanpa niat menyinggung keluarga mangsa aku sekali lagi merayu kepada pengunjung agar berhati hati...

Gambar sumber FB


Alfatihah buat mangsa....moga ahli keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Dari Allah swt...
Baca post tentang kemalangan di Pantai Desaru  yang berlaku pada nov 2013. Disini

Khamis, 9 Oktober 2014

Bom meletup di Bukit Bintang

salam dari : Kepale dan Kelape

Betul ke...eh betul ke...betul la kot..
Tapi Malaysia kan masih aman..
Khabarnya angkara gangster,..
Semoga dalangnya diambil tindakkan..




Sumber : Harakah Daily


Rabu, 8 Oktober 2014

Sekolah vernakular..kekal atau hapus

salam dari : Kepale dan Kelape

Ini cuma pendapat aku Dari pandangan Mata melayu aku..Pandangan dangkal ni macam biasa...sekadar macam abang warden penjara cakap sembang kosong sambil mengeteh Kat kedai mamak depan penjara SG buloh...




Dalam isu sekolah venakular yang tengah heboh nak dibahas dalam parlimen ni..aku secara peribadi rasa...
Sekolah yang ber'jenis' ni sepatutnya dah boleh di hentikan operasinya..sepatutnya semua murid dah boleh belajar kt sekolah kebangsaan sepenuhnya.

Sistem kita mungkin tak sama dengan negara Jiran...so...
Tak payah nak bandingkan dgn negara lain macam Singapore ke indon ke siam ke..
Dan aku tak kata sekolah jenis menanamkan sikap perkauman...so..
Tak payah nak cerita pasal rasis ke apa ke..
Bagi aku sekolah ber jenis ni tak perlu... hanya menjarakkan lagi jurang perpaduan Dan ideologi...

Apakehalnya kita nak kekalkan sekolah yang macam ni lagi..negara kita dah merdeka 57 tahun dengan mertabatkan bahasa melayu sbg bahasa rasmi..tapi orang Malaysia berbangsa selain melayu masih bergelut nak cakap melayu..Mamak yang usahakan restoran mamak ni pun dah fasih cakap melayu..tayah tunggu sampai 50 tahun..ini maknanya sistem sekolah macam ni gagal melahirkan satu bangsa Malaysia...so kalau DAP mahu me'Malaysian Malaysia'kan negara ini, ia mesti terlebih dahulu meMalaysiakan sekolah jenis...

Mereka kata org bangsa lain pun dah 15% masuk belajar Kat DLM Skjc... Cuba tgk SKJT pulak ...brapa percent?..nampak tak perbezaan darjat tu?..takkan kita nak hapuskan SKJT aje...apa kata kita kasi padam semua huruf 'J' dalam semua sek keb..

Malas pulak nak cerita lelebih...ringkasnya aku rasa aku sokong penghapusan sekolah vernakular ni...apa apa alasan yang bangsa tu bagi cuma sekadar alasan aje...

Cuma bagi aku...orang yang berdegar degar nak buat debate atau nak hapuskan sekolah vernacular ni berani ke...berani ke...
Aku tak rasa Ada yang berani sama Ada Dari BN mahupun PR..
Bila dua dua pihak simpan telur dalam isu ni...secara automatic macam ada satu bentuk persetujuan yg sebulat suara..padahal org melayu x setuju pun dgn sekolah ala ala rasist ni...
Dan aku rasa mereka TAK BERANI...
Eh macam mama Ada manifesto Pru 13 plk ni...

Selasa, 7 Oktober 2014

Oktoberfest - ayuh kita tentang kemungkaran ini

salam dari : Kepale dan Kelape

Kepale dan kelape ingin menyatakan pendirian menyokong pihak yang menyatakan penentangan terhadap enganjuran program yang mempromosikan arak ini.

Walau APA alasan pun...bagi Kepale dan kelape adalah tidak wajar dipromosikan secara besar besaran tambahan pula di selitkan dengan rantaian promosi kemungkaran yang lain..

