KEPALE DAN KELAPE sangat-sangat mengalu-alukan dan berterima kasih kepada para blogger yang sudi link blog ini..jika ada blogger ingin bertukar-tukar link sila tinggalkan jejak anda...terima kasih

Ahad, 21 Julai 2013

Dr M kata: mereka berani hina Islam bila tak bersama BN ...Aku kata : mereka tak perlu hina islam ketika bersama BN

salam dari : Kepale dan Kelape

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, segelintir masyarakat semakin berani menghina Nabi Muhammad dan mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam berpuasa kerana mereka kini tidak lagi menyokong BN.


Dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, perkara seperti itu tidak berlaku kerana semua kaum di Malaysia menyokong BN.

Menurutnya, sebelum PRU13, BN menang dengan mendapat dua pertiga. Bagaimanapun kini, katanya, kaum Cina langsung tidak menyokong BN dan Melayu pula berpecah kepada tiga kumpulan.

"Kesan daripada PRU-13 berkait rapat dengan rasisme yang semakin menebal dan ia perlu diambil kira oleh semua pihak memandangkan masa depan negara tidak berapa baik kerana perkara ini. Kalau diperhatikan pemisahan antara kaum telah membuatkan kita semakin jauh sehingga sudah sampai ke tahap ada yang berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan.

"Kita sudah beri kebebasan apabila tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya, namun mereka semakin berani dengan menghina Nabi Muhammad SAW, mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam yang berpuasa dan sebagainya. Semua ini tidak pernah berlaku kerana dahulu semua kaum di Malaysia menyokong BN.

"Kita menang dengan kelebihan yang tinggi melebihi dua pertiga tetapi kini oleh kerana orang Cina langsung tidak menyokong BN manakala orang Melayu pula berpecah tiga kumpulan, maka kita lihat kerajaan yang didirikan sekarang tidak mendapat sokongan yang mencukupi," katanya dalam wawancara itu.

Mahathir dilapor berkata demikian berikutan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang ditahan kerana mempersendakan umat Islam dan Ramadan dengan mengetengahkan bak kut teh (sup babi) sebagai juadah berbuka puasa melalui gambar di Internet.

Tan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Lee di Penjara Kajang.


 Aku kata pulak mereka tak perlu hina Islam masa bersama BN sebab orang yang teraju BN sendiri dah hina Islam... Malas nak ungkit ungkit dalam bulan ramadan ni pasal sokong budak melayu masuk ratu cantik la..pasal hina janggut nabi la..ahhh macam macam lagi la

gambar takde kena mengena