Kepale Dan Kelape setuju dengan Abim. Umno Selangor Dan seorang AJK Pas pusat yang menentang promosi Oktoberfest ini...

Saya mohon lebih ramai pagi pemimpin Islam di Malaysia ini menyatakan penentangan ini...






Penstrukturan Air Selangor : Azmin boleh cuci tangan?

salam dari : Kepale dan Kelape

Tengah dok belek belek FB, terpandang pulak pasal Isu air selangor. Kali ini cerita pasal perjanjian yang dah ditandatangani oleh  MB yang lepas Tan Sri Khalid Ibrahim...

Aku macam biasala ..sembang macam pakcik pakcik tengah mengeteh kat kedai kopi atau warung pakngah tepi jalan besar subang perdana....
Gambar TSKI yang mila usang


Dengar ceritanya salinan perjanjian penstrukturan air negeri selangor oleh MB selangor dahulu dengan kerajaan persekutuan tiada dalam simpanan kerajaan negeri...Ini jadi penyebab MB baru Azmin tidak dapat mendedahkan isi perjanjian itu...


Pelik juga kalau macam ni.... setahu aku pada pemikiran dangkal aku ni... , kalau ada apa apa perjanjian , mesti surat perjanjian tu ada kat tangan kedua-dua pihak yang berjanji...melainkan kalau ada apa apa yang tersembunyi dalam isi perjanjian tu...aku setuju dngan YB Phua kata benda ni misteri...

Patutla TSKI tergesa-gesa nak sain perjanjian tu sebelum meletak jawatan MB...

Apa apa pun kita tunggu apa yg YAB MB boleh buat...bagi aku kalau apa apa jadi dengan isu air kat selangor kesan dari penstrukturan tu Azmin Ali akan lepas tangan sebab bukan dia yang berjanji...
teringat dulu TSKI ada kata setiap MB mahu tunggalkan legasinya sendiri dan legasi TSKI ialah penstruktuan Air Selangor...

Sabtu, 4 Oktober 2014

Sekali imbas minyak turun 20 sen (sab C D)

salam dari : Kepale dan Kelape

Kepale kalau naik minyak..habis semua dihamuknye...tapi kelape kalau minyak naik habis dikaitnye kelape tu..huhuh


Sekali Imbas pasal harga minyak..

Kali ini minyak naik 20 sen tak plak dicanang sebagai Kenaikkan Harga Minyak...tapi diwar-warkan sebagai pengurangan subsidi minyak....atau rasionalisasi subsidi...Aku rasa kerana harga minyak dunia kini tengah JaTuh...so Tak sesuai la nak naikkan harga kot...Mana aku dapat fakta yg katakan harga minyak dunia tengah jatuh tu aku pun tak tau, maleh nak ambik tau, malas nak kaji malas nak cari kat mana fakta tu...maklumla Melayu...ikut je apa yg blogger lain tulis...pas tu terima sebagai fakTa..so kalau sesiapa nak kepastian cari la sendirik harga minyak dunia sekarang ni..
Aku malas nak mengelik kelik cari fakta tu...maklum la sembang kedai kopi...cukup fakta ailiur..

Ada lagi fakta ailiur yang nak selitkan kat sini....lepas minyak naik harga ni mesti akan ada orang kata kerajaan akan memantau harga barangan supaya tidak dinaikkan sesuka hati..tindakan akan diambil...bla bla bla bak kata P Ramlee; kalau kau ambik lain penyamunnn..seluruh persatuan penyamun akan ambil tindakkan!!!..Ini fakta biasa...

beratur yee




sian ko geng..


Dan satu LAGI YANG MENARIK pada kenaikkan harga minyak kali ni....ialah...nasihat seorang Ustaz ......(yang pro depa la)... semasa kenaikkan  sebelum ini telah di guna pakai...dia cakap lebih kurang mcm ni dulu....''sepatutnya kerajaan jangan gunakan ayat kenaikkan harga minyak...gunakan kata subsidi dikurangkan''...nak tau sapa...cari la sendiri dalam kotak memori korang. Nasihat bernas tu dapat duit tak?

best betul kenaikkan minyak kali ni...eh pengurangan subsidi kali ni...lagi dua tiga hari lagi nak balik raya...minyak penuh tangki yang diisi sebelum pengurangan subsidi ari tu pon dah nak abis...

cuba tengok statistik kenaikan harga dari 1990 hingga 2014 kat bawah ni...

statistik kat atas tu pon aku print screen jer..tak de keja aku nak kaji..tah ye tah tidak tu..

apa2 pon ikut abam ni punya positive thinking....lek2 dah ler..24 tahun baru naik RM1.20 katanya...kalau diteliti 14 tahun terakhir dah nai rm1.10...maknanya 10 thn awal baru naik seposen....10 tahun tau..bukan setahun naik doplosen...

lek lah ni bro...





Rabu, 1 Oktober 2014

Selangor ..pertembungan yang lain macam

salam dari : Kepale dan Kelape

Aku cuma nak cerita pasal negeri terkaya kat Malaysia ni tanpa merujuk pada fakta yang jitu dan tepat, apatah lagi merujuk pada statistik-statistik yang orang biasa macam aku tak paham atau malas nak paham...
Aku cuma nak cerita macam orang kampung sembang kat kedai kopi lepas petik kelape atau orang Felda bergebang kat warung Pak Man Koboi dan dah tak bole keja dek dapat elaun tiap bulan dari felda.

Apa ceritanya...Cuba korang ingat balik lepas Selangor mula mula dapat kat PR lepas PRU 12 2008 dulu...masa tu Khalid dapat jadi MB... Puh..macam macam dia kena hentam dari puak BN..stat dari isu Babi lepas tu menyondol pulak kat isu Pasir..terjun pulak kat isu Air..Macam macam jenis peluru politik yang dilepaskan pada pentadbiran Khalid..senang cerita kerajaan PR selangor tak senang duduk la masa tu...Masa ni kita nampak Pakatan Rakyat betul betul baik punya berpakat...Hassan Ali pun kena tendang sampai terkentut kentut..
Ok..zaman tu solid 5 tahun Khalid pegang Selangor sebab Najib takmau bubar Parlimen awal....Mula pulak PRU13...ditakdirkan PR dapat balik Selangor dengan lebih bergaya lagi...Anehnya...Hmmmm...ini la yang aku nak gebang...aku gebang aje tau...Lepas je PRU13, nak lantik MB pun makan masa..akhirnya Khalid dilantik semula...dan..dan..bila TS Khalid jadi MB ... kali ni tak kedengaran pun peluru politik berdentum....pastu aku macam perasan bermula la sain perjanjian penstrukturan semula air...langat 2 jadi reality...Kidex lagi ..tah hapa..hapa tah. Then TS Khalid macam jadi manusia hebat dimata BN...Semuanya OK sampai dapat pujian Dr M. Kira OK la tu..
Dipendekkan story..Krisis MB selangor pun terjadi bila TS Khalid diminta letak jawatan...Lepas PRK Kajang...Sepatutnya DSWA ganti TSKI jadi MB (skip story konflik TSKI ngan Azmin yang terjadi sblm PRK)..bertalu talu peluru dari keyboard warrior BN tembak DSWA ...macam macam dikutuknya orang tua tu..neopotisma la ..hantu kipas la..macam macam la...
Takdirnya DSWA tak jadi MB...Azmin naik takhta MB....hmmm...aku tengok orang BN macam tarik nafas lega...(fuhhh,,..nasib baik bukan Azizah MB- macam tu la agaknya)...hmmm dan setakat ini....jeng jeng..setakat inila...Azmin seolah olah dapat restu BN!!! belum ada peluru yang ditala ke Azmin..Aman jeee....siap bagi nasihat lagi..Setakat ini la...Ada apa apa ker...